Monday, January 05, 2009

Demonstrasi isu Palestin

Assalamualaikum w.b.t.

Ana telah membaca artikel 'Menghadapi Musibah Dengan Petunjuk Nabawi: Qunut Nazilah atau Demonstrasi?' di blog www.madrasahhadith.blogspot.com dan ana tertarik untuk melontarkan pendapat ana tentang artikel ini.


Tahniah kepada pemilik blog(Ust Fashan) atas artikel yang sarat dengan ilmu dan hujah(dalil). Saya menerima pendirian saudara dengan 'salamatussodr'. Saya amat setuju dan yakin bahawa Qunut Nazilah adalah method nabawi yang mesti digunakan dalam menghadapi bala'. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kerana artikel tersebut berjaya membawa ummat kembali kepada alquran dan sunnah.

Namun saya kira, dalam menghadapi isu ini, kita mesti menggunakan segala method tanpa meninggalkan Alquran dan Sunnah yang merupakan rujukan utama ummat Islam. Maka, saya menganggap demonstrasi aman(ramai yang mengganggap method ini bercirikan keganasan) yang dijalankan di seluruh dunia kini adalah method yang juga signifikan.

Demonstrasi yang dijalankan di dataran KIAS yang disertai oleh mahasiswa Islam Akademi Pengajian Islam UM dan KIAS pada 3 Jan 2009 yang lalu bukanlah menggambarkan ketidaksabaran ummat Islam(mahasiswa Islam) ketika menghadapi bala dan ujian, tetapi ia dilakukan untuk membuka mata masyarakat Islam di dunia umumnya dan masyarakat Kelantan khususnya bahawa isu ini menuntut ummat Islam bersikap sensitif dan peka, bukan hanya bersikap tidak peduli dan semakin leka. Ia juga adalah wasilah buat ummat Islam untuk menzahirkan perasaan marah,kecewa dan rasa tidak puas hati atas kekejaman Zionis di Gaza.

Bukanlah bermakna pabila kita mengadakan demonstrasi, kita sudah melupakan jalan yang telah ditinggalkan oleh Rasululllah s.a.w dalam sunnah baginda. Tetapi apa yang pasti, hari ini kita mesti mempelbagaikan method untuk membela Islam. Realitinya hari ini, segelintir ummat Islam menolak secara total segala apa yang dicipta oleh Barat. Sebenarnya, kita boleh meggunakan apa yang dicipta oleh barat(yang digunakan untuk menindas ummat Islam) untuk membalas kembali tindakan mereka.

Konklusinya, ummat Islam jangan sekadar hanya mengangguk dan menggeleng melihat kezaliman zionis dan musuh-musuh Islam. Tetapi kita perlu berusaha keras dengan menggunakan segala method yang ada untuk melawan tindakan mereka tanpa meninggalkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah.

Wallahu a'lam. Maaf atas kekhilafan insan yang dhaif seperti saya.

p/s : Saya bersetuju dengan method demonstrasi atas isu-isu tertentu sahaja(bukan semua isu)

Masturah
APIUM NP

1 comment:

muhammad fashan said...

Alhamdulillah, terima kasih kepada saudari Masturah di atas respon dan pandangan yang diberikan.

Pertama sekali syabas kerana saudari dapat menjawab dan memberi respon yang ilmiah kepada artikel saya.Saya rasa saudari patut dijadikan contoh kepada sahabat-sahabat lain yang hanya tahu kritik di belakang namun tak boleh menjawab masalah ini dengan metod ilmiah, hujjah dan dalil yang munasabah.

Saya sangat menghormati pandangan saudari dalam masalah ini, walaupun saya tidak bersetuju dengan metod demo yg digunakan.

Untuk pengetahuan saudari saya telah meneliti kedua-dua pendapat dan hujjah( diantara ulama yg sokong demo dan yg tak sokong)

Alhamdulillah, saya timbang, nilai dan berbincang dengan beberapa orang sahabat berkenaan masalah ini, ternyata saya dapati hujjah dan dalil golongna yang tak bersetuju lebih dekat dengan al-Quran, as-sunnah dan kefahaman salaful ummah.

Namun saya tetap menghormati mereka yg berpandangan sebaliknya, dalam masa yang sama menjadi kewajiban ke atas saya untuk membetulkan sikap segelintir pihak yang agak jauh dari panduan AL-quran & sunnah.

Apa-apa pun terima kasih di atas respon yang bijak dari saudari..

Moga Allah memberkati dan merahmati saudari.....