Monday, June 22, 2009

Tahniah, idea MASISNA

Penubuhan MASISNA

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung Majlis Mahasiswa Univeristi Malaya,Shahrizul Ayuni di atas gagasan idea futuristik beliau bagi menubuhkan Majlis Siswazah Nasional (MASISNA) dicadangkan pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia awal Jun yang lalu.

Beliau yang merupakan ikon pimpinan muslimah kampus bermatlamat murni untuk membantu mahasiswi untuk membuat anjakan ke satu tahap yang lebih baik.Beliau juga mengatakan bahawa MASISNA adalah suatu platform memperkasa mahasiswi dengan keanggotaan secara automatik bagi pimpinan siswi, Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil pimpinan persatuan agama universiti yang dikira mampu berfungsi sebagai medan pendedahan secara terus dan khusus
kepada mahasiswi.

Kekurangan figur muslimah

Inisiatif-inisiatif memartabatkan mahasiswi sangat signifikan pada hari ini memandangkan golongan ini merupakan golongan dominan di kebanyakan kampus di negara ini. Justeru, adalah rugi jika daya kemampuan mahasiswi yang disepadukan dengan daya keintelektualan tidak dijadikan peluang untuk membentuk future
leader.

Kini, kita kekurangan figur muslimah yang tampil berani seperti saudari Ayuni dengan gagasan idea dan semangat berani hingga mampu duduk semeja bersama pimpinan negara. Moga dengan penubuhan MASISNA dan SIGMA, kita mampu mencetak 100000, bahkan lebih generasi Zainab Al-Ghazali di masa akan datang.

Masturah Abu Bakar
www.my-kombat.blogspot.com

No comments: