Saturday, January 31, 2009

Muslimat jumud?

Gambar semasa program motivasi Bakti Siswa 08


Ada sahabat minta pandangan saya,

"Setuju tak kalau orang cakap muslimat ni jumud?"

Pandangan saya,

Allah menjadikan lelaki dan wanita mempunyai sifat yang berbeza. Lazimnya, lelaki lebih memandang ke hadapan dan berfikir perkara-perkara yang besar dan luas. Berbanding dengan wanita, mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara kecil yang dianggap remeh oleh lelaki, sempit dan tidak terlalu meluas.

Saya akui ciptaan Allah yang satu ini, cukup unik. Maha Suci Allah.

Namun, kurniaan Allah ini bukan bermakna wanita merupakan kaum yang jumud. Ciptaan Tuhan tentu ada hikmah yang tersembunyi. Jom kita selongkar!

1) Selalunya, bila tiba saat balik kampung, sang ayah hanya meluru ke kereta. Panaskan enjin, sejukkan kereta dengan air-cond dan memastikan tiada kerosakan untuk perjalanan jauh. Berbanding ibu, dialah yang mengemas semua pakaian anak-anak,memastikan lampu dan suis sudah ditutup,menyiapkan bekalan perjalanan,mengemas rumah dahulu sebelum keluar dsb. Patutkah ibu digelar jumud?

2) Selalunya, dalam program, peralatan remeh-temeh seperti marker pen,gelas minuman, tikar, selotep dll akan diingatkan semula oleh muslimat supaya tidak terlupa untuk membawanya.

3) List barang-barang dapur yang telah habis akan disediakan oleh ibu.

Cuba kita bayangkan, lelaki dan wanita mempunyai sifat yang sama. Hanya berfikir perkara-perkara yang besar dan jauh sahaja. Huru-hara kehidupan jadinya.

Maka, Allah menciptakan kedua-duanya dengan sifat yang berbeza yang mempunyai hikmah tersendiri. Justeru, tidak patut kita melabel muslimat dengan gelaran 'jumud' kerana kadangkala budaya melabel ini membawa kita ke arah menafikan hikmah ciptaan Allah kan?

Allah menjadikan kita semua saling melengkapi, takaaful dan kaamil mutakaamil.

Jadi, muslimin mesti belajar menerima dengan seadanya di samping memperbaiki dirinya dan memandu muslimat dengan sebaiknya. Muslimat juga tidak ketinggalan untuk perkara itu. Tidak diskriminasi kan? Titik. :)


"..Sesungguhnya muslimin dan muslimat, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain.." - Kalamullah


"Percayalah, muslimat bisa menggegar dunia walau lazimnya hanya dilihat menghayun buaian.." - LayyinulHarir


P/s : Oh ya, kata sahabat saya, perkara ini atas kajiannya. Sasarannya dalam 50 orang, yang penting semuanya terdiri daripada kaum Adam. Pesan saya, jika soalan ini ditanya kepada muslimat lain, anda kena tahan telinga daripada bebelan panjang. Muslimat kan emosi.. Saya tak nafikan :)

No comments: