Friday, June 05, 2009

'Hudhuruhu Muatssir'



“Tarbiah marhalah akhir di kampus mesti mengambil kira untuk melahirkan pimpinan gerakan Islam yang pakar dalam bidang masing-masing.”


Kesimpulan saya di atas ialah hasil daripada penyatuan perbezaan pandangan saudara Presiden Gamis dengan naqib beliau.

Berkata Naqib beliau,

“Tarbiah marhalah akhir di kampus mesti mengambil kira untuk melahirkan pimpinan gerakan Islam.”

Maka beliau pula berpandangan bahawa,

“Tarbiah tidak semestinya melahirkan pimpinan tetapi yang lebih penting ialah melahirkan orang yang pakar dalam bidang masing-masing.”

Alasan saya ialah,

1- Tidak semua ahli gerakan Islam ditarbiyah seperti mana proses pentarbiyahan di kampus, maka individu yang lahir melalui proses tersebut tidak dapat tidak mesti mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Bukan bermaksud produk tarbiyah kampus mesti menjadi pimpinan, cuma cukup hudhuruhu muatssir (kehadirannya memberi kesan).

2- Bukan sahaja mampu menjadi pimpinan, malah produk tarbiyah kampus adalah produk yang mahir dalam bidang masing-masing untuk menjadikan hudhuruhu muatsir. Contohnya dalam bidang keilmuan,politik,perniagaan mahupun penulisan dan penerbitan.

Dengan kedua-dua alasan di atas, terdapat 2 kesan yang besar terhadap jamaah Islam :

1- Produk tarbiyah kampus tidak menambah masalah lambakan 'penyokong'(Tengok,angguk) dalam jamaah. Tetapi mereka menjadi pendokong (Pemikir, perancang dan pelaksana) yang menerajui jamaah walaupun hanya berada dalam golongan 'grassroot' semata-mata ikhlas kerana Allah Taala. Firman Allah s.w.t dalam surah Attaubah ayat ke 59 yang bermaksud :

"Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka sambil mereka berkata, 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya, sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah."

2. Jamaah Islam tidak bejat dengan figur-figur yang mampu melaksanakan pembaharuan.


Wallahua'lam.

"Tidak ada seorang pun yang dapat bangkit untuk memikul tugas seperti tugas yang dipikul oleh Muhammad kerana tugas itu ialah di luar batas kemampuan manusia. Tugas yang dipikul beliau adalah untuk mengajak manusia menuju satu penyembahan yang hakiki serta memerangi segala macam khurafat dan penyembahan berhala yang tidak berdasarkan akal sedikit pun. Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang mampu memikul tugas seberat itu dengan tidak adanya kekuatan dan perlengkapan yang cukup." - Lamartine, Histoire De La Turqui(J.2, m/s 276-277)

Layyinulharir
Baiti Jannati
11 : 10 pm




No comments: