Thursday, April 09, 2009

Saya, Nilam Puri & Imtihan



Saya

Sudah usang rasanya blog ni. Tanpa sebarang entri sejak kebelakangan ini. Keyboard laptop pun sudah jarang saya sentuh untuk menulis artikel. Beku dengan idea, sarat dengan kerja. Saya sebenarnya sedang mencari nafas baru blog(penulisan) saya, mungkin akan lebih berkisar tentang global, isu-isu semasa dan perkara-perkara yang lebih besar. Mungkin saya seorang yang selalu berfikir besar hanya bila menulis, namun secara realiti agak kurang. Sememangnya, saya adalah insan biasa. Hanya 'Hamba & Pejuang".


Nilam Puri

Pejam celik-pejam celik, sesi pembelajaran untuk kali ini sudah mahu sampai ke penghujungnya. Rasa macam mimpi, rupanya sudah 2 tahun saya di Nilam Puri. Menimba ilmu jauh di negeri orang. Macam-macam pengalaman yang saya dapat dan semestinya banyak mengajar saya erti kehidupan, persahabatan dan penghambaan. Sukar untuk diluahkan kesemuanya. Tetapi, perkara 'emas' yang saya kutip ialah tentang tarbiyah & perjuangan.

Imtihan

Peperiksaan saya akan berlangsung pada 19.April ini. Persediaan? InsyaAllah, doakan saya ya. Moga kejayaan milik kita semua.

Task (belum siap)
Assignment Matematik II
Tasmi' Hadith (21 hingga 40)

Study week
10-18 Apr 2009

Final Exam
IXAX 0104 (Ulum Al-Hadith)
19 Apr 2009

IXAX 0208 (Kemahiran Hadith)
20 Apr 2009

IXAX 0212 (Bahasa Arab k I)
21 Apr 2009

IXAX 0206 (Fiqh Al-Ibadaat)
22 Apr 2009

IXAX 0101 (Attasawur Alislamiy)
23 Apr 2009

IXAX 0108 (Ko-Kurikulum)
26 Apr 2009

IXAX 0212 (Bahasa Arab k II)
27 Apr 2009

IXAX 0212 (Bahasa Arab k IV)
28 Apr 2009

IXAX 0204 (Matematik II)
29 Apr 2009



p/s : Anda semua mesti doakan saya ya. "Ya Allah, terangkanlah hatiku, kuatkanlah daya ingatanku, permudahkan aku untuk menimba ilmuMu, permudahkanlah urusan duniaku untuk akhiratku.."


No comments: