Monday, October 12, 2009

Kezaliman yang tiada noktah


Realiti 1Malaysia

Apabila dasar 'perubahan' 1Malaysia diisytiharkan oleh Perdana Menteri di awal pemerintahannya, mahasiswa diselubungi keraguan dan
tanda tanya. Adakah dengan 1Malaysia yang baru ini akan berlaku transformasi negara? Atau ia hanya fall flat seperti dahulu? Atau barangkali ia bersifat lebih dogmatik dan diktator?

Kini, walaupun tidak sampai setahun usia 1Malaysia (sejak 3 April 2009), persoalan-persoalan terhadap dasar ini barangkali hampir terjawab. Di atas pe
rtimbangan rasional dan bukti realiti, mahasiswa melihat bahawa 1Malaysia ini hanyalah slogan fall flat yang tiada nilai. Dasar ini juga bersifat lebih dogmatik yang mana seluruh masyarakat dalam negara ini dipaksa secara doktrinisasi untuk menerimanya.



Isu 1 : Mahasiswa dan bantah e-undi

Tanggal 10 Oktober 2009 sempena kehadiran Dato' Khaled bin Nordin ke UPM untuk penyerahan resolusi mahasiswa 1Malaysia, ketombokan mahasiswa yang membantah pelaksanaan e-undi (BANTAH) hadir untuk menyerahkan memorandum bantah
e-undi. Namun dek sekatan-sekatan daripada pihak pentadbiran UPM (TNC, pegawai keselamatan dan lain-lain), penyerahan memorandum seolah-olah hanya seperti pemberian kad raya. Kenapa?

Saya yakin mahasiswa sudah bosan. Sudah bertimbun-timbun memorandum daripada mahasiswa yang diserahkan kepada pihak yang terlibat sama ada ia berkaitan dengan isu mahasiswa atau isu lain. Namun ia hanya sekadar begitu. Mungkinkah dibaca untuk tindakan? Atau dilihat dan dibuang?

Saya memetik kata-kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shazni Munir yang menyebut,

"Kami menunggu tindakan daripada Dato' Khaled Nordin terhadap memorandum bantah e-undi. Jika tidak ada tindakan, mahasiswa akan bertindak."



Isu 2 : Mahasiswa dan kezaliman pelaksana AUKU

Saya agak terkejut semalam apabila mendapat makluman bahawa 8 orang mahasiswa akan dihadapkan ke Tribunal Universiti. Mereka dituduh melakukan kesalahan tatatertib dengan membawa ahli politik masuk ke universiti. Jika disabit kesalahan, mereka akan didenda dan digantung universiti.

Pertuduhan ini adalah bercanggah dengan Akta Universiti Kolej Universiti pindaan 2008 yang
membenarkan ahli politik mengakses mahasiswa di Universiti secara intelektual. Pertuduhan ini juga dikatakan suatu bentuk diskriminasi terhadap mahasiswa dan menunjukkan ketidakadilan di peringkat pentadbiran universiti. Mahasiswa yang tertuduh barangkali adalah mangsa 'politik' pihak tertentu akibat tidak puas hati mereka kerana menjemput ahli politik yang bukan daripada pihak mereka.

Lebih malang, prosiding yang dikatakan akan berlangsung hari ini dibatalkan tanpa sebab munasabah tanpa makluman awal terlebih dahulu. Bekas Presiden PMIUM, Haafizzuddin Abirerah dan beberapa front-front mahasiswa menyatakan rasa kecewa di atas sikap tidak profesional pihak HEPA di atas masalah itu.

Mahasiswa akan terus mendesak

Namun, kedua-dua isu ini mendapat liputan pelbagai media. Atas tujuan untuk mendapat perhatian masyarakat dan bukan untuk mendapat publisiti murahan, maka mahasiswa tampil berani menyatakan pendirian mereka. Mahasiswa akan terus mendesak pihak-pihak yang terlibat agar segera mengambil tindakan. Mahasiswa akan terus menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran.


Masturah Abu Bakar
Department of Islamic Political Science

Universiti of Malaya







No comments: