"Senyum lah dengan niat dakwah. Cuba untuk senyum bila kita terjumpa sesiapa untuk kita jadikan sasaran mad'u kita. Mungkin bila kalau kita niatkan senyuman kita itu senyuman dakwah, tautan hati akan terjalin.."
Itulah kata-kata YB Mumtaz kepada kami. Dalam keadaan baru tiba dari Pasir Puteh (berbuka di rumah ummi yu), dan dalam keadaan saya terburu-buru untuk ujian tasmi', alhamdulillah.. Allah temukan kami dengan insan yang mumtaz semumtaz namanya. Rasa 'tak percaya' masih terasa hingga ke hari ini. YB Mumtaz hari itu menjadi panel dalam forum Seminar Solat dan Sains yang dianjurkan oleh jawatankuasa Murabbi 08.
Selepas tamat forum, kami sempat membuat janji temu dengan YB dengan niat untuk merasa nikmat halaqah diskusi dengan beliau. Mujur jawapannya "Ya,boleh..". Alhamdulillah. Jawapan positif yang diberikan membuatkan hati kami 'menari keriangan'.
"Kamu kena lahirkan ustaz-ustazah professional. Kita dah ada peguam professional, pensyarah professional, doktor professional dan lain2. Hari ini kita nak lahirkan ustaz-ustazah yang proffesional yang boleh membawa 'produk' dengan cara yang terbaik."
"Islam produk yang exactly sangat2 baik dan tak perlu lagi diperbaiki. Yang kita perlu perbaiki ialah agen pemasaran yang memasarkan produk tu. Sekarang ni tengoklah ustaz-ustazah. Personaliti,penampilan,kredibiliti semuanya kurang memuaskan. Mana mungkin agen pemasaran yang tak pandai berkomunikasi,selekeh dan yang tak confident boleh pasarkan produk dengan berjaya.."
"Buat semua kerja niat untuk Allah. Kamu belajar sungguh-sungguh dan target dapat pointer 4 flat. Sebenarnya bukan kita nak pun 4 flat tu, tapi demi Islam kita kena buat juga. Biar kita jadi duta Islam. Kalau kita berjalan pun orang akan kata Islam yang berjalan.."
"Senyum tu penting. Saya dulu dengan semua orang saya kawan. Sampai bila saya jadi calon PRK, pak cik guard yang tak berapa faham tu pun sokong saya."
"Kamu kena bina rangkaian dengan semua orang. Shopping dengan orang lain, belajar dengan orang lain, pergi makan dengan orang lain.. Haa, kan dapat ramai kawan. Dan mereka secara tak langsung akan menyokong kamu."
Wah, panjang celoteh YB hari itu. Kami hanya mengangguk-angguk sahaja. Secara tak langsung, Allah hantar YB untuk membuka jalan kepada kami. Setelah lama agak buntu untuk menyelesaikan masalah pemerkasaan ukhuwah batch, akhirnya selesai juga. Kala itu graf semangat naik mendadak, fikiran pun sudah ligat merangka strategi dan pelan tindakan seterusnya.
Sampai di AMK, kami terus mempraktikkan senyum dakwah. Saya agak geli hati juga lihat sahabat-sahabat lain semua tersenyum sepanjang jalan. Namun demi Islam, segalanya akan kami lakukan.
"Antar perkara yang tidak akan berhenti berlaku di dunia ini adalah perubahan.."
Combat
Apium Np
23:25
Combat
Apium Np
23:25
No comments:
Post a Comment