Jilussyabab
derap langkah mereka
menggamit jelingan musuh durjana
susun atur barisan
menggenggam visi optimis
mendongak kepala
mendabik dada
percaya Islam pasti gemilang
Jilussyabab
bertekad kemenangan mesti diisi
ruang-ruang kekurangan
mesti diperbaiki
mengharap kedatangan mereka
bagai matahari
menambah cahaya terang
menjadikan dunia
gemerlapan dengan kalimah ilah
Tuhan sekalian alam
Jilussyabab
rantaian ukhuwah padu
dipateri jitu
dengan rangkaian taqwa dan iman
menjadi bekalan perjalanan
walau jauh
diduga kemuncup yang tidak pernah hilang
namun rabitah pengikat hati
janji setia dibina
kata dikota
Jilussyabab
generasi pemuda
berjiwa hamba
berjiwa pejuang
langkah penuh yakin
bersama gerombolan manusia tarbiyah
yang yakin
hidup kami hidup mulia
mati kami mati syahid..
p/s : Buat semua jilussyabab 09/10. Bersama kita melangkah penuh semangat, merealisasi bahawa perjuangan di sini bukan hanya retorik. Walau ada yang tersungkur nanti, percayalah, mereka sedang diuji. Bukan kerana perjuangan di bumi tarbiyah adalah perjuangan retorik yang hanya fantasi, bukan realiti..

No comments:
Post a Comment