Wednesday, March 03, 2010

Enjoy your study, enjoy your duty




Enjoy your study.


Akhir-akhir ini saya semakin seronok 'menghadiri kelas tanpa culas', tidak kira sama ada tutorial atau kelas lecture. 

Ramai orang meletakkan harapan bahawa pelajar-pelajar Siyasah Syariyyah adalah mereka yang terbuka, boleh berkongsi dan boleh berdikusi dengan baik. Sama ada yang melibatkan isu-isu politik nasional atau global, mereka ini mampu berbahas dengan mengaitkan setiap inci isu itu dengan Islam. Sebab itu digandingkan siyasah dengan syariyyah. Jika siyasah sahaja, ia meliputi sesuatu yang umum, tidak kira ianya berbentuk adil atau zalim; bersifat individualistik atau pluralistik.

Mungkin di peringkat awal pembelajaran, elemen diskusi dan berbahas secara ilmiah ini tidak kami sedari sebagai sesuatu yang penting. Namun, kebelakangan ini, elemen ini semakin kerapkali digunapakai. Mungkin juga disebabkan pembelajaran yang semakin mendalam, ditambah pula dengan isu-isu panas yang berkaitan dengan Siyasah Syariyyah. Antaranya Kes liwat Anwar Ibrahim, Islam Hadhari, Persoalan adakah Malaysia negara Islam, Isu kebobrokan pelaksanaan separation of power dalam Malaysia, Akta ISA, Isu Kaedah Tahalauf Siyasi dan pelbagai lagi.

Dalam keadaan ini, baru saya memahami apa yang dikatakan 'enjor your study'. Tidak berasa tertekan, walaupun dalam keadaan assignment yang bertimbun. Ya, enjoy it




Enjoy your duty!


Menyebut soal tekanan, kadangkala akibat kerja yang terlalu banyak, tekanan akan meningkat ke paras maksimum. Lalu, mula timbul soal 'uzlah' daripada kerja, padahal ia tidak menyelesaikan masalah.

Justeru, kerja buat kita untuk perjuangan ini harus menjadi hiburan utama kita dalam kehidupan. Ya lah, masakan anda tidak gembira bertemu acapkali dengan sahabat-sahabat, berkerja sambil bergurau senda, makan bersama, bercerita bersama, berduka bersama; 'bergaduh' bersama. Saya selalu dipesan oleh otai-otai abnaul harakah, 

"Ala, enjoy jela buat kerja. Jangan risau, simple2 je."

Tapi saya akui, bukan mudah untuk kita merubah minda. Saya pun, akan bermonolog dalam hati,

'Ah, cakap senang la.'

Cuma ada suatu pesanan yang Maha Agung yang mesti dijadikan motivasi.

SYURGA.


Masturah Abu Bakar
Department of Islamic Political Science
University of Malaya