atau
Ramadhan kali ini mungkin agak unik bagi saya. Saya terfikir sesuatu, sama ada kali ini kita teruja untuk menanti ramadhan atau teruja menyambut hari kemerdekaan. Sayangnya, saya bukanlah rakyat Malaysia yang berjiwa terlalu patriotik hingga sambutan kemerdekaan itu menjadi terlalu mengujakan. Maka tanggal 31 Ogos adalah hari yang biasa bagi saya (ini pendapat peribadi saya).
Tapi jika dilihat dari sudut analitikal, saya berpendapat bahawa pasti Allah mahu memberitahu kita sesuatu. Ramadhan dan kemerdekaan. Ya, pasti ada sesuatu di sebalik takdir unik ini.
Agamawan kerapkali menyuarakan bahawa masyarakat perlu sedar apa sebenarnya erti kemerdekaan yang hakiki. Seringkali kita dengar suara-suara yang mengatakan bahawa kemerdekaan yang kita kecapi hari ini bukanlah sesuatu yang mutlak dan boleh dibanggakan. Kemerdekaan hakiki adalah pembebasan manusia daripada penyembahan terhadap selainNya, menolak thagut dan menyinari bumi ini dengan syiar Islam.
Ramadhan pula digelar sebagai madrasah tarbiyah. Ramadhan adalah satu-satunya universiti percuma yang menawarkan kursus pembersihan hati, pembebasan diri dari nafsu dan penawar bagi mazmumah. Namun ramai yang mengukur keberjayaan ramadhan dari sudut berapa banyak hari yang berjaya dipenuhi dengan puasanya berbanding dengan berapa banyak pertambahan imannya.
Ya. Titik pertemuan Ramadhan dan kemerdekaan ialah pembebasan. Pembebasan diri dari beriman selain Allah, meyakini manusia tanpa mempercayai Allah, membelakangkan hukum Allah, membuat kerosakan di bumi yang memberi kemudharatan kepada ummah. Ia juga meliputi pembebasan manusia dari hawa nafsu yang selama ini diagung-agungkan hingga menjadi Tuhan bagi mereka. Seperti firman Allah yang bermaksud :
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? "[45 ; 23]
Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum :
"Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."
Saya menyeru kita sama-sama memohon agar ramadhan kali ini adalah universiti terbaik dalam kehidupan kita. Juga, moga kita diberi hidayatuttaufiq daripada Allah iaitu petunjuk yang disertai oleh pertolongan Allah bagi memperolehinya.
Saya menyeru kita sama-sama memohon agar ramadhan kali ini adalah universiti terbaik dalam kehidupan kita. Juga, moga kita diberi hidayatuttaufiq daripada Allah iaitu petunjuk yang disertai oleh pertolongan Allah bagi memperolehinya.
Ameen.
No comments:
Post a Comment