Thursday, September 17, 2009

Ramadhan berlalu lagi

Sedih mengenangkan ramadhan yang berbaki 1 hari lagi. Sedih kerana ramadhan kali ini tidak dapat diikitiraf sebagai ramadhan yang terbaik. Sedih kerana merasakan bahawa ramadhan kali ini sama sahaja dengan ramadhan sebelumnya.

Iri hati dengan mereka yang mampu memenuhi tiap malam ramadhan dengan solat sunat tahajud, tadarus Al-Quran, zikir dan selawat. Mereka bahagia.

Ramadhan berlalu lagi. Entahkan ada titik pertemuan akan datang untukku atau tidak.

Ya Allah, tidak ada bulan selain ramadhan yang dapat menenangkan hati tatkala gusar.

Ya Allah, tiada ada bulan selain ramadhan yang dapat menyejukkan hati tatkala hambar.

Ramadhan pergi lagi. Moga ada ramadhan lagi untukku.


seperti baru semalam kau datang
mengikat hatiku
dengan janji-janji manismu
janji-janji yang pasti ditepati

dan belum pun hilang rinduku
belum pun puas kau kulayani, mesrai
kau ingin pergi...lara hatiku, lara hatiku
seakan ingin ku pergi bersama

siapakah yang akan mengerti kesayuan ini
tak ingin ku lepaskanmu
bimbang apakah akan ada usiaku nanti
untuk bertemu dan bermesra dengan mu lagi

bimbang setelah kau pergi
apakah aku masih akan seperti diriku saat kau di sisi...
selamat jalan romadon
ada jodoh kita, pasti bersama lagi


(Best kan puisi ni, menyentuh hati. Ni kakak saya yang buat, qupie, thumbs up buat kakak!)







No comments: