berbicara tentang pejuang,
sesungguhnya hati ini terlalu rindu
rindu untuk bergelar 'serikandi pejuang islam'
yang imannya kukuh seperti bangunan teguh
tapak dasarnya dibajai aqidah
disirami tawakal dan taqwa
selayaknya seperti ummahatul mukminin
bagi mereka jaminan syurga firdausi
khadijah,aisyah..
harum nama,seindah peribadi..
selayaknya seperti fatimah
serikandi ayahanda tercinta
permaisuri mujahid karamallahu wajhah..
selayaknya seperti para musyahidah
sumayyah,mashitah..
duri dilalui dengan hamparan hijau
permaidani taman idaman..
selayaknya seperti zainab al-ghazali al-jubaili
cukup ampuh diserang cemeti
dikurung penjara besi
lidahnya meratib memuji illahi
biar dipukul,dihina dan disiksa
nama Allah tetap dihati..
begitulah perjuangan insan-insan yang dimuliakan Allah
dengan laungan 'lailahaillallah'
segala mehnah dan tribulasi
dilalui bersama keindahan tawakal kepada illahi
bagi mereka-insan mulia
"allah tujuan kami"
"rasulullah ikutan kami"
"al-quran pedoman hidup kami"
"syahid matlamat hidup kami"
aku?
hanya berangan-angan?
tanpa sebarang sumbangan..
hanya bercita-cita?
tanpa sebarang usaha..
payah..
menempah susah..
jangan angankan dibentangkan permaidani merah
masa depanmu pejuang
dipenuhi tombak-tombak musuh
yang memenuhi segenap ruang
serikandi pejuang islam..
imannya teguh,kukuh dan ampuh..
hatinya suci tanpa noda
ibadahnya terjaga
matanya
kakinya
tangannya
langkahnya
segalanya kerana Allah yang Esa..
mampukah aku?
aku hanya insan biasa
dipalit noda hitam mencemarkan
kalah bersama hembusan nafsu yang mengasyikkan..
aku?
layakkah aku?
aku ini hamba kerdil mu Tuhan..
hanya mencariMU dikala sunyi
berlari dikala Kau tak kuperlukan..
aku?
berkali-kali aku
meminta ampunanMu dikala terasa bersalah
kemudian
berkali-kali juga aku
mengulangi kesalahan ku..
oh TUHAN..
sesungguhnya kerdilnya diri ini
tanpa rasa malu
aku gelarkan diriku
"mujahidah"
"pejuang"
"pendakwah"
"pendokong fisabilillah"
ah!
malu sungguh aku tuhan..
sesungguhnya bagiMU segala pujian..
Kau Raja sekalian langit dan bumi
serta isinya..
ya rahman,
dengan segala kerendahan jiwaku
aku mohon padamu
dimana saja aku berada
dakwah sentiasa terpasak di bahuku
aku akan terus melangkah
dalam perjalanan perjuangan ini..
jadikanlah aku serikandi pejuang islam
yang mendokong agamaMu
yang menjadi suaraMu
serikandi penegak kalimahMu..
moga aku dapat melihat
kebangkitan islam kembali..
kemaraan gelombang hijau
diseluruh pelusuk bumi..
takbir!
No comments:
Post a Comment