Friday, May 16, 2008

bercakap pasal kepimpinan..

ramai kakak2 yg pesan.. bila jadi pimpinan,kita bukan macam org lain.. pening juga nak merungkai maksudnya tu..

"kita bukan macam org lain? kenapa kak?"

pantas mulut ini bertanya.. kakak kesayanganku hanya tersenyum..

"ya dik..kita bukan mcm org lain.. masa kita,tanggungjawab kita,penampilan kita.."

ringkas dan padat jawapannya.. kini terungkai maksudnya..

masaku.. bukan saja untuk belajar tapi juga untuk berfikir dan menyelesaikan masalah ummah..

tanggungjawabku.. bukan saja untuk belajar tetapi juga untuk menyelesaikan amanah kepimpinan..

penampilanku,pasti ada saja yang meneliti setiap inci tudung dan pakaianku.. malah stokinku juga..

ah.. susahnya..

susah? kalau dah kata susah,takkan nak biarkan tanggungjawab kita ditanggung oleh orang yang tidak faham? berapa orang saja yg dikurniakan kefahaman tentang amal islam seperti dirimu?

ya.. tanggungjawab itu tetap terletak dipundakku.. sejauh mana pun perjalanan,akanku lalui.. bersuluhkan kasih sayang Rabb.. berlandaskan ukhuah teman2.. insyaAllah..

1 comment:

butterfly said...

InsyaAllah,Mas....
kite tau Mas mampu lakukan...
menjaga bumi tarbiyah diikutkan hati memang susah...

Tapi,cukuplah bg Allah sebagai penolongmu....
Sahabat2 mu sebagai kekuatanmu...

LAkukan apa yg termampu...
ku selalu mendoakanmu...

kirim salam kt sahabat2 APIUM