Tuesday, April 21, 2009

Mohon dengan sangat


Kembara menjejak cinta Ilahi 2

Wahai Pemilik Kasih
Di mana letak kasihMu?
Andai kasihMu di atas langit,
Dapatkah ia kugapai?
Sedang pohon iman masih rendang.

Wahai Pemilik Cinta,
Di mana letak CintaMu?
Andai CintaMu dalam lautan,
Dapatkah ia kudakap?
Sedang perahu taqwa masih usang.


Ini puisi (layak ke dipanggil puisi?) yang saya tulis semalam. Membayangkan perasaan hati.

Layakkah kita digelar hamba di sisiNya? Nilai cinta dan kasih Allah terlalu mahal, lalu di saat kita sedar, kita tak bisa memanjat langit kerana pohon iman masih rendang. Rendah, tidak boleh dijadikan batu loncatan dalam usaha menggapai cinta Ilahi. Juga, di saat kita sedar, kita tidak bisa melayari lautan kerana sampan taqwa kita masih usang. Jarang atau belum pernah diperbaiki. Masih lama terbiar kaku tanpa sentuhan. Jadi, manakan mahu dapat cinta Ilahi?

Layakkah kita digelar hamba di sisiNya? Cinta dan Kasih Allah terlalu mahal, lalu di saat kita sedar, kita menjauhi cinta Allah. Sibuk menyiram hati insan lain, tapi hati sendiri jauh dari Allah. Sibuk memberi semangat pada sahabat, tetapi hati sendiri lemah. Lemah dan layu.

Telah lama kita leka, koreksi diri sendiri. Bilakah agaknya kita mahu bangkit? Membina ruh baru.

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yg mengubahnya."

Lalu, mari kita mohon dengan sangat. Mari kita MOHON DENGAN SANGAT, mohon CINTA HAKIKII, mohon agar ia TERUSAN BERSEMI DI HATI, mohon agar TIADA NODA DUNIAWI, mohon agar TIADA LAGI FANTASI, mohon agar POHON IMAN SEMAKIN TINGGI, mohon agar SAMPAN TAQWA MAMPU KITA BAIKI, mohon MENDAPAT MUJAHADAH BERKUALITI, mohon MENDAPAT REDHA ILAHI.

"Ya Allah, bantulah kami menjadi hambaMu. Bukan hamba biasa ya Allah, jadikan kami HAMBA BERJIWA PEJUANG!"


Kembara menjejak cinta Ilahi 3
(Puisi balasan dari Kak Fatimah,kakak tersayang)

Wahai Yang Maha Kasih,
Andai kasihMu di langit,
Sekalipun tak mahu kugapai.

Wahai Yang Maha Cinta,
Andai cintaMu di lautan,
Sekalipun tak mahu kudakap.

Kerna kutahu,
KasihMu dekat di mata.

Kerna kurasa,
CintaMu dekat di hati.


P/s : Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah!

21/4/09
LayyinulHarir

No comments: