Monday, December 07, 2009

Isu BTN : Resolusi Diskusi di KOMS '09




Biro Tata Negara (BTN) mengundang kontroversi selepas 7 wakil rakyat negeri itu menghantar memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN. Memorandum tersebut berkata, akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN. - Dipetik dari sumber Harakahdaily


Melalui beberapa siri perbincangan kritikal bersama sahabat-sahabat di KOMS 'O9, kami selaku mahasiswa berpendirian menyokong tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengharamkan rakyat negeri ini menghadiri kursus tersebut atas dasar :

  • Melalui survey yang dilakukan terhadap peserta KOMS '09 yang menghadiri kursus tersebut, dapat disimpulkan bahawa Kursus ini merupakan proses doktrinisasi. Doktrinisasi tersebut meliputi aspek Nasionalisme (dilihat sebagai elemen positif), Rasisme dan pro-Barisan Nasional yang dianggap sebagai terlalu bias.

  • Melihat kepada keperluan sosial masyarakat hari ini, mahasiswa melihat terdapat program yang lebih relevan untuk dijalankan di negeri ini. Keperluan tersebut adalah keperluan terhadap suatu suntikan nilai-nilai murni seperti kembali terhadap hidup beragama atau yang selari dengan nilai moral dan sivik.

  • Mahasiswa tidak mahu dilihat sebagai entiti pendesak yang hanya mampu mengkritik. Justeru sebagai alternatif, mahasiswa mencadangkan program SPIES yang dilihat lebih baik bagi menggantikan program BTN.

  • Mahasiswa mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya menjalankan beberapa siri pemerkasaan program SPIES. Antaranya :

    - Membuat sesi penerangan terbuka mengenai program SPIES. Antaranya menerangkan objektif, sasaran, modul, pelaksanaan dan sebagainya.

    - Menambah elemen positif yang terdapat dalam kursus BTN iaitu Pendidikan Kenegaraan.

    - Menjalankan promosi ke seluruh Negeri Selangor untuk melebar-luas penyertaan.

  • Mahasiswa juga mencadangkan program SPIES digunakan di seluruh negeri di Malaysia.



Wallahua'lam



Masturah Abu Bakar
Department of Islamic Political Science
University of Malaya

No comments: