Showing posts with label Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Perjuangan. Show all posts

Monday, August 01, 2011

Ramadhan : Tinggalkan dunia dan kembalilah....

Istirehat sementara....


Pernahkah kau merasakan bahawa dunia ini terlalu meletihkan...

Urusan dunia sangat meletihkan bagi orang-orang yang merindukan istirehat di syurga Allah. Ujian yang tidak putus-putus membuatkan hamba putus asa. Masalah yang tiada pengakhiran membuatkan hamba putus harapan. Setiap kali merasakan semua ini, hamba mulai bertanya bilakah akan sampai waktu istirehat yang telah dijanjikan.

Kini Ramadhan yang dirindui sudah tiba.

Bagi hamba yang mencari-cari istirehat sebentar, inilah masanya. Benar, urusan dunia terlalu meletihkan. Lalu Allah hadiahkan kepada kita sebuah rumah pengistirehatan sementara. Allah hadiahkan kepada kita sebuah bulan yang penuh ketenangan agar kita tidak berputus harap dari rahmat Allah. Allahurabbi, betapa lembutnya Allah kepada kita.

Ramadhan adalah sebaik-baik bulan untuk manusia kembali kepada Allah. Kembali menilai di manakah letaknya Allah di hati, kembali menilai setinggi apakah cintaNya sudah kita kecapi.

Ramadhan adalah sebaik-baik masa untuk kita bersendiri merenung diri. Tinggalkanlah sebentar dunia yang terlalu meletihkan. Tinggalkanlah sebentar ujian yang terlalu memeritkan.

Kembalilah kepada Allah yang sangat mencintai esak tangis hamba. Kembalilah kepada Allah yang sangat merindui pujuk rayu hamba.

Janganlah bersedih dengan kehidupanmu dan apa yang telah menimpamu. Ketahuilah, Allah terlalu lembut menyantunimu. Pandanglah ramadhan ini sebagai hadiah dari Allah, agar kita kembali merasai nikmatnya menjadi hamba.

Ramadhanmu, sibukkanlah ia dengan ibadah. Agar kau benar-benar kembali kepada Allah.

Benar kan? Allah itu tidak zalim kepada hamba-hambaNya. Moga-moga dengan hadirnya Ramadhan memberi peluang untuk kita beristirehat sebentar dalam kembara mencari petunjuk dan hikmah Allah dalam setiap ujian yang menimpa.

Demi Allah, Allah terlalu Lembut menyantuni hamba-hambaNya..

Demi bulan yang penuh ketenangan, tinggalkanlah dunia dan kembalilah.. Moga nanti kau temui kemanisannya..


Friday, April 01, 2011

Kasih dan Cinta buat Ayah & Ummi

Because You Loved Me

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thankful
You’re the one who held me up
Never let me fall
You’re the one who saw me through through it all
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ’coz you believed
I’m everything I am
Because you loved me
You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I’m grateful for each day you gave me
Maybe I don’t know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you
You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
I’m everything I am
Because you loved me...

Secebis kasih dan cinta untuk ayah dan ummi. Yang selamanya takkan dapat kubalas. 
Maaf andai anakmu ini mendatangkan kesusahan. 
Sesungguhnya ayah dan ummi adalah yang pertama memperkenalkan anakmu ini kepada cinta dan perjuangan. Sungguh, dengan nyawa bahkan darah. Akan kutebus Islam dengan redha kalian.

Masturah Abu Bakar
Puteri Perjuangan Ayah & Ummi

Wednesday, February 02, 2011

Mubarak buta, pekak, tuli



Kenyataan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawy berhubung isu Revolusi Mesir


Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Sheikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir. Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, “Pergilah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir”. Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan dan meninggalkan Mesir yang sudah kehilangan berbilion-bilion wang. “Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak”. Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, “Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup.”

Al-Qaradawi menambah, “Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki”, untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, “yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim”, di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya “bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. “

Sheikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada “dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka,” dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes pencurian dan penjarahan. Beliau menasihati mereka, “Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah haram.”

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera.

Link asal:
http://inijalanku.wordpress.com/2011/01/30/medan-at-tahrir-kaherah-menjadi-medan-asy-syuhadak/

Sunday, January 30, 2011

Mesir : Angan, Harapan dan Perubahan



Dalam beberapa dekad ini, Mesir masih tidak berubah. Bayi kecil yang melihat dunia Mesir pada tahun 1981 terkejut melihat Mesir apabila umurnya mencecah 30 tahun. Bukan kerana pesatnya pembangunan, tetapi kerana mundurnya negara tanpa perubahan.


Kehidupan rakyat, pembangunan, prasarana, pendidikan, malah negara itu sendiri masih dalam keadaan yang sama. Mesir pada tahun 2011 ini sama sahaja seperti Mesir ketika 30 tahun dahulu. Tarafnya masih sama.


Dengan jumlah populasi penduduk yang sudah hampir mencapai 78 juta, negara itu sudah tidak lagi mampu berdiri. Lebih malang, rakyat dicengkam di bawah pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak, yang tercatat dalam sejarah kini sebagai Bapa Pemunduran Mesir.


Rumah-rumah dibina di atas kuburan, perkhidmatan pengangkutan menggambarkan kebejatan tamadun, kemudahan kesihatan tidak diendah, pendidikan anak-anak terbiar, media disekat, mulut rakyat digam, tangan masyarakat digari, institusi sosial tercalar. Oh, apakah tamadun yang digunapakai Hosni Mubarak ketika ini?


Pasti anak kecil menyimpan angan untuk bermain-main di taman dengan aman pada suatu hari nanti.


Pasti anak muda menyimpan angan untuk berdiri di dalam negara yang maju dan bebas dari cengkaman pada suatu hari nanti.


Pasti orang dewasa menyimpan angan untuk menghirup udara segar di taman-taman perumahan, bukan di atas kuburan pada suatu hari nanti.


Pasti orang tua menyimpan angan untuk melihat anak bangsa berteriak bangga melaungkan kebebasan dan keadilan pada suatu hari nanti.


Ya. Kerana angan mereka tekad bangkit dalam perjuangan. Kerana harapan mereka tegar berdiri menuntut perubahan. Mesir, angan, harapan dan perubahan. Teruskanlah usaha kalian. Moga sejarah mencatat 'Reformasi Mesir' sebagai titik mula kebahagiaan kehidupan yang sudah lama kalian dambakan.




Soul of Reformasi
Masturah Abu Bakar

Tuesday, December 28, 2010

Muhammad Abduh, Islam dan Barat



Pernah saya tanyakan kepada seorang penceramah mengenai Islam dan ideologi Barat. Adakah wujud pengintegrasian antara nilai-nilai Barat dan Islam? Saya juga tanyakan hal ini kepada seorang rakan facebook, jawapannya negatif, lebih kurang begini :


"Islam itu apa? Apakah begitu rendahnya Islam sehingga terpaksa mencedok nilai-nilai Barat?"


Muhammad Abduh dan keterbukaan


Kebetulan saya sedang membaca buku nipis mengenai tokoh modern reform movement, Muhammad Abduh. Tajuk buku tersebut ialah "Muhammad Abduh : Pengaruhnya kepada pembaharuan politik Islam di Malaysia" karya Zulkifli b. Hj Mohd Yusoff, terbitan Al-Bayan.


Muhammad Abduh tampil dengan idea pembaharuan dalam sistem pendidikan, akibat daripada pengalaman beliau melalui proses pembelajaran dalam sistem pendidikan yang dianggap konservatif dan tidak berkesan. Muhammad Abduh mencadangkan idea sistem pendidikan moden yang selaras dengan perkembangan zaman dan berteraskan Islam.


Namun, idea pembaharuan ini mendapat tentangan dari dalam dan luar. Penentangan dari dalam adalah dari kalangan orang Islam sendiri. Penentangan ini bersifat warisan berikutan penolakan terhadap pengajian falsafah yang boleh merosakkan aqidah Islamiyah kerana terlalu banyak menggunakan rasional akal. Bahkan, ada di antara ilmuwan yang menyebut bahawa tiada ilmu yang lebih hina daripada ilmu falsafah.


Muhammad Abduh berpendapat bahawa ilmu-ilmu seperti falsafah, mantiq dan hisab patut dipelajari oleh umat Islam kerana Islam sendiri bersifat menyeluruh. Namun, dalam keadaan masyarakat yang konservatif, idea islah dalam bidang pendidikan ditolak. Sebagai contoh, masyarakat umat Islam ketika itu tidak mahu menggunakan alat pencetak buku kerana ianya direka oleh Barat.


Tokoh-tokoh agama juga bersikap rigid dan tidak terbuka sehingga menganggap sesuatu yang datang dari luar daripada kerangka Islam adalah menjijikkan. Ada di antara mereka yang berkata :


"What kind of a Shaikh is this who speaks French, travels in European countries, read European books and teaches the ideas of European philosophers?"


Ilmu sains juga adalah antara ilmu kontroversi dalam kalangan ulama. Tidak ramai di antara mereka yang mahu memperkatakan mengenai sains apatah lagi mengharuskannya. Dalam hal ini, Muhammad Abduh mengharuskannya dengan mengangkat peranan akal yang dikurniakan oleh Tuhan dengan dipandu oleh wahyu.


Abduh tokoh integrasi Islam dan Barat


Penulis membuat kesimpulan bahawa Muhammad Abduh adalah seorang yang berjiwa besar tampil ke lapangan masyarakat Islam untuk mengintegrasi Islam dan Barat yang selama ini bertentangan di antara satu sama lain.


Sikap umat terdahulu terhadap permasalahan ini terbahagi kepada dua pendirian. Pertama, menolak mentah-mentah apa sahaja yang datang daripada Barat tanpa menilai terlebih dahulu baik atau buruk. Kedua, bersikap menerima bulat-bulat kebaikan atau keburukan yang datang dari Barat yang dianggap serba maju.


Muhammad Abduh hadir dengan satu formula baru dengan berpandangan umat Islam tidak patut menolak terus sesuatu yang datang dari Barat. Hal ini disebabkan banyak nilai tamadun Barat sebenarnya dicedok daripada Timur yang kebetulan berada dalam keadaan lemah setelah menguasai dunia suatu masa dahulu. Umat Islam juga tidak boleh menerima secara terus apa yang datang dari Barat kerana tidak semuanya mendatangkan kebaikan.


Muhammad Abduh berpendirian untuk membuat pengolahan semula sesuatu yang datang dari Barat dengan nilai-nilai kejiwaan Islam sehingga lahir suatu integrasi yang unggul dan bermanfaat buat umat Islam. Beliau hakikatnya bersifat terbuka terhadap dunia Barat tanpa mengenepikan prinsip Islam.


Apa yang menarik, penulis menyatakan sebenarnya Muhammad Abduh telah melakukan kesilapan besar apabila beliau tidak meletakkan sekatan atau garis panduan sejauh manakah reformasi itu harus berlaku dalam pengajaran Islam dan sejauh manakah peradaban Barat itu boleh diterima.


Tetapi, pada zaman ini, idea 'islamisasi ilmu' ini telah diolah dengan baik oleh beberapa tokoh ilmuan Islam seperti Ismail al-Faruqi, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Ziauddin Sardar.




Masturah Abu Bakar

Friday, September 24, 2010

Tahniah 5UM bebas pertuduhan



"Dan katakanlah:” telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah kebatilan; Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap” 
(Al-Israa’ : 81)




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah


Alhamdulillah, hanya tasbih, tahmid dan rantaian istighfar kita panjatkan kepada Allah. Tiada kuasa melainkan Dia. Jika Allah katakan jadi, maka jadilah.


Tahniah dan syukur di atas pembebasan 5 orang sahabat UM yang bebas daripada pertuduhan kes 'Rosmah bini Puaka'.


Lebih setahun pembebasan ini dinanti. Bukan hanya oleh mangsa 5UM, tetapi juga dinanti oleh semua mahasiswa dan rakyat yang cintakan kebenaran. Maka, hari ini terzahirlah kebenaran, lenyaplah kebatilan. Maka, menanglah kebenaran, dan tersungkurlah kezaliman.

Hari ini pagi-pagi lagi saya dan sahabat (Rohayu) sudah bergegas ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Dengan menaiki motor, mengambil masa 20 minit untuk sampai ke mahkamah. Belum pun sempat kami masuk ke kompleks sudah ramai aktivis mahasiswa berkumpul di perkarangan mahkamah sambil melaungkan slogan 'student power'.

Alhamdulillah, nampaknya keputusan perbicaraan postif. Tahniah kepada Shazni Munir, Izzuddin Hilmi, Aizat Roslan, Saufi Jelani dan Syahruldeen atas pembebasan yang dkurniakan Allah. Moga-moga dengan nikmat yang terlalu besar yang Allah kurniakan ini kita semakin menjadi hamba yang bersyukur dan meletakkan pergantungan hanya padaNya.

Tahniah juga diucapkan kepada semua aktivis mahasiswa yang hadir memberi sokongan. Selepas ini, kita nantikan pula kes UKM4 yang akan menyusul ;)

Pautan berita 5UM di sini : http://www.malaysiakini.com/news/143470

Jom nyanyi sama-sama, dengan semangat!





Masturah Abu Bakar
Rumah Sumayyah, Petaling Jaya

Wednesday, September 22, 2010

Rumah terbuka Pro-M, semua dijemput hadir


Pro-Mahasiswa Universiti Malaya menjemput anda ke 
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Jom bersama memeriahkannya!

Saturday, September 18, 2010

Warkah buat sahabat



Sahabat, sejauhmana pun indah persahabatan kita, dunia ini tetap hanya pinjaman. Sahabat itu hadir, menyinari, kemudian pabila tiba masanya dia tetap pergi.


Benarlah sabda junjungan, supaya kita mencintai sesuatu sekadarnya kerana suatu hari nanti kita akan membencinya.

Terkadang pahit rasanya. Kini, segalanya berbeza. Kita bersama hanya dalam keadaan fizikal. Tetapi 'jiwa' dan 'roh' kebersamaan yang sebenar itu sudah hilang. Aku juga tertanya-tanya mengapa. Mungkin ini ujian Allah buat persahabatan kita. Syaitan juga giat menambah perencah-perencah mazmumah. Sangka buruk, tidak puas hati, amarah, benci, kecewa, terluka, sakit hati. Allah, bertambahlah retak hubungan kita.


Namun, apalah lagi nikmat yang membuatkanku aku terlalu bersyukur selain hadiah 'persahabatan' yang Allah kurniakan ini..

Sahabat, demi Zat yang jiwaku berada dalam tanganNya. Kalianlah yang mengingatkanku kepada pencipta, kalianlah yang mengingatkanku tentang pahala dan dosa, kalianlah yang membantuku menjaga ibadahku, kalianlah yang membantuku mencintai Tuhan lebih daripada segalanya, kalianlah yang mengingatkanku selalu supaya aku menyerahkan pergantunganku segalanya kepadaNya, kalianlah yang mengingatkanku bahawa aku ini seorang hamba.

Sahabat, demi Allah yang kehidupanku berada dalam genggamanNya. Kalianlah yang mengajarku tentang indahnya persahabatan, kalianlah yang memimpin tanganku tika aku bertatih melalui denai perjuangan, kalianlah yang mengajarkanku untuk memenuhi masaku dengan beribadah kepadaNya.

Aku lebih redha jika yang tinggal bersamaku hanya kenangan kita. Kerana jika saat ini kalian bersamaku, saat akan datang kalian akan pergi juga. Tika itu sudah tentu aku menangisi kehilangan kalian dengan tangisan air mata. Tahukah kalian bahawa perpisahan itu memeritkan?

Tidak mengapalah jika kalian hanya tinggalkan bersamaku kenangan kita. Agar jika aku rindu, akan kusingkap semua layar kenangan yang telah kita cipta.

Aku ingin sekali menatap wajah kalian seperti dulu, rindu semangat kalian, rindu tawa kalian, rindu tangis kalian, rindu senyum kalian.

Aku rindu kemesraan kita, berkongsi suka dan duka, bersama bercerita tentang hati dan masalah kehidupan, bersama membincangkan persoalan ummat dan generasi, rindu muhasabah kita, rindu rehlah kita, rindu untuk makan bersama, rindu segalanya.

Sahabat, terima kasih atas 'kenangan' yang kalian berikan. Sekurang-kurangnya walau kalian tiada di sisi, namun 'pelangi' dan 'matahari' yang kalian hadiahkan ini mampu buatkan aku tersenyum dalam kepahitan mengharungi perjuangan.

Sahabat, terima kasih atas untaian doa yang kalian kalungkan. Walau tidak ada lagi tangan yang mengusapkan tangisan, bahu yang meringankan beban, senyuman yang meredakan kegelisahan, tawa yang mententeramkan, kata-kata semangat yang mententeramkan. Tidak mengapalah. Bukan itu hakikatnya harapan persahabatan. Hanya doa kalian yang menjadi penguatku, walau kita tidak seperti dulu.

Sahabat, berdoalah agar kita bisa bersama-sama berteduh di bawah naungan yang Maha Esa. Kerana Kekasih Agung Kita, Rasulullah s.a.w sudah menjanjikan. 'Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah' akan bisa berteduh di bawah naunganNya.

Kalian tetap dalam hati, selamanya.



With deep of my heart

Layyinulharir

Thursday, September 02, 2010

Pimpinan jangan ambil mudah

Pimpinan jangan ambil mudah soal kobarkan semangat


"Ahli kita tak ada semangat.."


"Ahli kita lemah, tak ada motivasi.."


"Buat apa kita bagi semangat kalau prestasi kerja tetap sama?"


Mungkin kita selalu mendengar dialog-dialog di atas. Tidak kira sama ada 'ahli' tersebut adalah ahli sesebuah organisasi, persatuan, syarikat, harakah Islamiyah (gerakan Islam) atau parti politik. Ia merupakan suatu kelaziman.




Ahli adalah manusia


Saya selalu mempersoalkan, ahli itu siapa sebenarnya? Apakah ahli itu adalah sebuah bas yang boleh kita timpakan dengan muatan yang terhad (sekitar 40 muatan sahaja) atau ahli adalah sebuah lori balak yang boleh kita bebankan dengan bebanan yang berat?


Jika ahli adalah sebuah bas atau lori balak pun, sudah menjadi fitrah apabila tiba tahap 'kritikal', ia akan meminta untuk diisi. Ya, bas atau lori balak juga perlukan minyak untuk meneruskan perjalanan. Inikan pula manusia.


Ahli adalah manusia. Manusia yang perlu diisi akalnya, spiritualnya, fizikalnya, rohnya. Justeru jangan biar ia kering kontang dan tandus gersang.




Tanggapan yang salah


"Ahli jamaah tak perlu bagi tasji' (semangat) dah, semua dah ada fikrah, dah faham. Tinggal buat kerja je.."


Saya fikir sudah banyak dialog sedemikian rupa yang saya dengar sepanjang intima' saya bersama gerakan Islam. Bagi pandangan saya, ia adalah suatu tanggapan yang salah.


Seperti yang saya katakan tadi, ahli adalah manusia. 3 aspek utama seseorang manusia adalah akal (mental), hati (spiritual, emosional) dan fizikal. Maka, jika yang ada hanyalah fikrah (mental), tetapi dalam masa yang sama emosi dan spiritual dalam keadaan yang rapuh maka keadaan ini masih lagi belum cukup melahirkan produktiviti yang kompeten.




Hak ahli, tanggungjawab pimpinan




"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." (2:214)


Saya petik firman Allah di atas untuk kita sama-sama melihat bagaimana Allah memotivasi Rasul dan orang beriman yang terdahulu. Mereka ini ditimpa ujian yang berat sehingga mereka mempersoal bilakah datangnya pertolongan Allah. Dan Allah memotivasi, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Anda tentunya pernah membaca kitab Qiyadah Jundiyah yang ditulis oleh Mustafa Masyhur. Di dalamnya terdapat pelbagai polisi hak ahli, hak pimpinan, tanggungjawab ahli dan tanggungjawab pimpinan.


Maka tugas kobarkan semangat adalah tanggungjawab pimpinan dan sudah semestinya ia adalah hak ahli. Pimpinan jangan ambil mudah hal ini. Hak ahli dan tanggungjawab pimpinan mesti dipenuhi.




Rasulullah s.a.w karakter motivasi agung




"Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti." (8:65)


Nah, lihat juga bagaimana Allah menyuruh Nabi Muhammad s.a.w mengobarkan semangat orang-orang mukminin untuk berperang ketika mana mereka lemah melihat kuantiti sof mujahidin yang sedikit. Mereka dijanjikan, jika mereka bersabar maka mereka akan dapat mengalahkan ramai tentera kuffar ketika itu.


Hal ini terjadi dalam perang Badar Al-Kubro. Ketika itu, sof mujahidin hanya berjumlah 313 dan tentera kuffar berlipat kali ganda. Rasulullah juga turut risau, sehingga terpamer dalam tindakan baginda. Lalu para mujahidin dan Rasulullah saling memperkuatkan dengan lontaran ayat-ayat Al-Quran dan kata-kata motivasi.


Kata Saad bin Muadz :


"Saya bicara atas nama orang-orang Ansar dan memberi jawapan berdasarkan sikap mereka. Berangkatlah bersama kami sesuai dengan apa yang engkau kehendaki. Ikatlah tali sesiapapun yang engkau kehendaki dan putuslah ikatan sesiapa sahaja yang engkau kehendaki. Dan ambillah dari harta kekayaan kami yang Engkau kehendaki."


"Dan berikanlah mana sahaja yang Engkau kehendaki. Apa sahaja yang Engkau ambil, nescaya lebih kami sukai daripada yang Engkau tinggalkan. Demi Allah, kalau seandainya Engkau menempuh perjalanan bersama kami hingga ke Barak Al-Ghamad (Kota Habsyah), kami semua akan tetap bersamamu. Dan demi Allah, kalau seandainya Engkau mengajak kami untuk menyeberangi lautan sekalipun pasti kami akan lalui bersamamu."




Tasyji' : jadikan budaya


Lihatlah bagaimana mereka saling memperkuatkan, saling meneguhkan. Rasulullah mengobarkan semangat mereka dengan ayat-ayat Allah. Dan para sahabat meneguhkan spirit mereka dengan lontaran kata-kata jihad.


Budaya ini perlu kita hayati. Budaya ini perlu kita teruskan. Agar spirit dan roh meningkat, dan prestasi a'milin memuncak.


Wallahua'lam.


Masturah Abu Bakar
Petaling Jaya



Tuesday, August 31, 2010

Anak muda cinta Malaysia!

Jangan jadi bangsa terjajah, terjajah minda, personaliti dan tindakan.
Bangunlah berubah! Kita cabar kebobrokan dan kebatilan.
Berjuanglah untuk kebenaran! Kita bebaskan diri daripada penjara penjajahan.
Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia kali ke-53.
Mahasiswa cinta negara.
Anak muda cinta Malaysia!


Masturah Abu bakar
Petaling Jaya

Sunday, June 06, 2010

Malaysia-Israel : Buta, bisu dan pekak!






Peristiwa 31 Mei 2010 memberi impak besar kepada seluruh dunia yang seakan-akan baru tersedar daripada lena yang panjang. Iaitu sepanjang tempoh ummat di Palestin dizalimi dan ditindas sebelum cetusan peristiwa itu. Di mana-mana pun kini (kecuali sekelompok puak pengganas - Israel dan Yahudi), ummat sedang berbicara soal Palestin, Gaza, kezaliman dan penderitaan. Tidak kira apa agama, bangsa dan ideologi politik mereka, kesemua mereka kini sedang marah, benci, kecewa, geram terhadap puak pengganas itu.


Dalam kisah penindasan terhadap Palestin sepanjang tempoh sebelum, semasa, atau selepas peristiwa 31 Mei itu, ada beberapa perkara yang boleh saya fokuskan.


1. Israel dan Yahudi sememangnya jahat, biadab dan melampau. Jadi, tidak terlalu menghairankan. Hal ini diceritakan dalam Al-Quran, Hadith, para ulama' dan disaksikan sendiri oleh masyarakat dunia. Mereka ini terlalu angkuh dan sombong, sehinggakan tidak lagi menerima nasihat dan peringatan. Mereka ini tidak ada bahasa lain yang boleh digunakan untuk memahamkan mereka kecuali dengan bahasa pedang!


Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah :




Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman."


Al-Jalalayn dalam mentafsirkan ayat ini mengatakan bahawa orang-orang kafir seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain adalah sama sahaja keadaan mereka jika diberi amaran atau jika tidak diberi amaran. Mereka tidak percaya dan maka jangan berharap bahawa mereka akan percaya.


Mengapa? Firman Allah s.w.t dalam ayat seterusnya :




Maksudnya : (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.


2. Dengan segala bukti dan saksi kejahatan Israel ini, ada juga pihak yang pekak, buta dan tuli sama seperti golongan di atas. Negara-negara yang penduduknya majoriti ummat Islam seperti Mesir dan Jordan 'sampai hati' melihat saudaranya sendiri dizalimi dengan berkerjasama menyekat laluan kemasukan bantuan daripada negara-negara mereka. 


Ada juga negara ummat Islam yang lain termasuk Malaysia yang masih berdegil mengambil mereka ini sebagai penasihat (APCO). 


Sudah berapa kali mahu dikatakan bahawa mereka ini penjahat dan pengganas? Mahu bahasa apa lagi? Mereka ini terlalu pelik dan menghairankan!


Menggerunkan. Saya dan anda pasti sudah jumpa golongan seperti mereka ini disebut oleh Allah dalam Al-Quran. Firman Allah dalam surah yang sama :




Maksudnya : "Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman."


Kata Al-Jalalayn dalam tafsirnya : "The following was revealed concerning the hypocrites". Nah, jelas sekali bahawa ayat di atas adalah ayat-ayat untuk orang munafiq lagi hipokrit.




Maksudnya : "Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman" dan manakala apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok mereka (orang-orang beriman)".


Al-Jalalayn berkata lagi, "Mereka ini adalah golongan yang berpura-pura terhadap orang beriman".


Lalu, Allah berfirman :




Maksudnya : "Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah."


Kepada anda yang masih berdegil untuk berkrompomi dengan puak pengganas ini, mudah saja kata dua untuk anda. Selama-lamanya anda tidak akan beruntung dan selamanya anda tidak akan memperoleh hidayah.


Adakah kata dua dari Allah ini tidak cukup menakutkan?


Tahukah anda wahai pihak yang masih degil, Allah telah melabel golongan seperti anda ini sebagai mereka yang buta, bisu dan pekak?




Maksudnya : "Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)."


Allahuakbar! 


Terlalu bodohkah anda?