Sunday, September 14, 2008

Mee Maggie dan Tic-Tac-Toe

Salam perjuangan. Bertemu kembali kita di arena lontaran idea dan wilayah berfikir di luar sempadan.

Saya tertarik untuk membawa 2 konsep yang baru saya temui. Sungguh, terkocak kotak minda saya bila memikirkannya. Mungkin sidang pembaca akan mengatakan perkara ini adalah perkara yang agak ordinary, tapi bagi saya ia extraordinary. Lebih praktikal daripada ledakan fenomena yang saya kira lebih kepada motivasi dan anjakan paradigma diri yang melibatkan aspek skill kepimpinan.

Konsep 1. Mee Maggie

Mungkin agak lucu, tapi saya berminat untuk membentangkannya. Sahabat seperjuangan saya, baru-baru ini tiba-tiba mengasak kami dengan idea ini,

"Cepat2, kita sekarang ni perlu jadi mee segera, lebih senang kata kita kena jadi mee maggie. Cepat, mudah dan menjimatkan masa. Kalo ada idea, cepat buat tindakan. Kalo tak jadi mcm ikan yang tak fresh nak dijual, mesti tak laku."

Kemudian saya terfikir, betul juga ya. Mind set kita selalu begini,

"Ah, tunggu mesyuarat la baru kita bincang hal ni. Kalo bincang sekarang pun bukan boleh dapat keputusan. Nak tunggu semua orang setuju dulu. "

Cuma saya selalu ada idea, tetapi saya menunggu sesi brainstorm baru saya lontar idea saya. Tiba sesi brainstorm, semua idea yang saya ada saya sudah lupa. Untuk mengingatinya pula satu hal dan mengambil masa.

Agak complicated kan?

Jadi, apa yang menarik untuk konsep mee maggie ini mudah saja. Bila ada idea, terus gagaskan ia menjadi tindakan. Mungkin boleh saya petik kata-kata Yang Dipertua MPP ( Sdr Muhammad Safwan b. Anang) di tempat saya,

" Gagaskan pemahaman anda dalam bentuk tindakan "

Tak perlu tunggu sesi mesyuarat atau liqo', anda perlu terus membentuk tindakan. Tapi di sini bukanlah bermakna saya menafikan konsep syura dalam membuat keputusan. Pemimpin juga mesti bijak dalam berfikir. Konsep ini relevan digunakan dalam situasi genting atau situasi propaganda (implement equipment). Sebaliknya, jika tindakan anda itu (contohnya untuk strategi propaganda ; risalah, promosi, broshure, pamplet) boleh memberi kebaikan kepada anda dan organisasi, teruskan.

Mee Maggie, cepat, mudah dan menjimatkan masa. Contoh realiti mudah yang boleh saya berikan ialah ; jika anda tersedar bahawa individu di dalam kampung anda kurang pengetahuan tentang Islam, maka tindakan anda ialah mengeluarkan risalah penerangan tentang Islam. Nah, mudah dan cepat. Anda tidak perlu mengadakan sesi mesyuarat terlebih dahulu dengan ketua kampung, lambat dan merumitkan.

Namun, setiap perkara yang dicipta manusia pasti ada buruknya. Lihat saja mee maggie, tiada kualiti. Boleh mendatangkan beberapa penyakit dan kemudharatan jika digunakan selalu. Tetapi bukanlah bermaksud konsep ini mendatangkan kemudharatan. Selagi mana konsep ini relevan digunakan pada situasi dan persoalan semasa yang sedang anda lalui, sila gagaskan ia dalam bentuk tindakan.

Apa yang penting, situasi memerlukan kita supaya bergerak laju dalam setiap tindakan. Bukan masih lagi lambat, lambat dalam semua segi. Lambat berfikir, lambat bertindak dan terkebelakang. Ayuh pemuda Islam! Bangkit, mara dan terus mara!

Konsep 2. Tic Tac Toe

Ini adalah suatu game yang menarik-(Idea pensyarah bahasa Inggeris saya dan sesi kuliah bahasa Inggeris saya pada hari itu cukup membahagiakan disebabkan game ini.)

Permainan yang mudah. Namun penuh padat dengan teori.

bersambung...



::Combat::
3:41 am
APIUM NP
"Setiap pemimpin pencorak zaman, bukan zaman yang mencorak pemimpin"

1 comment:

AiMaN said...

sungguh mengagumkan pemikiran mahasiswa neh!...
tema 'mee maggie' pun boleh jadikan prinsip hidup...
menarik!...