Monday, August 17, 2009

Saya ESTJ, anda bagaimana?


Ramai individu yang apabila ditanya tentang ciri-ciri personaliti mereka selalunya jawapan yang terkeluar adalah 'tidak tahu'. Dahulu saya juga termasuk dalam kategori demikian. Tetapi hakikatnya, mengetahui dan mengenali personaliti diri adalah penting untuk memotivasi diri supaya lebih terkehadapan. Jadi, saya telah menjawab ujian personaliti di sini. Mungkin anda juga boleh mencubanya!

Click to view my Personality Profile page

  1. Extraverted (E)
    Kecenderungan terhadap melihat dunia daripada pandangan luar daripada diri sendiri. Mereka lebih suka mengadakan interaksi sosial, bersemangat, berbudi bahasa, tegas dan realistik. Mereka cenderung kepada perhimpunan sosial seperti aktiviti berorganisasi dan juga lebih suka untuk meluangkan masa bersama orang lain serta cuba untuk memperkuatkan diri mereka dengan interaksi sosial.

  2. Intuition (N)
    Ia berkaitan tentang bagaimana manusia memproses data. Mereka memfokuskan kepada masa depan dan apa yang mungkin akan berlaku. Mereka memproses maklumat melalui sejarah dan pengalaman. Mereka membaca apa yg tersirat dan mereka adalah pemikir abstrak.

  3. Thinking (T)
    Berfikir merujuk kepada bagaimana individu membuat keputusan. Pemikiran mereka adalah objektif dan membuat keputusan berdasarkan fakta. Mereka memimpin dengan akal dan bukannya melalui hati dan perasaan. Pemikir membuat keputusan berdasarkan faktar dan logik.

  4. Judging (J)
    Menilai ialah kecenderungan melihat sesuatu melalui apa yang dilihat. Tetapi tidak bermakna mereka adalah penghukum. Mereka menilai dari sudut turutan dan susunan. Mereka lebih suka kepada sesuatu yang sistematik dan mempunyai perencanaan. Selalunya mereka menilai untuk mencari keputusan.

Keempat-empat ciri personaliti iaitu ENTJ digabungkan menjadi suatu penilaian personaliti yang lengkap iaitu 'The Chief' yang bermaksud ketua bagi pemimpin. Kumpulan individu ENTJ digambarkan seperti berikut :

ENTJ adalah individu strategis, pencatur, dan memiliki kualiti kepemimpinan yang semulajadi. Mereka adalah kepala koordinator yang efektif dimana mereka dapat memberikan arahan kepada organisasi. Mereka dapat memahami situasi organisasi yang rumit dan cepat untuk mencambahkan solusi-solusi yang cerdas. ENTJ adalah mereka yang lantang bersuara dan tidak akan ragu untuk berbicara tentang rancangan mereka untuk pembaikan. Mereka tegas, mempunyai nilai pengetahuan, efisien dan kompeten.

Antara tokoh-tokoh barat yang memiliki personaliti ENTJ ialah :

Bill Gates - Microsoft Founder
Edward Teller - theoretical physicist
Franklin D. Roosevelt - American President
 
Tetapi laman ini memperincikan bahawa populasi ENTJ wanita berbanding dengan lelaki adalah 1.5% berbanding 4.5%. Fakta tersebut sebenarnya berkait rapat dengan peranan wanita dalam masyarakat hari ini. Saya optimis bahawa gerakan-gerakan mahasiswi kini seperti SIGMA, MASISNA dan lain-lain dapat merobah halatuju wanita menjadi lebih dinamik.

Secara peribadi saya merasakan bahawa 80 % keputusan adalah bertepatan dengan siapa diri saya sebenarnya (dengan izin Allah). Tetapi sebagai seorang negarawan Muslim, walau apapun yang dipaparkan mesti dikaitkan dengan kuasa dan nikmat Allah taala tanpa menolak dan menafikan secara terus kajian-kajian seperti ini. Kita juga beriman bahawa tokoh teragung adalah Nabi Muhammad s.a.w yang juga dinobatkan sebagai juara agung di antara 100 individu yang paling berpengaruh di dunia.

Wallahua'lam.

Untuk mengetahui ENTJ dengan lebih lanjut, anda boleh ke laman ini.


Kombat
3 : 42 am
University of Malaya

No comments: