Tuesday, April 21, 2009

Diam itu lebih baik



Saya terima satu mesej offline dalam ym,



Diam itu lebih baik Banyak orang berkata: "Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?" Aku katakan mereka, "Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat, harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak."

Ya, memang benar. Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

Cuma di sini kita mesti faham konteks 'diam itu lebih baik', di mana kita patut menterjemah pengaplikasiannya. Diam itu lebih baik ketika andai jika terbitnya kata-kata akan mengundang nista. Diam itu lebih baik andai jika kata-kata adalah pemuas dendam di hati. Diam juga lebih baik ketika mana bila ia dituturkan akan menyebabkan ada hati yang tidak selesa.

Namun diam bukanlah bererti kalah, diam tidak bererti setuju. Tetapi diam untuk mengumpul kekuatan jiwa melawan nafsu, diam untuk menghindar kata keji dan diam untuk menghasilkan paradigma positif.

Tetapi kadangkala diam juga mengundang bahaya. Tidak patut bagi seseorang mendiam diri andai dizalimi, mendiam diri andai situasi memaksa dia mencebur diri, mendiam diri ketika dunia memerlukan suaranya.

Anda yang budiman pasti tahu erti 'diam itu lebih baik' patut diletakkan di mana bukan?


No comments: