Memang senang bila kita menutur kata maaf. Tapi realitinya bukan mudah untuk memaafkan. Sukar. Mungkin ia hanya ditutur di mulut, tapi bukan di hati.
Namun yang membuatkan kita terkilan, kadangkala susah bagi kita memaafkan sahabat sendiri. Sahabat yang sama-sama ber'halaqah' menyelesaikan masalah ummat, sahabat yang sama-sama menyumbangkan idea ketika sesi 'brainstorm' dijalankan, sahabat yang sama-sama ditarbiyyah di dalam taman indah..
Ego? Tidak. Cuma sukar mahu dicoret bentuk perasaan ini, sekelumit jauh di lubuk hati. Ah! Lupakan saja.
"Masih ada waktu bagi kita, mengikis coreng-coreng mazmumah
dan mengutip kuntuman mahmudah, menghiasi kamar hidup ini.."
Ya, muslimat tarbiyyah perlu menyemai sifat mahmudah dalam diri, buang semua rasa mazmumah. Ingat, serendah-rendah tahap ukhuwah ialah salamatussodr (berlapang dada).
Walau mesti dikorbankan perasaan sendiri.
2 Nov-kami menjeruk rasa
Entah, saat ini sengketa bertandang. Tanpa diundang. Mungkin kerana doa kami dimakbulkan, moga Tuhan tunjukkan jalan yang benar. Akhirnya semua terbongkar. Bila emosi merajai hati, mengetuai akal, hancur hati-hati sahabat yang bergelar muslimat. Tanpa sekelumit bicara yang dapat disampaikan, terkebil-kebil mereka ditinggalkan. Bila pulang, melihat wajah nan muram. Syaitan mula membisikkan perasaan kotor dihati. 'Berapi..'.
Namun, sengketa sudah selesai. Cuma kata maaf yang disampaikan benar-benar sukar untuk kami terima. Susah ya nak memaafkan.
Mentarbiyyah diri - Menerima kenyataan
Kata seorang sahabat : kita patut tarbiyyah diri supaya memaafkan dan mereka patut menerima kenyataan bahawa mereka khilaf. Apa faedah meneruskan sengketa, menjeruk hati. Tiada guna. Namun jika sama-sama bertoleransi, masalah akan selesai.
Cuma proses 'memaafkan' mungkin agak lambat, kami juga manusia..
No comments:
Post a Comment