Tuesday, June 16, 2009

10 P dulu dan kini



Kembali ke zaman Jahiliyah.




Kita kini seakan-akan memutar kembali sejarah jahiliyah lampau, zaman kegelapan yang dipenuhi dengan segala macam aktiviti-aktiviti keterlaluan yang dilakukan oleh manusia-manusia yang dianugerahi akal. Jika kini kita memandang dunia dengan kacamata kemajuan, pasti kita tidak dapat mencari elemen jahiliyah yang sebenarnya tersembunyi tanpa kita sedari. Namun jika kita merenung dunia dengan kacamata akhlak,hak asasi manusia dan nilai moral, di sana akan kita temui, sejarah sudah berulang.



Jahiliyah ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah terakam dalam kotak sejarah ketamadunan manusia. Ia bukan sahaja wujud dalam bentuk perlakuan atau perkataan, tetapi jahiliyyah wujud dalam setiap perkara, medium malah sistem yang dilalui oleh manusia selagi tidak ada penerimaan atau pengamalan Islam secara menyeluruh. Kita lihat bukan, kita kini diselubungi sistem-sistem yang tercipta dari ideologi-ideologi yang nyata bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan hingga manusia lebih mempercayai ideologi daripada agama suci yang diwahyukan Allah.



10 P menyamakan dulu dan kini.



Di bawah menunjukkan 10 P poin-poin penting keadaan manusia di zaman jahiliyah :



Jahiliyah Dulu = Jahiliyah Kini

  1. Pemerintah diktator ?
  2. Penindasan rakyat ?
  3. Pentingkan kedudukan, pangkat dan kekayaan ?
  4. Perhambaan terhadap hiburan melampau, berfoya-foya ?
  5. Pertuhankan raja ?
  6. Pembahagian kasta dalam masyarakat ?
  7. Peperangan sesama sendiri ?
  8. Pembudayaan zina,judi dan arak ?
  9. Pergaulan sosial yang melampau ?
  10. Penindasan terhadap wanita ?
  11. Pengabdian terhadap pelbagai kepercayaan karut ?


Bukti



Untuk membuktikan 11 P ini, cukup untuk saya memetik 3 bukti :



1. Firman Allah taala yang bermaksud :



“Telah Nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan manusia ; Allah menghendaki agar mereka merasai akibat daripada perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.” – Arruum : 41



2. Kata-kata Mr. Taylor dan Mr. T. Walter dalam buku Civilisation Past and Present yang menggambarkan tentang keadaan kerajaan Rom Timur menjadi bahan bukti yang konkrit terhadap suasana hidup jahiliyah,



“Di kalangan masyarakat Rom Timur, selalu terjadi pertikaian dalam kehidupan antara umat beragama dan kehidupan kepastoran merupakan hal umum dan tersebar luas, sehingga setiap manusia di sana menyibukkan diri mereka dengan keadaan demikian yang cenderung kepada amalan batin. Mereka juga senang dengan kesenangan dunia dan hiburan. Misalnya, di sana telah dibangunkan sebuah stadium besar yang dapat menampung 80 000 orang penonton di mana di dalamnya sering diadakan pertandingan gusti antara 2 orang. Adakalanya perlawanan antara manusia dan binatang buas diadakan. Mereka juga membahagi manusia kepada dua kelas, ada yang berwarna biru dan ada yang berwarna hijau. Hobi mereka yang utama ialah mengumpul wang dan membuat kekerasan. Permainan yang mereka senangi itu amat berbahaya, dan tidak pernah dalam pertandingan itu tiada darah yang tumpah. Hukuman permainan tersebut juga amat mengerikan. Pembesar-pembesar mereka gemar berfoya-foya, suka berbuat jahat, menipu dan menzalimi.”



3. Aliran Mazadak yang timbul pada abad ke-5 Masehi di Parsi menyebabkan terjadinya kekacauan yang besar dalam masyarakat. Ajaran ini menghalalkan pemilikan harta benda dan wanita secara bebas tanpa batas. Ajaran ini sangat berpengaruh hingga berlakunya rampasan harta secara meluas. Lebih buruk, terjadinya pemerkosaan terhadap gadis-gadis sehingga menyebabkan generasi yang lahir ialah generasi yang bobrok, mengganggur, tidak mempunyai sejarah yang maju. Memfitnah, mnghasut dan mengadu domba adalah amalan biasa yang menjadi alat untuk mencapai kekayaan dan kedudukan. (lihat tajuk ‘Keadaan Kerajaan Parsi’ dalam kitab Riwayat Hidup Rasulullah,ms 10,karya Abul Hasan Ali Annadwy)



Kesimpulan.



3 perkara penting yang menyebabkan keperluan manusa terhadap kedatangan Rasul sebagai pemandu untuk melakukan pencerahan di zaman jahiliyah ialah :



1. Kebejatan Moral dan sosial manusia

2. Tiada panduan

3. Berlaku kerosakan di bumi



Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-yasin ayat 6 yang bermaksud :



“Agar engkau member peringatan kepada suatu kaum yang nenek moyangnya belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai.”



Saya simpulkan artikel ini dengan 2 perkara yang diperlukan manusia abad ini :



1. Revolusi Islam dan pencerahan.



Pernah ahli orientalis barat Bosworth Smith berkomentar,



“Ada seorang ahli sejarah yang terkenal dengan pandangannya secara falsafah menegaskan bahawa tidak ada suatu revolusi pun yang sampai meninggalkan kesan abadi dalam sejarah dunia tanpa memerlukan perencanaan terlebih dahulu selain revolusi Islam, di mana revolusi ini adalah kejadian yang tidak pernah direncanakan terlebih dahulu. Kami yakin bahawa ilmu sejarah tetap tidak mampu untuk dapat membahas tentang sebab-sebab yang dapat menimbulkan revolusi Islam.” (Lihat Mohammad and Mohammadanism, Bosworth Smith, Londpn 1976)



2. Kesediaan tenaga gerakan pemuda Islam.



Kata Saad b. Muaz dalam perang Badar,



“Demi Allah, jika engkau ya Rasulullah berjalan hingga ke Desa Barkul Gomad (tempat terjauh di selatan Yaman), pasti kami juga akan berjalan denganmu. Dan bila sekiranya engkau membawa kami ke tengah laut, pasti kami juga akan mengharungi laut itu bersamamu.” (Sirah Ibn Hisyam,jilid 1,ms 615)



Wallahua’lam.

Kombat

Baiti Jannati

5 :20 pm





No comments: