"Kita perlu melakukan satu pencarian roh (soul searching) tentang kualiti universiti kita, iaitu dari segi penghayatan budaya ilmu, keseimbangan antara akademik dan kokurikulum, pemantapan kokurikulum dan kemahiran insaniah, gerakan mahasiswa, pembangunan mahasiswa serta kepemimpinan universiti dan HEP." -Saifuddin Abdullah dalam bukunya 'Kalau Saya Mahasiswa'
Cuti pertengahan semester kali ini saya kira adalah cuti sambil bekerja. Ya, saya perlu bekerja keras menyiapkan segala tanggungjawab akademik sebelum cuti berakhir kerana saya yakin minggu-minggu yang akan datang akan saya penuhi dengan tanggungjawab sebagai abnaulharakah.
Saya suka menggunakan slogan Negarawan Muslim. Negarawan Muslim memandang mudah terhadap sesuatu bebanan. Malah, negarawan Muslim mampu mengadaptasi segala bebanan dalam bentuk yang lebih efisien. Lalu, Abnaulharakah perlu ada sikap Negarawan Muslim, berjaya menyelesaikan tanggungjawab akademik dan tanggungjawab amal Islami dengan jayanya.
Ketika di Nilam Puri, saya merasakan bebanan assignment bertimbun ditambah dengan jumlah jam kredit yang terlalu banyak dan meletihkan. Kelas pula sehingga jam 10 malam. Tetapi beza antara dahulu dengan sekarang ialah kemampuan untuk melaksanakan sesuatu mengikut kecenderungan.
Selalunya manusia cenderung melaksanakan sesuatu perkara berdasarkan minat dan kesukaan mereka. Misalnya seperti mahasiswa yang menyukai program-program berunsur intelektual maka mereka lazim terlibat dengan program-program sedemikian. Orang yang menyukai hiburan akan terlibat dalam program hiburan, orang yang menyukai sukan akan terlibat dengan program berbentuk sukan.
Justeru saya memilih tajuk-tajuk assignment saya mengikut kecenderungan saya dan saya senang hati untuk menyelesaikannya.
(Subjek) Tamadun Islam dan Tamadun Asia :
"Kamal Ataturk dan kesan pemerintahannya terhadap tamadun Islam"
Sejarah Pemikiran Politik Moden :
"Perbandingan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan kesatuan"
Hubungan Etnik :
"Kejiranan memupuk perpaduan" (atas persetujuan ahli kumpulan walaupun saya agak kurang berminat)
Teknik Penulisan :
"Analisis mesej dakwah dalam novel tautan hati karya Fatimah Syarha"
Pengantar Sains Politik Islam :
Terjemahan kitab pengantar siyasah syariyyah (Pengenalan, Takrif dari sudut bahasa, Takrif menurut ahli fuqaha', takrif menurut bukan fuqaha', Rumusan konsep)
Selepas segalanya siap insyaAllah saya akan paparkan di dalam blog ini. Dan InsyaAllah segalanya akan disiapkan dalam minggu ini. Moga Allah membantu apa yang direncanakan.
Kombat
4:28 pm
University of Malaya
No comments:
Post a Comment