Thursday, April 09, 2009

Takziah buat pimpinan baru sesi 2009/2010



Terpanggil saya untuk mengucapkan selautan takziah kepada adik-adik saff pimpinan baru MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR dan JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ SESI 2009/2010 yang baru menyandang taklifan usai 6 April 2008 lalu..



TAKZIAH?

Ya! Takziah ucapan saya. Mungkin pada orang lain yang tidak memahami,amanah itu adalah suatu keinginan,wasilah untuk mencari populariti. Namun kita perlu sedar, amanah dan tanggungjawab kita adalah untuk memelihara kelangsungah tarbiyah di bumi ini. Bukan hanya menjadi perbualan dan gelaran yang acapkali disogok kepada bumi ini(bumi tarbiyyah),tetapi memastikan ia sungguh menjadi realiti yang tidak pupus dihanyut maksiat dan noda.



Kita jangan sesekali merasa gah dengan kedudukan ini. Jangan sesekali ada sekelumit,jikalau ada cepat-cepat anda menangkisnya kerana pasti itu bisikan syaitan yang selalu ingin menyesatkan kita. Kita semua tahu,kedudukan bukan kebanggaan! Tidak sekali-kali. Jadi jangan meletakkan platform kita sebagai pimpinan ni adalah untuk dikenali ramai dan yang sebetulnya,kita mesti merasakan diri kita ini adalah penyumbang kepada masyarakat umumnya dan khususnya mahasiswa nilam puri sendiri.



Kita ini adalah pimpinan,maka pimpinan akan dipertanggungjawab atas setiap apa yang dipimpinnya. Saya sedar,amanah kepimpinan ini adalah suatu yang cukup berat dan beban. Sukar bagi kita. Ya lah,jika dahulu kita asyik bersenang-lenang tanpa perlu membahagi masa,kini sudah tidak lagi. Masa yang ada semua dipenuhi dengan amanah yang kita ada. Itulah uniknya pimpinan,lebih hebat lagi jika pimpinan yang pandai membahagi masa lantas berjaya dalam peperiksaan dengan baik. Tidak pelik dan bezakah? Pimpinan yang masanya cukup terhad kadangkala lebih hebat dalam pencapaian akademik. Tidak pelikkah? Masa pimpinan lebih dipenuhi dengan amanah,namun di sana ada suatu persoalan,pada masa mana pula pimpinan membahagi masa untuk belajar?



Nah! Jika kalian lihat,inilah janji Allah. Jika kalian hayati dan yakini janji Allah itu,pasti kalian tidak akan meragui dan merungut sama sekali. Masakan tidak,Allah sudah janji pada kita “in tansurullaha yansurukum,wa yutsabbit aqdamakum”. Tapi jangan kalian jadikan ayat ini sebagai suatu proksi untuk bermalas-malasan tanpa usaha. Kita mesti ingat juga ya,Allah akan menilai usaha kita sbelum memberi kita hasilnya.



Insan-insan yang berada dlm soff pemacu,

Anda adalah harapan ummah,harapan untuk melihat kebangkitan kembali Islam yang sudah lelah ditindas kini. Kita adalah bakal penyumbang kepada revolusi itu,revolusi gelombang hijau yang akan menguasai seluruh dunia. Itulah janji Allah. Hingga tiada lagi fitnah di bumi ini. Ah! Indahnya saat itu. Namun perjalanan kita masih jauh. Bekalan yang terpenting adalah ilmu dan tarbiyyah. Tanpa itu,lumpuhlah kita. Ingat,kita adalah penyambung mata rantai,jika kita yang menghancurkan,siapa lagi yang bisa membangunkan?



Ikhwah dan akhawat fillah,

Tidak layak hakikatnya kami di sini,tetapi dengan pilihan Yang Maha Kuasa kami akan tetap di sini walau diganggu-gugat. Walau diancam kiri dan kanan,walau ditusuk hadapan dan belakang. Dengan Izin Tuhan Yang Maha Penyayang,kami akan tetap di sini. Sedarlah dan yakinlah,taklifan dan jawatan ini tidak sekali-kali kami cari,segalanya milik Allah. Dan tiada yang layak mengukur keikhlasan kami selain Allah s.w.t.



Teman-teman,

Sokonglah jika ISLAM yang kami bawa. Jika ternyata kami engkar dan membawa selain ISLAM,maka perangilah kami hingga kami sedar kesilapan kami. Jangan menjadi tangan-tangan yang menghancurkan tubuh-tubuh yang sedaya upaya membantu dalam menegakkan ISLAM ini. Besar harapanku,kalian dan kami sama-sama tergolong dalam golongan yang disebut Tuhan kita sebagai Ansarullah.. Ameen..



Mantan Timb. Setiausaha Agung

Majlis Perwakilan Pelajar

Sesi 2008/2009

APIUM NP

No comments: