Friday, December 05, 2008

Im da Bookaholic!

Assalamualaikum.. Cerita2 tentang hobi saya..

Hmm, saya ni mmg bookaholic. Memang tak boleh tengok kedai buku, pasti saya akan masuk dan shopping banyak jenis buku. Tak kisah la novel ke, buku motivasi ke, novel sejarah ke.. Mesti saya akan beli juga walaupun satu.

Dari kecil lagi saya memang begini. Dulu saya suka betul baca buku2 tentang penyiasat. Tentang 5 penyiasat muda, apa ya nama buku2 saya tu. Saya pun dah tak ingat, entah kemana buku2 tu menghilang. Then bila dah besar, saya berminat sangat jadi penyiasat atau orang kampung saya panggil 'investigator'. Tapi bukan la penyiasat rasmi, cuma penyiasat secara tak langsung. Mengkaji, menyiasat.. Tu la kerja saya.

Oleh kerana saya ni memang suka sangat membeli dan membaca buku, maka saya akan mewajibkan diri saya untuk membeli seberapa banyak buku yang saya suka tiap2 kali biasiswa masuk. Campur dengan sem3 yang baru lepas ni, entah berapa banyak buku yang saya kumpul dalam bilik. Ada yang dah dibaca, dan ada juga yang belum.

Sampai sekarang ni, saya teringin sangat nak baca buku Kombat 1511 karya Faisal Tehrani, juga buku The Art Of War yang ditulis oleh Sun Tzu. Petang tadi saya ke SACC Mall di Shah Alam, semata2 nak cari 2 buku tu. Namun agak menghampakan. Buku yang saya cari tidak ada.

Bila saya merayau-rayau di kedai MPH tu, saya tertarik pada 1 buku ni.




Wah! Buku ni Best Seller Timur Tengah. Best tak cover dia? Isi dia pun best tau. Harga pun agak best juga.. :)
Nama buku : Kita Cinta Yusuf & Zulaikha
Penulis : Taufiqurrahman Al-Azizy

Harga : RM 28.90


Dan saya ada juga beli satu buku ni, setelah di promote oleh Kak Dayang(www.qalamhazin.blogspot.com), saya berminat nak beli. Katanya best..

Ini dia bukunya..

Nama buku : Dilema Melayu-Islam, Kurang fikir atau kurang zikir
Penulis : Pahrol Mohd Juoi
Harga : RM 30.00

Tapi, saya akan cari juga 2 buku yang saya 'pengen banget mau beli'. Tak kira, no matter how(bak kata adik soleh yang faqeh).. :)

For the last, but not least.. Saya menyeru kepada semua yang membaca dan semua yang di luar sana, terutama para mujahid2 Allah agar banyak2 kan membaca buku. Elok untuk kesihatan! ;)

Salam Revolusi,
Masturah..

2 comments:

SEBAIK-BAIK CAHAYA said...

patut la suke menyiasat..teruskan dgn penyesiatan anti..

combat said...

Subhanallah.. ana bukannya penyiasat macam ins.conan tu.. pengetahuan untuk diri sendiri je..