Monday, January 05, 2009

Maafkan kakak sayang..



Kasihannya kamu sayang
Kakak di sini
Masih boleh ketawa ceria
Masih boleh tidur lena
Masih boleh belajar selesa
Masih boleh makan dan minum
Masih boleh bersama teman
Masih boleh ke Bandar
Masih boleh segalanya

Sedangkan kamu di sana
Merana derita
Lapar tanpa makan
Dahaga tanpa minum
Kantuk tanpa tidur
Letih tanpa rehat
kakak terlalu menangisi takdir negerimu..

Di sekelilingmu sayang
Bedilan bom di sana sini
Mayat bergelimpangan
Darah merah merata di jalanan
Ia pasti menakutkanmu
Ia pasti menyakitkanmu
Sedangkan kau tak layak diperlakukan sebegitu

Sabarlah sayang
Kakak hanya mampu berdoa untukmu
Kakak terlalu jauh denganmu
Maafkan kakak sayang kerana tak mampu menjadi bentengmu
Kakak jauh di sini
Jauh beribu batu... :.(

-Masturah-
2:19 pm - 5.jan.08
Malaysia

2 comments:

qarienupi said...

kakakku

kau jauh beribu batu

tapi doa yang tak putus kau kirimkan, adalah amat dekat dan sangat membantu

teruslah membantu...

Bashir IbnDzul said...

semoga doa terus dikirimkan kepada mereka..