Saturday, December 26, 2009

Ada apa dengan 'kita'?


Akhir-akhir ini otak saya 'dihunjam' dengan pelbagai input yang berat-berat. Input tentang Gerakan Mahasiswa. Lalu saya terfikir beberapa perkara, yang mungkin menjadi persoalan anda juga.


1. Jika mahasiswa dahulu memperjuangkan isu demokrasi, autonomi mahasiswa dan universiti, isu kebajikan rakyat, bahkan isu politik luar. Lalu ada apa dengan mahasiswa sekarang? Apa perjuangan 'kita'?


2. Jika mahasiswa dahulu berjaya memobilasi masyarakat kampus dan masyarakat luar dalam meraih sokongan untuk perjuangan mereka, lalu ada apa dengan kita sekarang?


3. Jika mahasiswa dahulu bersatu atas suatu idealisme, tanpa polemik perkauman, tanpa rasa dengki, tanpa rasa tersisih. Lalu kita bersatu atas tunjang apa? Ada apa dengan kita?


Dimana? 






Masturah Abu Bakar





1 comment:

Khairunnisa said...

Dalam jiwa, yang belum terbakar mungkin..

Dalam darah yang panas dan belum di stabilkan suhunya kali..

atau seekor singa dalam dada yang di jinakkan kesenangan dunia?