The difference is that a statesman thinks he belongs to the State, and a politician thinks the State belongs to him
Showing posts with label Gerakan Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Gerakan Mahasiswa. Show all posts
Monday, February 07, 2011
Hantu dan angin Nil
Di atas angin kah, di daratan kah, di air kah?
Penguasa negeri menggumam. Badan serasa seram sejuk. Terkena angin negara Nil mungkin.
Lalu tangan menapung dagu, bibir dijuih, dahi dikerut-kerut, mata disepet-sepet.
Diberitakan seluruh penguasa negeri takut-takut mahu keluar, kalau-kalau terserempak hantu di jalanan. Boleh pengsan atau terus 'jalan'.
Hantu jenis apakah yang berani menakutkan sekalian penguasa negeri. Nanti kalian aku jampi dengan mantera akta sakti, 'apca' namanya.
Maka si Penglipur Lara pun berkisah, si penguasa negeri rupanya takutkan tiga jenis hantu moden.
Hantu berkepak (www), hantu ekor bergulung (@) dan hantu FB.
Oh, itukah punca penguasa jadi pucat lesi.
Nanti. Ada satu lagi.
Diberitakan satu negeri diarahkan menutup tingkap dan semua lubang-lubang. Rakyat termangu-mangu hairan mendengar kabaran utusan.
Apa hajatnya penguasa sampai rakyat jelata diarahkan menutup tingkap dan semua lubang-lubang.
Oh, rupanya. Penguasa khuatir angin Nil sampai ke negeri ini. Jika negeri ini dilanda angin Nil, seluruh negeri dan pemerintahan akan berantakan. Rakyat tersenyum kenyang, tiada lagi sampul surat berisi wang tebal yang dikirim kepada wanita utama negeri, tiada lagi soldadu biru tua yang mengherdik dan memukul, tiada lagi acara-acara Pasti Heboh di seantero negeri, tiada lagi, tiada lagi dan tiada lagi.
Sekarang mantera apca sudah dijampi, tetapi penguasa negeri runsing pening. Hantu-hantu ini masih berpesta ria.
Sekarang seluruh rakyat negeri sudah diarah menutup tingkap dan lubang, tetapi penguasa negeri runsing pening. Hantu-hantu masih boleh lepas masuk ke dalam rumah, merasuk rakyat negeri untuk berubah.
Sekarang pemuda-pemudi sudah meloncat-loncat menunggu semboyan angin Nil sampai ke Negeri ini.
Masturah Abu Bakar
School of thought
Thursday, January 27, 2011
Oren, Kuning : Mana satu pilihan hati?
Oren vs Kuning
Selalu saya perhatikan dua kumpulan gergasi yang mewakili suara mahasiswa di varsiti kota, Universiti Malaya. Penggerak Mahasiswa dengan bertemakan kuning ala-ala simbol kedaulatan, dan Pro-Mahasiswa yang dikenali satu varsiti dengan orennya yang kadangkala memeritkan mata.
Teringat ketika saya mula-mula mengenali kedua-dua kumpulan ini. Ya, sudah semestinya ketika musim-musim kempen menjelang pilihanraya kampus. Tetapi apa yang saya perhatikan, si Oren sudah berkempen seawal bulan Ogos. Oh ya, seingat saya sebelum Ogos lagi. Kadangkala oren satu varsiti dengan risalah dan poster mereka.
Pengalaman tahun pertama
Ketika minggu orientasi, kami diperkenalkan kepada beberapa sosok tubuh pimpinan mahasiswa. Ketika zaman tidak tahu apa dahulu, kami mahasiswa tahun pertama hanya melihat kepada imej dan cara mereka bertegur sapa. Cukup sahaja anda berimaginasi anda ditegur sapa oleh tokoh besar negara, Tun Mahathir misalnya. Wah, betapa 'besar' nya hati apabila ditegur oleh mereka ini.
Tetapi, bagi mahasiswa tahun pertama yang bijak, mereka tidak menilai hanya dengan menggunakan kayu ukur itu. Itu hanya nilai tambah.
Mungkin bagi mahasiswa tahun pertama yang masih kabur dengan politik kampus, mereka masih keliru untuk memilih.
Ada juga yang bertanya begini,
"Kak, Pro-M ni sebenarnya apa? Gerak tu apa?"
Ada juga yang agak nakal, lalu begini pertanyaannya,
"Rasa-rasa, kalau saya pilih yang handsome je boleh tak?"
Ada pula yang tersepit,
"Hmm, kalau saya undi Pro-M, saya dapat duduk di kolej tak?"
Kalau saya diberi pilihan
Sudah semestinya saya diberi pilihan untuk memilih. Kalau saya boleh memutar kembali menjadi mahasiswa tahun pertama, saya ingin memilih mereka yang dekat dengan hati saya. Senyum, sapa. Sudah tentu hal ini mencerminkan peribadi mereka.
Dan yang paling penting, mereka saya yakini untuk menjaga kebajikan saya. Al-maklumlah mahasiswa tahun pertama. Bangunan-bangunan di kampus pun masih tak ingat sepenuhnya. Saya tak suka birokrasi, Kalau aduan kena isi borang. Kalaulah dapat pemimpin mahasiswa yang hanya boleh dihubungi melalui sms sahaja. Wah, seronok kan?
Kalau saya mahasiswa tahun kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Saya ingin memilih mereka yang cakap serupa bikin. Mempunyai bakat kepimpinan. Ada integriti. Bersedia berkhidmat untuk rakyat.
Bukan mereka yang culas, bekerja untuk nama, bekerja apabila diberikan wang dan hadiah percutian. Ah, saya tak mahu.
Saya mahu mereka yang berkepimpinan, ada karisma. Saya bukan mahasiswa tahun satu. Saya sudah ada pengalaman melihat prestasi-prestasi kepimpinan yang saya pilih. Jadi, saya mahukan mereka yang benar-benar ingin memimpin.
Bersaing dengan kualiti dan idea
Saya tahu, mahasiswa tahun satu hingga tahun empat mahu pemimpin yang berkualiti. Saya tidak suka mereka berperang seperti budak sekolah, berperang mulut tetapi tidak ada isi. Tin kosong.
Kami mahu si Oren dan si Kuning bersaing dengan dua nilai.
Pertama kualiti.
Kedua idea.
Maka, siapa yang mempunyai idea dan kualiti yang paling hebat, dialah yang selayaknya menang. Mudah kan?
Nota tambahan :
Ada juga orang menilai kualiti kempen. Risalah, poster dan banner. Design mana yang paling cantik? Ha, yang ini kalau ditanya kepada mahasiswa tahun berapa pun mereka akan beri kredit kepada Pro-M. Ini bukan kenyataan bias. Maaf, ini realiti. Mengikut penilaian saya.
Masturah Abu Bakar
Mahasiswa Tahun Kedua
Universiti Malaya
Monday, November 01, 2010
Surat terbuka kepada YDP MPMUM
Assalamualaikum.
Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, merujuk kepada artikel http://www.malaysiakini.com/letters/146967, saya mencadangkan agar saudara perlu lebih banyak membaca, teliti mengkaji dan bijak menilai apa yang berlaku di sekeliling, supaya kenyataan yang dikeluarkan dalam media mencerminkan saudara sebagai pemimpin mahasiswa yang punya idea bernas, bukan menyokong membuta tuli.
Saudara mengeluarkan kenyataan sebagai 'wakil' kepada seluruh mahasiswa, termasuk semua jenis golongan mahasiswa. Jika idea saudara 'menyokong hub-hiburan' dan saudara mengeluarkan kenyataan sebagai 'mewakili' mahasiswa, ia menggambarkan bahawa seluruh mahasiswa menyokong hub-hiburan.
Jika saudara ingin mengeluarkan kenyataan sebagai 'wakil' mahasiswa, mungkin lebih baik jika saudara mengutip pandangan secara bottom-up. Atau jika tidak, saudara perlu menyatakan perkara tersebut adalah pandangan peribadi saudara.
Saya menganggap pandangan saudara adalah salah satu usaha untuk menunjukkan bahawa saudara menyokong idea-idea yang dibawah oleh kerajaan. Namun sebenarnya, apa yang lebih penting bukanlah peranan kita untuk 'menyokong' atau 'membangkang' secara membuta tuli. Tetapi bagaimana mahasiswa tampil sebagai badan check and balance kepada idea dan dasar yang dibawa oleh kerajaan.
Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan pandangan saudara yang saya kira secara peribadi menyokong hub-hiburan. Fakta hub-hiburan membantu menurunkan kadar jenayah adalah idea mustahil. Bukankah ia suatu tindakan 'targhib' atau tindakan yang menggalakkan berlakunya keruntuhan institusi sosial?
Alasan bahawa hub-hiburan dijalankan untuk membantu industri pelancongan adalah sangat dangkal. Berbanding manfaat yang akan diterima oleh rakyat, hub-hiburan hakikatnya secara jelas memberi keburukan yang lebih besar kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Sebagai Yang Di-Pertua MPMUM, saya mengharapkan penambahbaikan di pihak saudara dan organisasi MPMUM. Saya juga mengharapkan agar YDP dan seluruh ahli kabinet MPMUM memacu kepimpinan dengan matang dan tampil dengan nilai-nilai intelektual kerana pemimpin mahasiswa yang sedia ada pada hari ini mencerminkan pemimpin negara pada masa akan datang.
Sekian.
Masturah Abu Bakar,
Mahasiswa Tahun kedua
Jabatan Sains Politik Islam
APIUM
Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, merujuk kepada artikel http://www.malaysiakini.com/letters/146967, saya mencadangkan agar saudara perlu lebih banyak membaca, teliti mengkaji dan bijak menilai apa yang berlaku di sekeliling, supaya kenyataan yang dikeluarkan dalam media mencerminkan saudara sebagai pemimpin mahasiswa yang punya idea bernas, bukan menyokong membuta tuli.
Saudara mengeluarkan kenyataan sebagai 'wakil' kepada seluruh mahasiswa, termasuk semua jenis golongan mahasiswa. Jika idea saudara 'menyokong hub-hiburan' dan saudara mengeluarkan kenyataan sebagai 'mewakili' mahasiswa, ia menggambarkan bahawa seluruh mahasiswa menyokong hub-hiburan.
Jika saudara ingin mengeluarkan kenyataan sebagai 'wakil' mahasiswa, mungkin lebih baik jika saudara mengutip pandangan secara bottom-up. Atau jika tidak, saudara perlu menyatakan perkara tersebut adalah pandangan peribadi saudara.
Saya menganggap pandangan saudara adalah salah satu usaha untuk menunjukkan bahawa saudara menyokong idea-idea yang dibawah oleh kerajaan. Namun sebenarnya, apa yang lebih penting bukanlah peranan kita untuk 'menyokong' atau 'membangkang' secara membuta tuli. Tetapi bagaimana mahasiswa tampil sebagai badan check and balance kepada idea dan dasar yang dibawa oleh kerajaan.
Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan pandangan saudara yang saya kira secara peribadi menyokong hub-hiburan. Fakta hub-hiburan membantu menurunkan kadar jenayah adalah idea mustahil. Bukankah ia suatu tindakan 'targhib' atau tindakan yang menggalakkan berlakunya keruntuhan institusi sosial?
Alasan bahawa hub-hiburan dijalankan untuk membantu industri pelancongan adalah sangat dangkal. Berbanding manfaat yang akan diterima oleh rakyat, hub-hiburan hakikatnya secara jelas memberi keburukan yang lebih besar kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Sebagai Yang Di-Pertua MPMUM, saya mengharapkan penambahbaikan di pihak saudara dan organisasi MPMUM. Saya juga mengharapkan agar YDP dan seluruh ahli kabinet MPMUM memacu kepimpinan dengan matang dan tampil dengan nilai-nilai intelektual kerana pemimpin mahasiswa yang sedia ada pada hari ini mencerminkan pemimpin negara pada masa akan datang.
Sekian.
Masturah Abu Bakar,
Mahasiswa Tahun kedua
Jabatan Sains Politik Islam
APIUM
Friday, September 24, 2010
Tahniah 5UM bebas pertuduhan
"Dan katakanlah:” telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah kebatilan; Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”
(Al-Israa’ : 81)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Alhamdulillah, hanya tasbih, tahmid dan rantaian istighfar kita panjatkan kepada Allah. Tiada kuasa melainkan Dia. Jika Allah katakan jadi, maka jadilah.
Alhamdulillah, hanya tasbih, tahmid dan rantaian istighfar kita panjatkan kepada Allah. Tiada kuasa melainkan Dia. Jika Allah katakan jadi, maka jadilah.
Tahniah dan syukur di atas pembebasan 5 orang sahabat UM yang bebas daripada pertuduhan kes 'Rosmah bini Puaka'.
Lebih setahun pembebasan ini dinanti. Bukan hanya oleh mangsa 5UM, tetapi juga dinanti oleh semua mahasiswa dan rakyat yang cintakan kebenaran. Maka, hari ini terzahirlah kebenaran, lenyaplah kebatilan. Maka, menanglah kebenaran, dan tersungkurlah kezaliman.
Hari ini pagi-pagi lagi saya dan sahabat (Rohayu) sudah bergegas ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Dengan menaiki motor, mengambil masa 20 minit untuk sampai ke mahkamah. Belum pun sempat kami masuk ke kompleks sudah ramai aktivis mahasiswa berkumpul di perkarangan mahkamah sambil melaungkan slogan 'student power'.
Alhamdulillah, nampaknya keputusan perbicaraan postif. Tahniah kepada Shazni Munir, Izzuddin Hilmi, Aizat Roslan, Saufi Jelani dan Syahruldeen atas pembebasan yang dkurniakan Allah. Moga-moga dengan nikmat yang terlalu besar yang Allah kurniakan ini kita semakin menjadi hamba yang bersyukur dan meletakkan pergantungan hanya padaNya.
Tahniah juga diucapkan kepada semua aktivis mahasiswa yang hadir memberi sokongan. Selepas ini, kita nantikan pula kes UKM4 yang akan menyusul ;)
Pautan berita 5UM di sini : http://www.malaysiakini.com/news/143470
Jom nyanyi sama-sama, dengan semangat!
Masturah Abu Bakar
Rumah Sumayyah, Petaling Jaya
Brotherhood of Muslim Camp kembali!
Alhamdulillah, setelah berjaya dengan Bro-MC 1 & 2 pada tahun lepas, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kali ini hadir pula dengan Bro-MC RAYA 2010.
Program Brotherhood of Muslim Camp RAYA 2010 yang tampil dengan wajah baru menyediakan aktiviti-aktiviti menarik buat anda!
Program Brotherhood of Muslim Camp RAYA 2010 yang tampil dengan wajah baru menyediakan aktiviti-aktiviti menarik buat anda!
Tarikh : 1-3 Oktober
Tempat : Excel Training Resort, Lenggeng Negeri Sembilan
Yuran : RM10 sahaja
Pendaftaran boleh dibuat ke no telefon yang tertera di dalam poster di bawah
atau
Wednesday, September 22, 2010
Rumah terbuka Pro-M, semua dijemput hadir
Pro-Mahasiswa Universiti Malaya menjemput anda ke
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
Jom bersama memeriahkannya!
Thursday, September 02, 2010
Pimpinan jangan ambil mudah
![]() |
Pimpinan jangan ambil mudah soal kobarkan semangat |
"Ahli kita tak ada semangat.."
"Ahli kita lemah, tak ada motivasi.."
"Buat apa kita bagi semangat kalau prestasi kerja tetap sama?"
Mungkin kita selalu mendengar dialog-dialog di atas. Tidak kira sama ada 'ahli' tersebut adalah ahli sesebuah organisasi, persatuan, syarikat, harakah Islamiyah (gerakan Islam) atau parti politik. Ia merupakan suatu kelaziman.
Ahli adalah manusia
Saya selalu mempersoalkan, ahli itu siapa sebenarnya? Apakah ahli itu adalah sebuah bas yang boleh kita timpakan dengan muatan yang terhad (sekitar 40 muatan sahaja) atau ahli adalah sebuah lori balak yang boleh kita bebankan dengan bebanan yang berat?
Jika ahli adalah sebuah bas atau lori balak pun, sudah menjadi fitrah apabila tiba tahap 'kritikal', ia akan meminta untuk diisi. Ya, bas atau lori balak juga perlukan minyak untuk meneruskan perjalanan. Inikan pula manusia.
Ahli adalah manusia. Manusia yang perlu diisi akalnya, spiritualnya, fizikalnya, rohnya. Justeru jangan biar ia kering kontang dan tandus gersang.
Tanggapan yang salah
"Ahli jamaah tak perlu bagi tasji' (semangat) dah, semua dah ada fikrah, dah faham. Tinggal buat kerja je.."
Saya fikir sudah banyak dialog sedemikian rupa yang saya dengar sepanjang intima' saya bersama gerakan Islam. Bagi pandangan saya, ia adalah suatu tanggapan yang salah.
Seperti yang saya katakan tadi, ahli adalah manusia. 3 aspek utama seseorang manusia adalah akal (mental), hati (spiritual, emosional) dan fizikal. Maka, jika yang ada hanyalah fikrah (mental), tetapi dalam masa yang sama emosi dan spiritual dalam keadaan yang rapuh maka keadaan ini masih lagi belum cukup melahirkan produktiviti yang kompeten.
Hak ahli, tanggungjawab pimpinan
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." (2:214)
Saya petik firman Allah di atas untuk kita sama-sama melihat bagaimana Allah memotivasi Rasul dan orang beriman yang terdahulu. Mereka ini ditimpa ujian yang berat sehingga mereka mempersoal bilakah datangnya pertolongan Allah. Dan Allah memotivasi, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
Anda tentunya pernah membaca kitab Qiyadah Jundiyah yang ditulis oleh Mustafa Masyhur. Di dalamnya terdapat pelbagai polisi hak ahli, hak pimpinan, tanggungjawab ahli dan tanggungjawab pimpinan.
Maka tugas kobarkan semangat adalah tanggungjawab pimpinan dan sudah semestinya ia adalah hak ahli. Pimpinan jangan ambil mudah hal ini. Hak ahli dan tanggungjawab pimpinan mesti dipenuhi.
Rasulullah s.a.w karakter motivasi agung
"Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti." (8:65)
Nah, lihat juga bagaimana Allah menyuruh Nabi Muhammad s.a.w mengobarkan semangat orang-orang mukminin untuk berperang ketika mana mereka lemah melihat kuantiti sof mujahidin yang sedikit. Mereka dijanjikan, jika mereka bersabar maka mereka akan dapat mengalahkan ramai tentera kuffar ketika itu.
Hal ini terjadi dalam perang Badar Al-Kubro. Ketika itu, sof mujahidin hanya berjumlah 313 dan tentera kuffar berlipat kali ganda. Rasulullah juga turut risau, sehingga terpamer dalam tindakan baginda. Lalu para mujahidin dan Rasulullah saling memperkuatkan dengan lontaran ayat-ayat Al-Quran dan kata-kata motivasi.
Kata Saad bin Muadz :
"Saya bicara atas nama orang-orang Ansar dan memberi jawapan berdasarkan sikap mereka. Berangkatlah bersama kami sesuai dengan apa yang engkau kehendaki. Ikatlah tali sesiapapun yang engkau kehendaki dan putuslah ikatan sesiapa sahaja yang engkau kehendaki. Dan ambillah dari harta kekayaan kami yang Engkau kehendaki."
"Dan berikanlah mana sahaja yang Engkau kehendaki. Apa sahaja yang Engkau ambil, nescaya lebih kami sukai daripada yang Engkau tinggalkan. Demi Allah, kalau seandainya Engkau menempuh perjalanan bersama kami hingga ke Barak Al-Ghamad (Kota Habsyah), kami semua akan tetap bersamamu. Dan demi Allah, kalau seandainya Engkau mengajak kami untuk menyeberangi lautan sekalipun pasti kami akan lalui bersamamu."
Tasyji' : jadikan budaya
Lihatlah bagaimana mereka saling memperkuatkan, saling meneguhkan. Rasulullah mengobarkan semangat mereka dengan ayat-ayat Allah. Dan para sahabat meneguhkan spirit mereka dengan lontaran kata-kata jihad.
Budaya ini perlu kita hayati. Budaya ini perlu kita teruskan. Agar spirit dan roh meningkat, dan prestasi a'milin memuncak.
Wallahua'lam.
Masturah Abu Bakar
Petaling Jaya
Tuesday, August 31, 2010
Anak muda cinta Malaysia!
Jangan jadi bangsa terjajah, terjajah minda, personaliti dan tindakan.
Bangunlah berubah! Kita cabar kebobrokan dan kebatilan.
Berjuanglah untuk kebenaran! Kita bebaskan diri daripada penjara penjajahan.
Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia kali ke-53.
Mahasiswa cinta negara.
Anak muda cinta Malaysia!
Masturah Abu bakar
Petaling Jaya
Monday, April 12, 2010
Dedikasi buat generasi
Patah Tumbuh Hilang Berganti
(dedikasi buat generasi Revival of Caliphate)
Lihatlah ombak menggunung menghempas
Bergulung mengejar
Diri terhempas
Yang lain mengejar
Tetapi terhempas lagi
Sambung menyambung menjangkau pantai
Tak kenal lelah
Tak kenal duka
Kau segara luas
Menjadi ibarat bagiku
Geloramu membuat darahku mendidih
Pahlawanku menyerang
Gugur ditindas
Terbengkalai?
Tidak... Tidak... Tidak...
Kau penjadi titian bagi kami yang tinggal
Kami titi jasadmu bergeleparan
Menuju benteng kemenangan
Kami takkan patah
Kami takkan mundur
Dengan semboyan ALLAHU AKBAR
Monday, March 22, 2010
Resolusi KGMN 2010
Resolusi Kongres Gerakan Mahasiswa Malaysia 2010 :
1) Semua front akan berpegang kepada 5 prinsip untuk terus memastikan kebersamaan dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Prinsip perjuangan SMM :
-Independence
-Intellectual
-Integrity
-Responsive
-Progressive
2) Membawa kebersamaan semua front di peringkat SMM & dibumikan peringkat kampus berdasarkan 5 prinsip perjuangan.
3) Meluaskan skop perjuangan mahasiswa meliputi aspek Nasional & Internasional secara holistik & menyeluruh dan saling lengkap-melengkapi.
Sumber : Hafizilyas.blogspot.com
- Alhamdulillah, selesai sudah kongres.
- Alhamdulillah, berkesempatan 'mencuri' pengalaman. ;)
- Alhamdulillah, jumpa rakan-rakan seperjuangan daripada kampus-kampus lain.
- Oh ya, saya ada quote sesuatu yang menarik daripada peserta Kongres. Ini dia,
"Jika anda melihat ketidakadilan yang berlaku, ubahlah ia dengan revolusi. Jika tidak mampu, ubahlah dengan reformasi. Jika tidak mampu, ubahlah dengan diskusi. Sesungguhnya diskusi adalah selemah-lemah iman para aktivis mahasiswa." - Sdr Zaid, aktivis KAMMI
- Alhamdulillah, jumpa rakan-rakan seperjuangan daripada kampus-kampus lain.
- Oh ya, saya ada quote sesuatu yang menarik daripada peserta Kongres. Ini dia,
"Jika anda melihat ketidakadilan yang berlaku, ubahlah ia dengan revolusi. Jika tidak mampu, ubahlah dengan reformasi. Jika tidak mampu, ubahlah dengan diskusi. Sesungguhnya diskusi adalah selemah-lemah iman para aktivis mahasiswa." - Sdr Zaid, aktivis KAMMI
Masturah Abu Bakar
Wednesday, February 10, 2010
Panah atau Nanah?
Laungan 'Ana Romyun' berkumandang berulang kali, basah di bibir mutarobbi yang jiwanya sedang membara dengan semangat juang. Jauh di sudut hati mendoakan semangat 'anak panah' Saad b. Abi Waqas menyerap dalam hati dan jasad hingga sebati. Biar berjuang hingga mati.
"Ana Romyun min rimayatil Islam, Farmii, aina ma shi'ta!"
"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetapi berjuang demi Islam"
Sama ada berjaya atau tidak pasakan itu, yakinlah bahawa ia tidak boleh dinilai dengan hanya sehari dua, bahkan setahun sekali pun. Apa yang terbaik, biarkan mereka bermain-main di padang perjuangan dan kita menjadi pemerhati. Andai menyerong, luruskanlah. Andai melaju, kobarkanlah.
Namun, apa yang patut dirisaukan ialah, di atas jalan juang ini kita bakal menjadi panah atau menjadi nanah. Jangan jijik. Jika tersalah langkah tanpa petunjuk Allah, mungkin kita akan menjadi yang kedua. Nauzubillah.
Menjadi nanah dalam perjuangan bukanlah sesuatu yang sukar. Cukup hanya mendengar bisikan nafsu dan tunduk kepada godaan syaitan. Justeru, jangan terlalu lama bermain 'tarik tali' dengan hidayah Allah. Optimis dan berbaik sangka kepada-Nya. Walaupun kita sedar, bukanlah sesuatu yang mudah merealisasikan impian untuk menjadi 'anak panah' dalam perjuangan ini.
Masturah Abu Bakar
- Romyun fisabilillah -
University of Malaya
Wednesday, January 20, 2010
PRK UM Jan 2010 ; Ep 1
PRK JAN 2010
COUNTDOWN : 8 HARI LAGI
Akhir-akhir ini, berita-berita kemenangan Pro-Mahasiswa cukup membanggakan! Pro-M mendapat tempat di UMT dan KUIS, walaupun baru pertama kali digunakan 'label' Pro-M. Ini juga pertama kali, pertama yang penuh strategi.
Ini kali pertama saya menyertai Pesta Demokrasi sebegini di kampus. Lalu, saya ingin bersedia dengan 'kamera'. Merakam segala hal yang akan berlaku, detik manis atau pahit, penting dan genting, meriah atau hambar, lawan atau musuh. Ya, semua hal.
Kali pertama bukan bererti jahil berpolitik. Saya kira sikap stereotaip ini harus dibuang, pertama kali bukan bererti kita tidak tahu. Setuju?
Apa yang menarik, kalimah Pesta Demokrasi digunakan untuk melambangkan beberapa siri pilihanraya yang bakal menjelma di kampus-kampus seluruh Malaysia. Moga benar-benar demokrasi lah harapnya.
Buat mahasiswa UM, saya paparkan kepada anda tarikh-tarikh penting PRK kali ini.
20 Jan - Pembubaran MPMUM 08/09 (My personal prediction)
25 Jan - Penamaan Calon
25-27 Jan - Kempen
28 Jan - Pembuangan Undi
Moga lebih bermakna!
Masturah Abu Bakar
( Wah, semangat betul ;) )
Thursday, January 07, 2010
Friday, January 01, 2010
Sekitar Sambutan Tahun Baru 2010
* Gambar-gambar di bawah diambil ketika Program Ekspedisi Dakwah GAMIS sempena sambutan tahun baru 2010 di Dataran Merdeka.
Khusyuk 1 : Menikmati hadiah istimewa daripada 1Malaysia
Khusyuk 2 : Hadiah 1Malaysia, dari Rakyat untuk Najib
Tersergam indah : Bangunan Bukit Aman berdiri megah berdekatan dengan 'perhimpunan aman' rakyat Malaysia menyambut tahun baru.
Khusyuk 3 : Ada juga yang datang bersama keluarga, 'merehat-rehatkan minda'.
Bangga : Menyambut Tahun Baru dengan 'teman baik' di kepala.
Unik : Aktivis mahasiswa, Shazni Munir, melaungkan slogan Mahasiswa dan anak muda.
Ajaib : Mahasiswa berjaya berkumpul di tengah-tengah lautan manusia bagi sama-sama menyambut tahun baru.
Thursday, December 31, 2009
Speaker's Corner dan Gerakan Mahasiswa
"Kekuasaan ada di JALANAN, bukan di PARLIMEN!"
Kalimat di atas adalah slogan keramat mahasiswa, yang dilaungkan ketika gerakan mahasiswa bangkit memperjuangkan isu pendidikan seawal tahun 1960-an lalu. Slogan keramat tersebut menggambarkan betapa mahasiswa mempunyai kuasa bersuara yang agung, hingga memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat umum. Akibatnya, berlaku perkembangan Revolusi Perancis, iaitu rombakan sistem pendidikan dan sistem politik oleh pemerintahan Barat.
Di Malaysia, gerakan mahasiswa pada awalnya didominasi oleh ketombokon mahasiswa Universiti Malaya. Oleh kerana universiti ini adalah institut pengajian tinggi yang tunggal, maka mereka lebih mudah mendapat perhatian masyarakat. Misalnya, lewat tahun 1967, mahasiswa memimpin rakyat menyuarakan isu Hamid Tuah. Bermula daripada suara dari dalam kampus, mahasiswa berjaya meraih sokongan rakyat. Akibat daripada desakan daripada mahasiswa dan rakyat, akhirnya Hamid Tuah dan rakan-rakannya dibebaskan.
(Entah kali ke berapa sejarah ini diulang, walaupun anda sudah bosan, saya tetap akan menulis tentang sejarah gerakan mahasiswa. Mengapa? Lakaran sejarah mampu menyuntik motivasi, agar kita mampu membuat perubahan yang lebih baik daripada generasi terdahulu.)
Mahasiswa dan Speaker's Corner
Mahasiswa dan Speaker's Corner
Tahukah anda? Gelombang gerakan mahasiswa yang sangat besar ini hanya dimulai dengan suatu institusi yang kecil, yang dinamakan Speaker's Corner (Selepas ini ditulis dengan singkatan SC). Pada tahun 1966, gerakan mahasiswa di UM mewujudkan SC, hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap peperangan yang dilakukan oleh Amerika ke atas Vietnam. Bermula daripada saat itu, SC menjadi sudut intelektual, sudut perbahasan, sudut perbincangan dan sudut pencerahan. SC yang dilakukan secara konsisten pada setiap hari minggu, mengumpulkan majoriti mahasiswa yang sensitif tentang apa sahaja isu yang berlaku di sekitar mereka.
Mahasiswa ketika itu sangat lantang, tegas, berani dan tidak tahu takut. Mahasiswa akan berbicara tentang apa sahaja tanpa disekat. Mahasiswa akan melaungkan tentang apa sahaja tanpa diganggu. Sehinggakan pada dekad itu, mahasiswa berjaya menyumbangkan hadiah 'perubahan' kepada rakyat bermula dengan hanya perbahasan dan perbincangan di dalam SC.
Saat mulut mahasiswa dikunci
Saat mulut mahasiswa dikunci
Namun akibat 'takut' dengan kelantangan suara-suara ini, SC akhirnya dilenyapkan daripada kamus mahasiswa. MAGERAN yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei yang berperanan sebagai jawatankuasa perpaduan, rupa-rupanya mempunyai hidden agenda. MAGERAN menubuhkan Panel Pelajaran pada 14 Ogos 1969 bagi mengkaji kehidupan pelajar kampus Universiti Malaya. Implikasinya, mahasiswa dihadiakan 'AUKU' oleh kerajaan dan hilanglah warisan SC sekaligus meracuni sedikt demi sedikit minda aktivis. Dan kini, gerakan mahasiswa hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. (Mujur ada kelompok minoriti aktivis yang masih 'hidup'.)
SC kembali, namun masih samakah?
Hari ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberi 'hadiah istimewa'(perlu difikirkan semula sama ada benar-benar istimewa atau tidak) buat mahasiswa. Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas (SC) bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa. Katanya,
“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata."
Namun, katanya juga,
"Sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif."
Prejudis saya
Persoalannya apakah HEP dengan mudah memberikan persetujuan? Apakah definisi beretika dan berhemah? Adakah HEP hanya memberi persetujuan jika isu yang dibahaskan hanya sekitar isu pro-kerajaan? Dan perbahasan tentang isu pro-kerajaan sahaja kah yang diangkat sebagai perbahasan beretika dan berhemah? Bebaskah mahasiswa mengkritik dan menggagaskan? Wujudkah jaminan bahawa sudut itu memberi peluang kepada mahasiswa sebagai badan check & balance dan bebas daripada pengaruh kepartian?
Harapan dan Perubahan.
Mungkin anda mengatakan saya prejudis. Tidak mengapa, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku. Setuju? Harapan saya, moga ada perubahan.
Namun, katanya juga,
"Sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif."
Prejudis saya
Persoalannya apakah HEP dengan mudah memberikan persetujuan? Apakah definisi beretika dan berhemah? Adakah HEP hanya memberi persetujuan jika isu yang dibahaskan hanya sekitar isu pro-kerajaan? Dan perbahasan tentang isu pro-kerajaan sahaja kah yang diangkat sebagai perbahasan beretika dan berhemah? Bebaskah mahasiswa mengkritik dan menggagaskan? Wujudkah jaminan bahawa sudut itu memberi peluang kepada mahasiswa sebagai badan check & balance dan bebas daripada pengaruh kepartian?
Harapan dan Perubahan.
Mungkin anda mengatakan saya prejudis. Tidak mengapa, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku. Setuju? Harapan saya, moga ada perubahan.
" Memoir, Harapan & Perubahan "
Masturah Abu Bakar
Departmen of Islamic Political Science
University of Malaya
Wednesday, December 30, 2009
Bila BERUS menjadi PEDANG
"Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." - Attaubah : 105
Bila memikirkan proses 'prosiding' kita di mahkamah Allah nanti, kita mungkin akan bingung. Bingung untuk menyediakan jawapan apabila ditanya apakah yang sudah kita lakukan untuk memperjuangkan agama Allah. Hakikatnya ketika itu, bukan mulut yang akan menjadi anggota pertahanan dan bukan akal yang menjadi benteng kekuatan bagi diri. Lalu, siapakah nanti yang 'sudi' membantu?
Sahabat-sahabat,
Jika hanya BERUS yang menjadi PEDANG kita, tidak mengapalah.
Siapa tahu BERUS itu yang akan bersuara saat kita dihunjam dengan pelbagai tuduhan ketika di hadapan-Nya.
Siapa tahu BERUS itu akan memberatkan timbangan amalan soleh kita.
Dan,
Siapa tahu BERUS itu yang akan menjadi mahar kita ke syurga.
----
Mungkin anda pelik dan geli hati, mengapa saya perlu 'highlight' kan BERUS. Tertawalah, itu hak anda. Namun kita harus gembira walau hanya BERUS menjadi PEDANG kita. :)
**Post khas untuk hawariyyun ansarullah :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saudara Saifuddin,
Saya merasakan saudara membahaskan demokrasi dalam konteks yang statik dan sempit. Jika saudara membahaskan definisi demokrasi secara literal pun mungkin kita akan memahami maksud sebenarnya.
Saya lebih cenderung untuk mendefinisikan demokrasi sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat(Abraham Lincoln). Bagaimana boleh saudara katakan bahawa tidak ada demokrasi kampus, walhal kampus itu punya rakyat tersendiri iaitu mahasiswa. Islam sendiri meletakkan Siyasah Syariyyah adalah untuk menjamin maslahah ummah(Ibn Taimiyah), justeru siapakah ummah?
Demokrasi punya ciri-ciri tersendiri, bukan sahaja hanya merujuk kepada perlembagaan semata-mata. Ramai Sarjana Dunia Islam dan Barat bersependapat dalam meletakkan ciri-ciri demokrasi. Antaranya didokong oleh persetujuan umum, pilihanraya dan hak-hak sivil.
Justeru, saya tidak bersetuju jika saudara katakan bahawa demokrasi merujuk kepada kerajaan dan kerajaan merujuk kepada perlembagaan. Saudara juga mengatakan bahawa di kampus, AUKU adalah elemen demokrasi. Sudahkah saudara memahami kandungan-kandungan AUKU yang menyalahi ciri-ciri demokrasi? Bagaimana Perkara 15 & 16 menjamin demokrasi di kampus?
Demokrasi bukan terbatas hanya kepada soal kerajaan, malah lebih luas, siyasah syariyyah juga bukan terbatas hanya kepada soal kerajaan. Hal ini ditegaskan oleh beberapa ideolog-ideolog gerakan Islam dan sarjana politik barat dengan tidak hanya mendefinisikan demokrasi adalah merujuk kepada kerajaan. Malah, ideolog-ideolog gerakan Islam memberi pendapat bahawa Sistem Demokrasi adalah sistem yang paling hampir dengan Islam iaitu sistem Siyasah Syariyyah(Hassan Al-Banna, Muhammad Al-Ghazali, Rashid Al-Ghannoushi).
Saya memetik kenyataan saudara,
Tiada AUKU, tiada pilihanraya, tiadalah ‘demokrasi kampus’.
Saya mencadangkan bahawa saudara mengkaji sejarah gerakan mahasiswa tahun 1960-an hingga awal 1970-an sebelum hadirnya AUKU yang mencengkam mahasiswa.
Wallahua’lam.
Jujur terhadap ilmu,
Masturah Abu Bakar