Agak sunyi laman ini. Tangan saya juga sudah lama tidak menekan-nekan keyboard. Otak saya pula kian beku daripada pengaliran isu semasa. Seperti biasa, saya akan membaca artikel-artikel terbaru Ust Dzlkhairi. Saya mengagumi dia, seorang idealis dan pemikir muda.
Respon saya tentang artikel 'studi kes 2'. Sebelum itu, pandangan saya kes 1 dan 2 adalah masalah yang perlu dibahaskan di peringkat dalaman. Tidak tepat apabila kita menetapkan watak atau ciri seseorang ketua dengan terlalu rigid. Misalnya, seorang ketua perlu thiqah(saya pun tidak memahami apa sebenarnya ciri thiqah yang dimaksudkan), ilmuwan, berkepimpinan dll.
Sebenarnya soal kemahiran boleh dilatih. Pandai memimpin adalah kemahiran. Soal wala' juga boleh dipupuk. Apabila pihak syura telah memutuskan si A sebagai seorang ketua, maka tidak boleh tidak wala' perlu diberikan selagi mana apa jua tindakan ketua mengikut syara'. Namun di sini pihak syura tidak boleh menafikan hak ahli organisasi dalam bersuara dan memberi pandangan.
Saya suka bila membaca komentar-komentar untuk artikel 'studi kes 2' ini. Lucu pun ada. Namun apa yang menarik hati saya apabila membaca satu komentar yang berbunyi :
"Persoalan di sini, thiqah atau tidak, tanpa kita sedari kita lebih mendahulukan pandangan manusia daripada pandangan ALLAH. Siapakah kita yang berhak mengecop seseorang itu sbg thiqah atau tidak? Kadang-kadang ana kecewa bilamana seseorang yang kelihatan thiqah itu lebih disanjung."
Apa yang saya bold kan itu menarik hati saya. Ya, benar. Kita selalu mendahulukan pandangan manusia lebih daripada pandangan Allah. Selalunya saya juga begitu. Manusia tak terlepas daripada alpa dan lalai. Sahabat-sahabat saya selalu pesan,"Kita cuma hamba".
Saya hamba..
Hamba tak pernah terlepas daripada dosa. Dosa, ia adalah subjektif. Kita tidak boleh nampak dengan tepat beban dosa kita. Saya terfikir, andaikan jika setiap manusia harus memikul beg dosa mereka. Entah saat ini saya sudah bongkok tiga, sudah tidak terlarat. Kerana dosa saya sangat banyak dan membebankan.
Saya amat risau tentang satu perkara. Bila dosa saya menjadi penghijab karier saya. Mentarbiyyah adalah karier saya yang tidak pernah akan berhenti melainkan saya lari. Lari dari medan perjuangan. Sekarang saya dan sahabat-sahabat dalam proses mentarbiyah adik-adik kami. Adik-adik penyambung rantai perjuangan di Nilam Puri.
Apa yang saya gerun, disebabkan dosa saya, matlamat dan agenda tarbiyyah tidak tercapai keseluruhannya. Hanya disebabkan saya seorang..
Ya Allah, Ampunilah dosa hambaMu..
"Solat dan ibadahku tidak banyak, aku juga masih muda dalam episod perjuanganku, namun aku hanya ada CINTAku. Mohon Kau terima ia, menjadi maharku ke surga.."
No comments:
Post a Comment