Lagu jihad Soutul Harakah memukau!
Saya sangat teruja menghadiri Konsert Antara Dunia (KAD '09) anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia pada 1 Ogos lalu (tahniah kepada semuayang menjayakan KAD '09 terutama GAMIS). Mungkin agaknya saya teruja mahu melihat sendiri kumpulan yang sinonim dengan lagu-lagu jihad iaitu Soutul Harakah. Apa yang saya lihat malam itu, persembahan Soutul Harakah mendapat tepukan gemuruh berbanding dengan kumpulan nasyid yang lain.
Bukan tidak menyokong kumpulan industri nasyid tanah air yang hadir pada malam itu, namun pendapat saya sambutan luarbiasa yang diberikan oleh penonton kepada Soutul Harakah adalah disebabkan ketiadaan munyid Malaysia yang berjaya menaikkan kembali roh jihad yang kian luntur.

Ayuh dendangkan kembali lagu jihad!
Saya ingin untuk melihat kebangkitan roh jihad di dalam Malaysia. Bukan sahaja berlegar dalam aktiviti lazim seperti forum,usrah,tamrin dan sebagainya tetapi juga melebar dalam aspek lain seperti sastera(puisi,novel,syair atau cerpen),nasyid,permainan komputer(perisian peperangan) dan lain-lain yang banyak mendominasi pemikiran golongan muda hari ini.
Saya sebagai golongan muda lebih suka mendengar lagu-lagu nasyid berentak rancak, yang membangkitkan semangat, yang menarik individu untuk menggangguk-anggukkan kepala, yang mampu membuatkan pendengar bangkit meloncat sambil menggenggam tangan mengikut rentak lagu tersebut. Itu yang saya lihat ketika Soutul Harakah mempersembahkan lagu-lagu jihad mereka seperti Samudera Kehidupan, Ini langkahku dan Mujahid Setia ketika konsert tersebut berlangsung.
Penulisan karya sastera seperti puisi, sajak, syair, cerpen dan novel sangat diperlukan untuk meniup roh perjuangan dakwah dan jihad dalam kalangan pemuda. Dahulu pada zaman Nabi, ramai sahabat-sahabat yang mampu berbuat demikian. Seperti laungan Saad b. Abi Waqas dalam perang badar Al-Kubro yang mampu memukau pejuang-pejuang ketika itu,
"Ana Romyun min rimayatil Islam, farmii aina ma shi'ta"
Maksudnya,
"Sesungguhnya aku adalah anak panah daripada anak-anak panah Islam, campakkanlah aku kemana sahaja dan aku pasti akan berjuang untuk Islam."
Atau seperti kata-kata rintihan Panglima tentera arab ketika sampai di Pantai Laut Atlantik dalam penaklukan di Afrika Utara,
"Ya Allah, sekiranya jika tidak terhalang oleh laut ini pasti aku masih akan berjuang di negeri-negeri lain untuk berjihad di jalanMu."
Berkaitan dengan perisian permainan komputer, saya yakin dan percaya bahawa ramai anak-anak muda meminati permainan jenis peperangan dan ia merupakan pilihan utama mereka. Justeru, apa salahnya jika golongan cerdik pandai teknologi perisian menghasilkan perisian-perisian sebegini dengan menyerap masuk elemen islam. Saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang pakar teknologi (bagi menggodam kuffar), tetapi ia bukanlah teknologi perisian. Sungguh, usaha mengislamisasikan game untuk golongan muda adalah antara medium dakwah yang sangat diperlukan kini.
Untuk akhirnya, saya berminat untuk memetik sebuah puisi jihad yang saya kira menarik dan mengagumkan. (Thumbs up for the author)
Seruan saya : Ayuh, dendangkan kembali lagu jihad, biar ia bertalu dan berlagu terus di bumi.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..
Kerajaan tidak berdiri bila tiada kekuatan..
Kerajaan tidak berdiri jika tiada pengorbanan..
Pada jasad-jasad muda itu..
Kehidupan generasi penerus..
Adakah hati mereka berkata..
Tinggalkan tinta berdakwat merah..
Pena jadi pedang yang tajam..
Pancung hati dan jiwa merekah.
Tercantasnya perkataan palsu..
Mata sabar itu indah..
Semangat menderu bagai lembing menghujan..
Pilih hidup gembirakan kawan..
Pilih mati membawa syahid..
Kelembutan bukan mainan..
Ketegasan bukan sebarangan..
Jihad nafsi, jihad ruuhi..
Jihad yang tiada sempadan.
Seruan saya : Ayuh, dendangkan kembali lagu jihad, biar ia bertalu dan berlagu terus di bumi.
My-Kombat
Universiti Malaya
No comments:
Post a Comment