The difference is that a statesman thinks he belongs to the State, and a politician thinks the State belongs to him
Sunday, February 22, 2009
Super Muslim
Saya teringin berusrah di syurga, dengan naqibnya adalah Rasulullah dan naqibatnya adalah Aisyah dan Khadijah. Bersama sahabat dan adik-adik.. Usrah yang konsisten dan berkala. Dengan pelaksanaan yang sangat fleksibel, menarik dan penuh pengisian yang dikendalikan penuh oleh Rasulullah s.a.w. Subhanallah..
Saya suka memetik kata-kata YDP MPP, Al-Akh Safwan dalam ucapan dasarnya :
"Usah bicara soal demonstrasi dan referendum andai usrah asas tidak berjalan dengan baik.."
Ya, memang benar. Usrah adalah tunjang tarbiyah. Jika usrah gagal dilaksanakan, manakan dapat hasil yang dinanti. Hasil yang berkualiti. Realitinya, bukan mudah mendapat hasil yang berkualiti andai usaha infiniti. Tetapi, andai usaha melebihi kuantiti, jangan diharap hasil dapat kita kecapi saat ini. Mungkin suatu hari nanti.
Mentarbiyah, mendidik dan membentuk insan mengikut acuan Islam bukannya mudah. Bukan hanya menjadi Muslim biasa, tapi Super Muslim. Super Muslim adalah insan yang mampu menunaikan hak-hak Allah dan menunaikan tuntutan-tuntutan syahadah. Super Muslim adalah insan yang bukan hanya menjadi penyokong, tetapi mampu menjadi pendokong Islam. Bukan hanya boleh menjadi qudwah dalam jamaah, tetapi juga menjadi qudwah ijtima' dan orang sekeliling. Bukan sahaja menjadi pejuang biasa yang hanya pandai berkata-kata, tetapi mampu melakukan agenda liyukhrijannas minal ibadatil ibaad ila ibaadatil Rabbil ibaad(mengeluarkan manusia kepada penyembahan manusia kepada penyembahan Tuhan manusia). Ya, itulah hasil yang kita nantikan.
Memang tak dinafikan, kerja mentarbiyah adalah kerja yang sukar dan menuntut pengorbanan. Letih, penat, lelah. Terkadang, sifat lemah datang menggugat 'thabat' yang kita bina. Lalu sang pejuang jatuh dan menangis. Namun dalam tangisan itu, dia sedar. Tiada istilah rehat dalam perjuangan, melainkan rehat di syurga.
Saya pernah bergurau dengan seorang Ummi Yu,
"Betul ke memang tak ada tempat rehat dalam berjuang? R&R pun tak ada?"
Jawapannya untuk dulu, kini dan selamanya adalah TIDAK!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment