Pertama kali diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi Indonesia membuatkan saya berasa sangat teruja. Pada awalnya saya berkira-kira dan membuat pertimbangan awalawiyat memandangkan saya punya kekangan masa, dengan tugasan akademik yang masih berbaki dan dilema peperiksaan yang bakal menjelang ketika itu. Tetapi masakan peluang seperti itu mahu saya lepaskan.
Apatah lagi apabila diberitahu oleh ummi bahawa rombongan tersebut merupakan rombongan misi bantuan ke gempa Padang, Indonesia. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran daripada ummi tercinta. 22 Oktober 2009, saya bersama rombongan Yayasan Amal Malaysia berlepas ke sana. Tiba di sana, saya mula memerhatikan keadaan sekeliling. Memandang dan menghayati erti tersirat terhadap apa yang berlaku. Firman Allah S.W.T :
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)
Kurang penghayatan Islam
Apa yang menarik di sana, saya melihat binaan masjid cukup banyak. Tetapi malangnya masyarakat di sana realitinya (baca : saudara muslim kita) kurang penghayatan Islam. Banyak fenomena yang saya rakamkan dalam kepala, pemandangan yang agak pelik (kadangkala lucu) bagi masyarakat Malaysia. Antaranya, penghayatan ibadah solat yang cukup kurang, penutupan aurat - ramai saudara muslimah yang tidak menutup aurat (atau memakai hijab tetapi mengenakan seluar pendek) dan sebagainya. Saya dan ummi hanya menggelengkan kepala.
Pernah saya berkesempatan untuk bertanya ikhwah daripada Parti Keadilan Sejahtera (PKS) tentang dakwah Islam di sana. Jawab mereka, dakwah PKS kini masih tertumpu di bandar dan kota. Tambah mereka PKS yang masih mencari tapak dan meraih sokongan rakyat sedang berusaha keras membangkitkan kembali roh Islam di bumi tersebut. Allahuakbar, moga perjuangan Islam di sana sentiasa dibantu oleh Allah.
Empati
Tidak saya nafikan, hati dirundung sayu memerhatikan keadaan Padang. Tidak kira kota atau kampung, kedai atau rumah, sekolah dan hospital, segalanya musnah dek gempa yang melanda. Kasihan, jika saya berada di tempat mereka, apalah yang akan saya lakukan. Tiada tempat tinggal, tiada pakaian dan tiada harta. Ada juga di antara mereka yang kehilangan anak, ibu, ayah, kakak dan adik. Masya Allah.
Saya juga berkesempatan melihat tempat 'tiga dusun' yang sudah menjadi kuburan. Allahuakbar, benarlah. Jika katakan jadi, maka jadilah. Jika Allah mahu menggoncang bumi, maka tergoncanglah. Mari kita lihat tafsir Ibn Kathir tentang surah Al-Zalzalah :
Menangislah untuk ummat
Saya terkesan dengan kata-kata seorang pakcik yang bersama-sama memberi bantuan khususnya dalam pembinaan sumur bor (baca : telaga air). Beliau berkata,
"Kadang-kadang kita terlalu leka dengan duniawi hingga tidak punya masa untuk memikirkan masalah ummat. Lihatlah nasib rakyat di sini, siapa yang akan menangisi nasib mereka kalau bukan kita? Menangislah untuk ummat, berdoalah untuk mereka."
Saya kembali memuhasabah diri, koreksi sebanyak mana doa yang saya panjatkan untuk saudara se-Islam, sebanyak mana tangisan saya untuk mereka dan sebanyak mana pengorbanan saya bagi memperjuangkan nasib mereka. Mungkin saya boleh bersyukur dalam keadaan kehidupan saya yang masih aman tanpa ujian berat sebagaimana yang Allah timpakan kepada mereka.
MasyaAllah. Moga Allah melindungi kehidupan kita. Untuk akhirnya, saya memetik mutiara hadith Nabi S.A.W dan syair Arab sebagai tatapan dan muhasabah pembaca.
Hadith Nabi S.A.W :
“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Petikan Syair Arab :
"Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu". (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

Pusat Tuisyen yang tertimbus mengorbankan nyawa pelajar yang berada di dalamnya ketika gempa berlaku.
Adik-adik yang terpaksa meneruskan persekolahan di dalam khemah.
Adik-adik yang terpaksa meneruskan persekolahan di dalam khemah.
Saya juga berkesempatan melihat tempat 'tiga dusun' yang sudah menjadi kuburan. Allahuakbar, benarlah. Jika katakan jadi, maka jadilah. Jika Allah mahu menggoncang bumi, maka tergoncanglah. Mari kita lihat tafsir Ibn Kathir tentang surah Al-Zalzalah :
Ibn Abbas said,Masya Allah, bila Allah menunjukkan kekuasaan-Nya kepada kita, nescaya rasa hina seorang hamba kembali meresap dan membenih dalam diri. Justeru, harus kita fahami bahawa peristiwa ini adalah amaran keras daripada Allah kepada ummat manusia yang berjalan di atas muka bumi dengan sombong dan bongkak tanpa menghiraukan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.
"When the earth quakes with its Zilzal." (99 : 1)
This aayah means that it will move from beneath it. Then He said,
"And when the earth throws out its burdens." (99 : 2)
Meaning, it will throw forth that which is in it of the dead. More than one of the Salaf have said this and it is similar to Allah's statement :
"O mankind! Have Taqwa of your Lord! Verily, the earthquake (Zalzalah) of the Hour is a terrible thing." (22:1)
This is also similar to His saying :
"And when the earth is stretched forth, and has cast out all that was in it and became empty."(84:3-4)
Menangislah untuk ummat
Saya terkesan dengan kata-kata seorang pakcik yang bersama-sama memberi bantuan khususnya dalam pembinaan sumur bor (baca : telaga air). Beliau berkata,
"Kadang-kadang kita terlalu leka dengan duniawi hingga tidak punya masa untuk memikirkan masalah ummat. Lihatlah nasib rakyat di sini, siapa yang akan menangisi nasib mereka kalau bukan kita? Menangislah untuk ummat, berdoalah untuk mereka."
Saya kembali memuhasabah diri, koreksi sebanyak mana doa yang saya panjatkan untuk saudara se-Islam, sebanyak mana tangisan saya untuk mereka dan sebanyak mana pengorbanan saya bagi memperjuangkan nasib mereka. Mungkin saya boleh bersyukur dalam keadaan kehidupan saya yang masih aman tanpa ujian berat sebagaimana yang Allah timpakan kepada mereka.
MasyaAllah. Moga Allah melindungi kehidupan kita. Untuk akhirnya, saya memetik mutiara hadith Nabi S.A.W dan syair Arab sebagai tatapan dan muhasabah pembaca.
Hadith Nabi S.A.W :
“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Petikan Syair Arab :
"Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu". (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).
No comments:
Post a Comment