Monday, January 12, 2009

Salamatussodr

Sepanjang lakonan saya dalam teater perjuangan yang baru sebentar saja ini, saya dapat merasai yang saya semakin matang dalam kehidupan. Matang membaca dan menyelesaikan masalah. Matang dalam menghadapi karenah diri saya sebagai watak utama dan juga karenah 'pelakon tambahan' dalam episod perjuangan saya. Matang dalam menerima sesuatu dengan redha dan terbuka.

Perjuangan memperkenalkan saya kepada 'salamatussodr' iaitu berlapang dada. Terletak pada bahagian bawah sekali dalam tahap ukhuwah. Perjuangan saya bukan perjuangan seorang heroin yang melangkah begitu yakin tanpa bantuan sesiapa. Tetapi Allah mengurniakan saya sahabat-sahabat sebagai 'pelakon tambahan' kerana Dia tahu saya tidak mampu keseorangan. Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan syukur saya tika saya mengenang kurniaan Allah yang tidak terhingga ini.

Saya katakan yang saya ingin mengukir pujian saya kepada semua sahabat-sahabat perjuangan. Mereka hebat dan sangat mudah berlapang dada. Walau mungkin ketika kondisi tertentu yang menuntut kami untuk 'bertengkar' atau 'berlawan pendapat', ia akan tidak berlarutan hingga menimbulkan perasaan tidak puas hati. Sekalipun berlarutan, pasti kedengaran nasihat-nasihat hikmah supaya berlapang dada. Ah, kadangkala saya malu dengan Allah. Allah selalu menganugerahkan saya insan-insan yang hebat di sisi, tetapi saya tidak pernah bersyukur.

Kebelakangan ini, di saat-saat genting yang membutuhkan kami untuk menjadi pemikir dan pembuat keputusan menjadikan kami selalu berada dalam kondisi tegang. Apa yang pasti, setiap pelakon dalam teater ini perlu belajar erti berlapang dada. Faham kondisi dan situasi mejadikan kita agresif,proaktif dan positif. Di akhir nanti, akan ada ijtihad terbaik yang dapat dicapai.

Namun bukan selamanya saya akan bersama dengan sahabat-sahabat. Kita akan berpisah di alam realiti. Hakikatnya, doa rabitah sentiasa menjadi penguat ukhuwah kita.

Kepada sahabat-sahabat yang kini menjadi pembantu perjuangan saya, saya ucapkan selautan terima kasih atas jasa kalian. Ingatlah, kita bukan berpisah. Kita hanya jauh dipisah dek perjuangan.

Buat Ummi Yu, Ummi Za, K. Shima, K.Husbah, Paah, syabab2 tarbiyah dan semua sahabat-sahabat saya..

No comments: