Friday, July 17, 2009

Izinkan aku cuti dari perjuangan ini


"Aku mohon Tuhan agar kata-kata pujuk 'Akhi,ukhti,izinkan aku cuti dari perjuangan ini' tidak pernah kan kudengar dari sahabat-sahabatku."

Saya terbaca satu cerpen di iluvislam yang menarik perhatian saya. Tentang cuti dari jalan dakwah. Saya fikir ramai aktivis-aktivis dakwah yang takut membicarakan soal ini. Ya, takut terjadi kepada si pembicara.


Namun apa yang pasti, hal ini adalah realiti. Bukan satu situasi yang direka-reka dan tidak pernah wujud. Bahkan perkara ini yang selalu menjadi antara buah mulut aktivis-aktivis dakwah. Al-Mutasaqitun(orang-orang yang gugur di jalan dakwah) atau futur?

Dalam membahaskan soal Al-Mutasaqitun, Fathi Yakan menyatakan pendapatnya bahawa :

"Hal ini mungkin disebabkan oleh kelemahan anggota jamaah, kelemahan jamaah atau tekanan dari luar. Namun demikian dalam banyak keadaan kelemahan individu dan organisasi khususnya di peringkat pimpinan dan pentadbiran merupakan sebab utama yang membawa kepada keciciran."

Ada pendapat mengatakan, futur adalah penyakit kecewa yang boleh membunuh sahsiah Muslim. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktivis dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.

Saya bimbang dalam membicarakan soal ini. Bimbang untuk mengulas, bimbang untuk membicarakan, bimbang untuk membahaskan. Saya juga bimbang kalau-kalau saya dan ada sahabat-sahabat yang lain futur dan menjadi antara golongan Al-Mutasaqitun, nauzubillah.

Namun apa yang pasti, fikrah yang jelas, keyakinan yang teguh dan amal yang kompeten akan melahirkan ahli yang tidak gentar melangkah dalam mencapai matlamat akhir perjuangan. Menyebut tentang ini, aktivis mahasiswa saudara Azlan Zainal pernah menyebut kepada saya,

"Saya tidak bimbang untuk melahirkan ahli yang kuat beribadat, istiqomah dalam qiyamulail, fikrah yang jelas dan akidah yang mantap, namun saya masih tercari-cari ahli yang kompeten, yang mampu menggabungkan seluruh instrumen-instrumen tadi di dalam satu momentum untuk memenangkan Islam."


Beliau juga ada menyebut,

"Perit perjuangan akan dapat dirasai apabila kita turun sendiri ke medan tersebut. Merasai dn menghadapinya sendiri akan melahirkan individu yang kreatif dalam merancang strategi."

Moga kita semua dipermudahkan urusan dalam mengatur langkah untuk memastikan kalimah Allah dan syariat Islam gah berdiri di bumi ini. Ameen.

2 comments:

AsMa AmAnI said...

Salam...
Pahit dalam perjalanan perjuangan adalah lumrah sebagai da'i, tapi disebalik itu terselitnya khwah yg kukuh atas dasar akidah yg satu, perjuangan yg satu, matlamat yg satu dan jitu..

dari setu terbitnya ikatan yg manis umpama MADU..

salam ukwah..

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak