Tuesday, September 15, 2009

Pengantin Al-Quran



Tajuk buku ini menarik minat saya untuk menambah jumlah buku pinjaman di dalam akaun perpustakaan. Tajuk yang cukup indah dan idealistik dan mempunyai pentafsiran makna yang sangat mendalam. 'Pengantin Al-Quran' cukup untuk membuatkan saya membuai pemikiran dengan bayangan kehidupan pasangan manusia yang meletakkan Al-Quran di tempat teragung.

Pengantin Al-Quran ini telah digambarkan dengan indahnya oleh Allah s.w.t dalam surah A-Rahman. Sungguh, kalimah-kalimahnya yang mempesona dan nasihat-nasihatnya yang agung menimbulkan kesan. Surah ini mengandungi pelbagai hiasan dan pakaian indah, mutiara, permata dan manikam. Allah s.w.t dengan indahnya melukiskan bidadari-bidadari yang solehah, jelita, tidak pernah disentuh, bersimpuh di atas hamparan permaidani indah. Sungguh Allah Maha Agung!

Perintah untuk bersyukur dan tidak mengingkari Tuhan termaktub dalam surah Ar-Rahman. Nikmat Ilahi yang dikurniakan sama sekali bukan alasan kelekaan dan kelalaian terhadap Pencipta. Acapkali Tuhan menanyakan, dengan lembut,

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang kamu hendak dustakan?"

Ya. Pengantin Al-Quran adalah pasangan yang bersyukur dan tidak terbuai dengan nikmat. Pengantin Al-Quran melihat dunia dengan kacamata akhirat. Pengantin Al-Quran menjadikan dakwah bekalan kehidupan. Pengantin Al-Quran tidak meninggalkan jihad, sebaliknya menjadikan syahid sebagai tujuan.

Kemana lagi pengakhiran Pengantin Al-Quran jika tidak ke syurga?

"Allahummarzuqnii hubbak, warzuqni hubba man yuhibbuk"

"Ya Allah, jadikanlah dakwah dan jihad adalah sebab bersatunya Pengantin Al-Quran supaya penyatuannya nanti menjadi penyatuan sempurna. Penyatuan jiwa, akal, cita-cita dan harapan."

(Saya kembali membaca cerpen Misi Jihad Cinta -sini- .. Uwais dan Safiyyah menjadi model Pengantin Al-Quran saya :) )


2 comments:

Anonymous said...

sungguh kesudahan yang baik untuk orang2 beriman. n ALLAH tidak sekali2 memungkiri janji n kata2-NYA.

-qUpie-

RuL said...

wah...sepertinya menarik ne..meluncur ah..ke tokok buku..