Wednesday, February 10, 2010

Panah atau Nanah?



Laungan 'Ana Romyun' berkumandang berulang kali, basah di bibir mutarobbi yang jiwanya sedang membara dengan semangat juang. Jauh di sudut hati mendoakan semangat 'anak panah' Saad b. Abi Waqas menyerap dalam hati dan jasad hingga sebati. Biar berjuang hingga mati.

"Ana Romyun min rimayatil Islam, Farmii, aina ma shi'ta!"

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetapi berjuang demi Islam"

Sama ada berjaya atau tidak pasakan itu, yakinlah bahawa ia tidak boleh dinilai dengan hanya sehari dua, bahkan setahun sekali pun. Apa yang terbaik, biarkan mereka bermain-main di padang perjuangan dan kita menjadi pemerhati. Andai menyerong, luruskanlah. Andai melaju, kobarkanlah.

Namun, apa yang patut dirisaukan ialah, di atas jalan juang ini kita bakal menjadi panah atau menjadi nanah. Jangan jijik. Jika tersalah langkah tanpa petunjuk Allah, mungkin kita akan menjadi yang kedua. Nauzubillah.

Menjadi nanah dalam perjuangan bukanlah sesuatu yang sukar. Cukup hanya mendengar bisikan nafsu dan tunduk kepada godaan syaitan. Justeru, jangan terlalu lama bermain 'tarik tali' dengan hidayah Allah. Optimis dan berbaik sangka kepada-Nya. Walaupun kita sedar, bukanlah sesuatu yang mudah merealisasikan impian untuk menjadi 'anak panah' dalam perjuangan ini.



Masturah Abu Bakar
- Romyun fisabilillah -
University of Malaya

No comments: