Saturday, January 31, 2009

Re-engineering Dakwah kita

Melihat kepada transisi dan transformasi teknologi maklumat dunia hari ini, saya bercadang agar semua institusi dakwah dan gerakan Islam mesti melakukan suatu re-engineering dalam Dakwah. Pelaksanaan dakwah harus sejajar dengan transformasi zaman. Bertenaga, hidup dan tidak kuno ketinggalan zaman. Pelaksanaan dakwah yang kuno adalah pelaksanaan yang tidak efisien. Tidak menarik dan ketinggalan. Hanya boleh menjadi bahan rujukan, tetapi bukan sebagai methodologi. Dakwah ancient tidak dapat menarik perhatian awam.

Saya akan senaraikan beberapa realiti semasa :

1) Sistem maklumat Daie di tahap yang negatif
2) Daie fobia teknologi
3) Kurang Daie yang mahir dalam bidang teknologi maklumat
4) Daie kurang keupayaan dalam menguasai Bahasa Inggeris
5) Ramai pakar teknologi, tetapi kurang dari aspek ilmu agama
6) Umat Islam hanya consumer, bukan producer

6 sebab asas di atas adalah kayu ukur kelemahan dakwah berbanding dakyah. Manakan tidak, orang lain sudah ke langit, Daie masih terkial-kial di bumi.

Dakwah perlu bergerak, bukan hanya tetap. Inilah yang dipanggil fleksibel dan murunah. Anjal, boleh dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan,berubah mengikut zaman. Dakwah kita mesti canggih mengikut transformasi teknologi yang sangat pantas. Manakan tidak, 2 tahun lalu saya boleh berbangga memiliki laptop jenis Acer Aspire 3683. Tetapi kini, laptop saya bagaikan barang kuno dan lama.

Senarai di bawah adalah 6 cara untuk re-engineering Dakwah kita :

1) Anjakan minda (mind shift)
2) Anjakan paradigma
3) Ubah cara bekerja
4) Kuasai kecekapan bidang teknologi
5) Bina jaringan komuniti
6) Sistem maklumat digital
7) Menjadi pencipta, bukan hanya pengguna

Saya tertanya-tanya, bilakah kita dapat melihat satelit Islam berdiri megah di langit, setanding dengan satelit ciptaan kuffar yang digunakan untuk agenda perang saraf mereka?

Saya sendiri tidak tahu. Saya juga perlu berusaha ke arah itu.

No comments: