Friday, September 24, 2010

Tahniah 5UM bebas pertuduhan



"Dan katakanlah:” telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah kebatilan; Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap” 
(Al-Israa’ : 81)




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah


Alhamdulillah, hanya tasbih, tahmid dan rantaian istighfar kita panjatkan kepada Allah. Tiada kuasa melainkan Dia. Jika Allah katakan jadi, maka jadilah.


Tahniah dan syukur di atas pembebasan 5 orang sahabat UM yang bebas daripada pertuduhan kes 'Rosmah bini Puaka'.


Lebih setahun pembebasan ini dinanti. Bukan hanya oleh mangsa 5UM, tetapi juga dinanti oleh semua mahasiswa dan rakyat yang cintakan kebenaran. Maka, hari ini terzahirlah kebenaran, lenyaplah kebatilan. Maka, menanglah kebenaran, dan tersungkurlah kezaliman.

Hari ini pagi-pagi lagi saya dan sahabat (Rohayu) sudah bergegas ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Dengan menaiki motor, mengambil masa 20 minit untuk sampai ke mahkamah. Belum pun sempat kami masuk ke kompleks sudah ramai aktivis mahasiswa berkumpul di perkarangan mahkamah sambil melaungkan slogan 'student power'.

Alhamdulillah, nampaknya keputusan perbicaraan postif. Tahniah kepada Shazni Munir, Izzuddin Hilmi, Aizat Roslan, Saufi Jelani dan Syahruldeen atas pembebasan yang dkurniakan Allah. Moga-moga dengan nikmat yang terlalu besar yang Allah kurniakan ini kita semakin menjadi hamba yang bersyukur dan meletakkan pergantungan hanya padaNya.

Tahniah juga diucapkan kepada semua aktivis mahasiswa yang hadir memberi sokongan. Selepas ini, kita nantikan pula kes UKM4 yang akan menyusul ;)

Pautan berita 5UM di sini : http://www.malaysiakini.com/news/143470

Jom nyanyi sama-sama, dengan semangat!





Masturah Abu Bakar
Rumah Sumayyah, Petaling Jaya

No comments: