Saya memulakan pagi hari ini dengan menjelajah laman web yang memaparkan berita terkini hari ini, menyelongkar isu semasa politik Malaysia. Setelah sign in Yahoo Messenger (ym), kemudian saya memulakan 'operasi' saya.
45 minit selepas itu, saya ditanya satu soalan oleh kenalan dlm ym saya.
"Dik, boleh tanya tak?"
"Macam mana wasilah untuk dapat maklumat tentang penceraian ya?"
Saya kemudian tersenyum. Tak dinafikan saya juga boleh menjawab sedikit sebanyak tentang penceraian. Sumber rujukan di maktabah rumah juga banyak. Namun saya memilih untuk menjawab,
"Cuba akak beli @ rujuk buku 'Soal Jawab Nikah Kahwin' keluaran Telaga Biru."
"Tak pun cuba buka laman web Ust Hasrizal - Saifulislam.com dan tanya tentang persoalan tu. InsyaAllah dia boleh jawab."
Kemudian kira-kira jam 10.00 am, saya didatangi seorang makcik yang datang ke rumah. Katanya mahu berjumpa dengan 'ustazah'. Maknanya makcik tersebut mahu berjumpa dengan umi saya. Malangnya umi saya tiada di rumah, pagi-pagi lagi umi sudah keluar. Menunaikan amanah 'amiilin gerakan Islam.
Maka saya mempelawa makcik tersebut berehat dahulu sementara menunggu ummi kerana katanya dia dari Nilai. Jauh juga. Setelah bersembang sedikit sebanyak, saya kembali meneruskan kerja saya.
Tiba-tiba makcik itu datang kepada saya, menceritakan masalahnya. Dari awal dia bercerita hingga ke akhirnya, saya hanya mengangguk dan kadangkala berkata 'ya'. Masalah manusia yang iri hati padanya. Dia mengadu akhir-akhir ini keluarganya agak haru-biru. Anaknya demam, dan kadangkala mereka sekeluarga bertelagah. Pada hemat saya mungkin masalahnya itu ada kaitan dengan sihir.
Setelah memberi nasihat, saya meminta dia berehat di ruang tamu. Kemudian saya meneruskan kerja di hadapan komputer milik ayah.
Saya disapa oleh kenalan dalam ym sekali lagi. Kali ini soalannya tentang penyembelihan.
"Akak nak tanya, boleh ke seorang perempuan menyembelih binatang? Binatang sembelihan tu boleh di makan ke?"
Saya dengan ilmu yang cetek ini, terus menerangkan sedikit sebanyak. Menjawab dengan ringkas dan padat.
Saya terfikir, sudah bersediakah saya mendepani masyarakat? Menghadapi seribu satu kerenah manusia, dengan persoalan dan permasalahan yang pelbagai.
Sudah bersediakah saya kini untuk berkhidmat di lapangan masyarakat?
"Ciri utama umat Muhammad ialah mereka sangat benci sekali terhadap segala bentuk penyembahan selain Allah dan sangat cinta kepada Allah Yang Maha Esa. Kecintaan ini yang mendorong mereka berani dalam menegakkan keadilan demi mendapatkan keredhaan Allah. Rasa cinta inilah yang dianggap paling tinggi oleh ummat Muhammad." -Lamartine,pujangga Barat
Layyinulharir
Baiti Jannati
12 : 50 pm
Baiti Jannati
12 : 50 pm
No comments:
Post a Comment