Saya menanti-nanti 2 perkara yang saya tandakan ia sebagai aktiviti 'wajib pergi' sepanjang Festival Konvokesyen Universiti Malaya bermula 6 Ogos hingga 15 Ogos 2009 lalu. 2 perkara tersebut ialah:
"Forum Rejuvenasi Minda, Dimensi Malaysia Baru : Mahasiswa sebagai Pelapis Kepimpinan."
"Wacana Perdana Ekonomi Malaysia : Liberalisasi Ekonomi Malaysia, ke mana arah tujunya?"
Melihat tajuk sahaja sudah cukup untuk dibanggakan apatah lagi apabila melihat siapa panel yang hadir. Antara panel Forum Rejuvenasi Minda ialah Prof Hassan Hasbullah, Al-Akh Hisommuddin Bakar dan Al-Akh Wan Ahmad Fayhal. Kesemua panel pada saya adalah individu yang hebat dari sudut gagasan idea dan pelaksanaan.
Lebih teruja, Datuk Paduka Husam Musa menjadi panel tunggal Wacana Perdana Ekonomi Malaysia. Sangat mengujakan.
Lebih teruja, Datuk Paduka Husam Musa menjadi panel tunggal Wacana Perdana Ekonomi Malaysia. Sangat mengujakan.
Namun dukacita saya tidak berpeluang menghadiri Forum Rejuvenasi Minda disebabkan oleh pertembungan keutamaan. Tetapi ia tidak menjadi masalah kerana saya berpuas hati kerana berpeluang merasai ketajaman idea YB Husam.
Sekalung tahniah buat MPMUM kali ini kerana berjaya membuat suatu anjakan perubahan FESKUM, daripada semaian budaya hedonisme kepada budaya intelektual yang lebih baik. Saya mengharapkan dengan nilai-nilai seperti ini pencerahan minda mahasiswa dapat dilaksanakan supaya pemimpin masa hadapan dapat dicetak mulai sekarang.

Kombat
11 : 36 pm
University of Malaya
No comments:
Post a Comment