Monday, November 01, 2010

Surat terbuka kepada YDP MPMUM

Assalamualaikum.

Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, merujuk kepada artikel http://www.malaysiakini.com/letters/146967, saya mencadangkan agar saudara perlu lebih banyak membaca, teliti mengkaji dan bijak menilai apa yang berlaku di sekeliling, supaya kenyataan yang dikeluarkan dalam media mencerminkan saudara sebagai pemimpin mahasiswa yang punya idea bernas, bukan menyokong membuta tuli.

Saudara mengeluarkan kenyataan sebagai 'wakil' kepada seluruh mahasiswa, termasuk semua jenis golongan mahasiswa. Jika idea saudara 'menyokong hub-hiburan' dan saudara mengeluarkan kenyataan sebagai 'mewakili' mahasiswa, ia menggambarkan bahawa seluruh mahasiswa menyokong hub-hiburan.

Jika saudara ingin mengeluarkan kenyataan sebagai 'wakil' mahasiswa, mungkin lebih baik jika saudara mengutip pandangan secara bottom-up. Atau jika tidak, saudara perlu menyatakan perkara tersebut adalah pandangan peribadi saudara.

Saya menganggap pandangan saudara adalah salah satu usaha untuk menunjukkan bahawa saudara menyokong idea-idea yang dibawah oleh kerajaan. Namun sebenarnya, apa yang lebih penting bukanlah peranan kita untuk 'menyokong' atau 'membangkang' secara membuta tuli. Tetapi bagaimana mahasiswa tampil sebagai badan check and balance kepada idea dan dasar yang dibawa oleh kerajaan.

Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan pandangan saudara yang saya kira secara peribadi menyokong hub-hiburan. Fakta hub-hiburan membantu menurunkan kadar jenayah adalah idea mustahil. Bukankah ia suatu tindakan 'targhib' atau tindakan yang menggalakkan berlakunya keruntuhan institusi sosial?

Alasan bahawa hub-hiburan dijalankan untuk membantu industri pelancongan adalah sangat dangkal. Berbanding manfaat yang akan diterima oleh rakyat, hub-hiburan hakikatnya secara jelas memberi keburukan yang lebih besar kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Sebagai Yang Di-Pertua MPMUM, saya mengharapkan penambahbaikan di pihak saudara dan organisasi MPMUM. Saya juga mengharapkan agar YDP dan seluruh ahli kabinet MPMUM memacu kepimpinan dengan matang dan tampil dengan nilai-nilai intelektual kerana pemimpin mahasiswa yang sedia ada pada hari ini mencerminkan pemimpin negara pada masa akan datang.



Sekian.

Masturah Abu Bakar,
Mahasiswa Tahun kedua
Jabatan Sains Politik Islam
APIUM

5 comments:

Anonymous said...

hiburan didahulukan.... pencapaian diabaikan..... 1 malaysia...

ahmad rafa'i said...

jika baik ALHAMDULILLAH(ikut syariat)
jika xbaik INNALILLAH(cetus maksiat)
tapi kan hub ni bawa kebaikan ke?
@ seperti IFF juga?

islamic tuh(islamic la sangat)

sokongan ni atas dasar pe sebenarnya?
nak tingkatkan ekonomi negara dgn Hub ni?

jika dihalusi dan dikaji atas sebab pe ye mahasiswa islam melihat pendekatan hiburan sebagai suatu keperluan?

jika "si penyokong" study kat APIUM rasanya dia lebih tahu sebab dan akibat...
sekadar pandangan

(ADAKAH MAHASISWA MAHU LIBERALISMA DAN HEDONISME PEMACU AKHLAK DAN MINDA?)

SAMA2 RENUNGKAN!

syairah said...

laaa..

sama macam mase saya jadi mpp upm juga dulu...kami dah tahu pasal ni.mereka mmg sokong hub hiburan utk tngkatkan ekonomi negara...

cuma, pasal keruntuhan akhlak tu, mereka kate tepuk dada tanya iman...

masyaAllah.....patutlah ramai bijak pandai negara sudah beralih keppa pembangkang

Anonymous said...

karut

Anonymous said...

orang bodoh jek yg letak name sendiri utk jatuhkan diri sendiri~ nak kan kebenaran tapi attack orang tanpa usul cerita. insyaallah anda di lindungi dan dikasihi oleh Allah swt kerana kebaikan anda~ Amin