Wednesday, January 14, 2009

Pilihanraya Kampus ; Mahasiswa perlu bijak memilih!

Pilihanraya kampus yang dijalankan kali ini saya kira agak gamat dengan usaha, method dan propaganda gigih dari kedua-dua belah pihak(Penggerak Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa) bagi memenangi kerusi MPM. Saya dapat rasakan penamaan calon yang dijalankan hari ini meriah dengan laungan slogan masing-masing. Penyokong Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa(yang dahulunya digelar Aspirasi) dijadualkan akan membuang undi pada 19 Januari 2009.

Saya di sini suka untuk menyeru semua mahasiswa agar bijak memilih calon yang bakal menduduki platform pimpinan akan datang. Mahasiswa perlu bijak menganalisa manifesto calon lepas, sama ada ia hanya retorik atau realiti. Jika anda merasakan apa yang dikatakan oleh calon tersebut hanya retorik dan hanya propaganda semata-mata, jangan teragak-agak untuk menukar arah undian anda kepada pihak lain. Kita bukan hanya menyokong dan menganguk untuk kumpulan, tetapi menyokong untuk keadilan.

Mahasiswa mempunyai hak bersuara dan hak memilih. Maka mahasiswa wajar mengatur sokongan dan suara mereka pada kondisi yang betul iaitu menyokong penuh pihak yang memperjuangankan hak seluruh mahasiswa, bukan pihak yang bertanding dengan tujuan dan helah tersendiri(mendapat kedudukan, mudah mendapat tajaan, berkepentingan sendiri dll). Mahasiswa, dengan tarafnya sebagai golongan intelektual mesti bijak membanding beza sesuatu sebelum membuat keputusan.

Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Penggerak Mahasiswa,Pro-Mahasiswa dan juga HEP perlu lebih telus dan jujur dalam pilihanraya kali ini tanpa sebarang unsur penipuan kerana golongan intelektual seperti anda tidak sepatutnya mempunyai minda dan jati diri yang menjelekkan.

Sahabat Mahasiswa sekalian, pilihan anda kini adalah masa depan anda!
Pro-Mahasiswa (PRO-M)

Penggerak Mahasiswa (GERAK)


P/s : Jika anda bertanya kepada saya, saya berada di pihak yang mana, saya akan menjawab "We'll wait n see". Tunggu setelah perjuangan saya dan sahabat-sahabat bertapak di KL nanti, insyaAllah.

No comments: