Kembali ke 'rumah'
Saya dan sahabat-sahabat berpeluang kembali ke 'rumah' 6 september lalu. Sungguh, walaupun perjalanan itu tidak dirancang (on the spot) dan berlaku beberapa bad incident, semangat untuk kesana tetap tidak luntur. Dek kerana rindu, kami tetap mahu kembali ke bumi itu.
Nilam Puri
Bumi Kenangan
Bumi itu menyimpan khazanah kenangan yang cukup banyak. Sama sekali tidak dapat kami ulang walau sedetik pun. Masakan tidak rindu dengan murobbi, usrah dan suasana Kelantan yang aman. Masakan tidak rindu dengan semangat ukhuwah, liqa' mahabbah dan program latihan.
Serabut
Perjalanan itu juga menyaksikan jiwa-jiwa Abna Alharakah yang serabut.Serabut dengan kesibukan Kota Kuala Lumpur yang sama sekali tidak menenangkan. Serabut dengan debu Kota yang diselaputi bumi dan kotoran. Serabut dengan rasa bersalah kerana khuatir amanah perjuangan tidak mampu dilaksanakan.
Rindu melihat generasi baru
Ada dua generasi di sana. Yang satu itu adalah acuan tarbiyah tangan-tangan ini. Menjadi atau tidak bergantung kepada usaha dan ikhlas tangan-tangan itu. Generasi kedua, mereka ini yang kami rindu. Rindu melihat generasi baru. Rindu untuk membelai mereka dengan rabitah ukhuwwah fillah yang tidak mungkin akan padam.
Teruskan melangkah
Di bumi manapun kita, matlamat perjuangan kita tetap sama. Kita mahu melihat bumi Allah diwarnai dengan gelombang Islam. Kita mahu mendengar kalimah tauhid dilaung di setiap pelusuk dunia. Kita mahu merasai keamanan dan keharmonian masyarakat yang dinaungi lembayung pemerintahan Islam.
Maka, jika itu yang kita mahu kita harus teruskan melangkah. Buat generasi baru yang dinanti, ayuh kobarkanlah semangatmu!
No comments:
Post a Comment