tika sang hati berbicara..
Rindu sungguh kurasakan saat ini.. sarat sudah rasanya perasaanku,tidak tertanggung. Tapi masalahnya,aku sendiri tidak tahu gerangan siapa yang ada di hati ini. Aku tidak tahu sama sekali siapakah yang aku sedang rindui. Mukanya juga tidak pernah aku lihat.. ah,anehnya..
Rasa ingin bersama,berpimpinan menyelusuri denai kehidupan. Tempat bermanja,menuai dan membaja kasih sayang. Tempat merungkai segala permasalahan dan beban di hati. Bersama membina kehidupan bahagia di jalan Illahi..
Pelik,memang pelik.. aku selalu sangat merindui insan itu. Entah siapa,dari mana,apa namanya. Langsung aku tidak tahu..
Hati : aku tahu siapa itu..
Diri : ah! Masakan engkau tahu wahai hati. Aku sendiri tidak tahu.
Hati : aku kan hatimu,takkan aku tidak tahu.
Diri : (ketawa). Kalau engkau tahu,silalah ceritakan padaku,gerangan siapakah yang aku rindui saat ini.. tolong..
Hati : aku tahu wahai diriku,engkau rindukan teman perjuanganmu,pembimbingmu..senang bicara,dia si empunya tulang rusuk yang berada dlm dirimu..
Diri : duhai hati,aku merayu saat ini. Aku sama-sekali tidak memahami maksudmu.
Hati : hai diriku,sesungguhnya Tuhan cipta manusia ini berpasangan. Dan engkau mendamba mujahidmu. Betul tidak? Jangan bohong,Allah pasti lebih Mengetahui apa yang tersirat dalam jiwamu.
Diri : hatiku.. aku juga tidak tahu.. arghhh!!
Inilah indahnya,kadangkala kita merindui orang yang kita tidak ketahui siapa. Itulah misteri dan uniknya cinta yang mengikuti jalan Illahi. Cinta misteri dan jawapanya adalah pada hari yang pasti nanti.
Inginkan suami soleh? Jadikan diri anda solehah terdahulu. Dan juga sebaliknya jika kita menginginkan isteri yang solehah. Diri kita mesti soleh dahulu. Maha Adil kan Tuhan? Dicipta pasangan setimpal dan sekufu. Attoyyibuna littoyyibat..
Cinta?
Ya! Tuhan mencipta manusia berpasangan dan itu adalah fitrah makhluk di bumi ini. Sedangkan haiwan juga ingin berpasangan,apa lagi manusia.
Tapi,fitrah itu patut dilalui dengan jalan yang betul,jalan yang lurus yang nyata dipimpin oleh iman. Bukan jalan bengkok yang dipimpin nafsu yang meraja.
Fitrah itu patut dijaga,biarkan ia suci hingga tiba saat-saat yang pasti. Hingga suatu hari nanti hati ini dipertemukan dengan insan yang dinanti. Alangkah manisnya menuai cinta ketika di hari-hari yang pasti dan halal di jalan Allah. Bukan seperti fenomena hari ini,golongan syabab yang menjadi pewaris masa depan,berjalan bersama tanpa ada rasa segan silu. Tanpa batas agama.
Batas agama? Ada juga yang menyatakan dengan rasa bangga,kami ini menjaga batas agama. Bercinta dengan berbataskan syara’. Tidak ada janji temu,tidak pegang-pegang tangan,tidak melakukan perkara-perkara mungkar.
Ah! Masakan pasangan yang bercinta tidak bermesej? Tidak bertelefon dan berborak panjang?
Walaupun tidak dating,dan adakalanya pasangan ‘beriman’ ini cukup menjaga status mereka sebagai insan pembela agama,mereka langsung tidak bermesej,bertelefon. Jika mesej pun hanya mesej berunsur kata-kata tazkirah,atau lebih indah lagi pabila ada yang mengejutkan bangun qiamullail dan solat subuh.
Tahukah bahawa ada sabda Nabi s.a.w yang mengatakan bahawa manusia dapat menghindari zina mata apabila tidak melihat,zina kaki apabila tidak melangkah ke tempat maksiat,zina tangan apabila tidak menyentuh yang bukan mahram. Tetapi manusia tidak akan menghindari daripada satu zina,iaitu zina hati. Zina hati ini adalah berlaku apabila manusia mengingati,merindui dan membayangi sang kekasih.
Nah! Masakan tidak pernah pasangan yang beriman merindui atau mengingati pasangannya? Bohong jika jawapannya tidak!
Jadi,patut kita muhasabah diri. Ingatan ini adalah buat diriku yang lemah ini,agar tidak kecundang ke lembah yang bakal menghijab diri dariNYA. Juga ingatan buat sahabat-sahabat,kudoakan agar kita menghindari diri kita dari maksiat. Kerana kita adalah golongan pewaris dan penyambung mata rantai-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. pelik jika antara kita juga ada yang bercinta tanpa laluan yang benar. Implikasinya adalah terhadap Islam yang kita bawa. Jika ada kesalahan dan maksiat di pihak kita,masakan Allah ingin memberi kita hasil yang selama ini kita tuai?
Muhasabah dan islah diri,moga sama-sama dapat manfaat. insyaAllah..
::LayyinulHarir::
1 comment:
Cinta itu anugerah dari ilahi..
Tapi bagaimana kita mengurusnya yang menentukan ianya halal atau tidak..
perasaan itu tidak salah..
aplikasi ilmu yang ada untuk mengurusnya..
tapi kadang-kadang,manusia terlupa..mungkin juga tertipu dengan bisikan syaitan..perkara yang sudah jelas haramnya tiba-tiba jadi confius..diwaktu ini berhati-hatilah..syaitan sdang meniupkan kewas-wasan dalam hati kita..dlm sebuah athar ada disebut..
"mintalah fatwa dari hatimu,kebaikan itu adlh apa-apa yg tenteram jiwa padanya,dan tenteram pula dalam hati.Dan dosa itu adlah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dlam hati,walaupun orang-orang memberi fatwa padamu,"(HR Ahmad)
Post a Comment