Friday, June 05, 2009

DMPP : Ayuh Satu Hati.


"Kekurangan ilmu tentang kehidupan termasuk perundangan, hak-hak wanita, pendidikan dan ekonomi menjadikan masih ramai wanita Malaysia hari ini hanya mampu mengikut arus dan tidak mampu berfikiran kritis, proaktif dan inovatif. Usaha-usaha perlu kita lakukan bagi membawa wanita kepada kecemerlangan serta mampu memilih yang benar dan menjauhkan yang salah."
- Rafidah Jannah, Naib Presiden 1, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung.


Kesimpulan sepanjang keberadaan saya bersama dalam MajliS Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) kali ke-49, Dewan Bankuet, Shah Alam yang berlangsung pada 4 Jun 2009 lalu ialah:



1. DMPP perlu menerobos penyelesaian drastik untuk mengurangkan masalah dalaman di peringkat ahli. Dengan tema 'Menyemarak kemenangan, menyatu rakyat', saya berpendapat bahawa tema ini perlu direalisasikan dengan menyatu ahli.
2. Pimpinan dan ahli perlu melazimi sikap keterbukaan dan berlapang dada. Dengan ini masalah dalam boleh dikurangkan.
3. Tidak perlu membincangkan masalah yang kurang atau tidak penting dalam muktamar seperti masalah teknikal, pengurusan muktamar dan masalah dalaman ahli. Dengan masa yang padat dengan agenda yang bersusun,apa yang perlu diambil perhatian ialah isu-isu nasional dan global bagi mendepani wanita-wanita di pihak lawan yang lebih terkehadapan.
4. DMPP bersama seluruh pimpinan DMPNS mahupun cawangan perlu bersatu dalam usaha menjadikan Gerakan Muslimat adalah suatu gerakan hudhur muatssir (yang berkesan) terhadap rakyat melalui apa jua medium dan wasilah.
5. Usah lagi membahaskan isu senioriti atau gelaran bagi sesiapa yang akan menjawat jawatan-jawatan penting dalam jemaah.
6. DMPP perlu melahirkan kader-kader pelapis yang berminda kritikal dan strategis memandangkan kurangnya figur muslimat yang mampu menggagaskan usul atau pandangan yang kritikal.
7. Seluruh pimpinan serta ahli muslimat tidak boleh terkecuali dalam agenda pentarbiyahan seperti usrah,tamrin,liqoulfikr,ceramah,kuliah haraki,kuliah rohani dan sebagainya sebagai bekalan menyemarak kemenangan dan menyatu rakyat.
8. Golongan muda perlu terus membuat pengkajian terhadap usaha-usaha membangun jamaah dan usaha pembaharuan kerana generasi muda adalah pelapis pimpinan akan datang.



Wallahua'lam.

Layyinul Harir
Baiti Jannati
10 : 50 pm

1 comment:

slaveofALLAH said...

salam..tgk aje topic teringat lagu SATU HATI...justeru itu sy dedicate lagi tue kat mas..:-)