Tuesday, February 26, 2008

mulianya Ansarullah-hinanya Laknatullah

usaha memadamkan cahaya Allah..


petikan dari surah Al-Ahzab :

22 Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

23 Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

24 (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

25 Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



petikan dari surah As-Soff :

8 Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).


jika kita perhati dan teliti ayat-ayat yang saya bentangkan di atas,jelas sekali bahawa orang-orang kafir,munafiq,fasiq dan sekutunya tidak akan sekali-kali menghentikan usaha mereka untuk memadamkan nama Islam di muka bumi ini. dengan usaha mereka yang tekun dan gigih,strategi yang begitu sistematik dan dibantu pula dengan peralatan yang canggih nescaya kita-golongan yang lemah tidak akan dapat menandingi mereka.

mereka juga punya kuasa yang ampuh,maka dengan sewenangnya mereka menindas golongan yang lemah. kita semua sedia maklum,bumi palestin telah dipadam namanya dari peta dunia. inilah antara contoh yang nyata dan jelas dan tidak pelu disuluh lagi.

kereta kebal,bom nuklear,senjata canggih dan sebagainya mampu menghancurkan dunia dalam sekelip mata. adakah kita mampu?

dalam realiti semasa,ada juga pihak (sekutu golongan laknatullah) yang membantu golongan ersebut untuk memadam cahaya islam. alasan mereka-orang islam yang ditarbiyah di bumi islam akan menjadi penentang suatu masa nanti,jadi bumi tersebut mesti(menjadi wajib dalam agenda mereka)untuk dipadam dan dimusnahkan.

bagi mereka jika mereka menghapuskan bumi yang mengamalkan biah dan tarbiyyah islam,dunia mereka akan sunyi daripada penentang dan mereka akan hidup dengan selesa. apa sebenarnya mentaliti mereka ini? adakah mereka fikir bahawa cahaya Islam akan terpadam dengan mengahapuskan tempat-tempat sebegini? pejuang islam akan futur jika mereka melaksanakan agenda ini?

adakah mereka tidak tahu bahwa di mana sahaja pejuang-pejuang Islam dicampak,nescaya mereka akan sedaya upaya menegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH?

apakah mereka tidak tahu bahawa pejuang-pejuang ini dibantu oleh tentera Allah yang tidak dapat mereka lihat?

saya suka untuk membentang maksud dari surah At-Taubah :

40 Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


sesungguhnya mereka yang berusaha untuk memadamkan cahaya Allah dari muka bumi ini adalah golongan yang takut dengan bayangan sendiri. mereka dengan angkuh berbuat apa sahaja semahu mereka di muka bumi ini dengan kuasa yang mereka ada, adakah mereka tidak mengkaji mengapa golongan pejuang yang dimuliakan Allah ini menentang mereka? jika mereka dengan sempurna menegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH di muka bumi ini adakah insan yang akan menentang mereka?

ketahuilah,sesungguhnya di mana-mana sahaja di muka bumi ini pasti ada segolongan hamba Allah yang berusaha memadamkan cahaya taghut,mengeluarkan manusia dari bahaya zulumat,menyeru kepada mentauhidkan Allah,menyebarkan akhlak yang mulia,dan sedaya upaya berusaha menegakkan daulah Islamiyyah dengan pimpinan khalafah Islamiyyah. takbir!

surah At-Taubah :

100 Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.


111 Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.



wallahua'lam,
astaghfirullah li walakum

written by,
-layyinulharir-
(masturah)

No comments: