Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan kali ini




"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa".
- Al-Baqarah, 2:185.


"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan"
-HR Ahmad (9133)


1 Ramadhan kali ini agak unik. Saya hanya berseorangan tanpa famili dan sahabat-sahabat. Namun saya yakin Allah mahu mengajar saya erti hidup sendiri tanpa bergantung kepada manusia dan hanya meletakkan pergantungan hanya kepada Allah. Tetapi saya tidak begitu sunyi kerana ditemani suara-suara dari bangunan Blok C yang didiami oleh adik-adik Pusat Asasi Sains UM yang tidak bercuti.

Lewat jam 6.30 petang tadi saya turun ke kafetaria untuk membeli juadah berbuka. Kelihatan ramai juga mahasiswa lain yang seangkatan dengan saya. Ketika sibuk memilih menu sambil memerhati manusia sekeliling, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Persoalan utama terhadap perkara-perkara tersebut ialah apa sebenarnya pemahaman mereka tehadap ramadhan. Saya berfikir sendiri.

Kes 1 : 2 pasangan 'romantik Islamik' kelihatan gembira membeli menu juadah berbuka bersama, tanpa menghiraukan manusia sekeliling yang memerhati termasuk saya.

1 soalan sahaja yang bermain di benak saya,adakah ramadhan hanya bulan yang wajib ke atas muslim untuk 'puasa makan'? Saya istighfar ketika memerhati mereka. Jika mereka tergolong dalam kalangan mereka yang tidak tahu apa-apa atau kurang tahu tidak mengapa dan mungkin boleh dimaafkan. Tetapi sebaliknya, mereka adalah golongan yang mendalami ilmu agama dan lebih tepat lagi mahasiswa Akademi Pengajian Islam. Tidak hairanlah jika orang lain menyamakan API dengan fakulti lain disebabkan sikap sesetengah mahasiswa Islam yang boleh dilabel seperti 'tunggul', belajar hanya setakat di dalam kelas tanpa praktikal.


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga" - HR Bukhari (3581) al-Jihad.

Sahabat, ramadhan adalah universiti mujahadah yang terbaik. Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk merasai tarbiyah langsung dariNya di dalam bulan ini. Apa yang penting, ramadhan bukan setakat bulan yang wajib ke atas kita untuk 'puasa makan', tetapi kita juga wajib untuk 'puasa nafsu'. Saya menganggap kes ini adalah suatu kekhilafan dan kita dituntut untuk merayu keampunan. Segeralah memohon maghfirah, moga diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah. Jika universiti mujahadah yang hanya sebulan ini tidak dapat kita tempuh, kita sebenarnya gagal mengurus nafsu. Akibatnya, bila berakhirnya ramadhan dan ketika bertambah musuh-musuh kita iaitu syaitan, saya tidak jamin kita mampu melepasinya.

Nauzubillah, moga Allah tidak menguji saya dengan hal-hal sebegini. Mohon Allah bersihkan hati kita dari mengingati selain daripadaNya.

Kes 2 : Sebuah gerai menjual air di kafetaria tersebut memasang lagu raya pada 1 Ramadhan.

Sebenarnya, saya agak geli hati bila memerhati telatah manusia termasuk yang 1 ini. Patutkah memasang lagu raya pada 1 ramadhan? Benar, tiada hukum yang mengatakan ia salah tetapi patutkah? Saya bertanya kepada kakak yang mengurus kaunter air tersebut,

"Kak, takkan 1 ramadhan dah pasang lagu raya kot?"

Dia hanya tersenyum simpul dengan soalan saya. Kemudian saya menggelengkan kepala.


"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" - HR Bukhari (4/99). Muslim (759).

Saya mohon kepada Allah agar semua manusia di muka bumi ini dapat merasai roh ramadhan. Alangkah beruntungnya manusia, ketika setiap nafas-nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amal-amal diterima dan setiap kuntum doa bakal diijabah. Ah, alangkah beruntungnya saya.

Pun begitu, ramai yang mensekularkan puasa ramadhan dan tuntutan agama sehingga puasa ramadhan dilaksanakan hanya sekadar melazimi adat. Ada yang puasa, tetapi tidak menutup aurat. Ada yang puasa tetapi meninggalkan solat. Ada yang puasa tetapi berbuat maksiat. Ada yang puasa tetapi kerap mengumpat. Lalu apakah makna puasa mereka?



"Azza Wajalla berfirman: Puasa itu untuk Aku dan Akulah memberinya pahala. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya kerana Aku. Puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya" - H/R an-Nasai(2189) as-Siam.

Akhirnya, kita kembali semula kepada persoalan utama, apakah pemahaman sebenar mereka terhadap ramadhan?




Layyinulharir  
Universiti Malaya  
21 : 36
blogger-emoticon.blogspot.com

1 comment:

ainmohd said...

mas,
aku tercari-cari kat mana lah nak komen,akhirnya jumpa jugak.aku suka baca blog kau neh mas, tapi macam gelap ja.better kau bagi terang benderang n cerah siket.tatawu pulak la kalau komp aku nih yang gelap ka.sekadar pandangan ja la

pasal couple tuh betol juga apa kau kata.tapi aku malas mau komen2.bukan apa manusia semua ada salah dan silap.hari nie kita bercerita pasal orang mana tahu esok lusa Allah pulak uji kita dengan apa yang kita perkatakan.

salam ramadhan ya mas.=)