Sunday, April 26, 2009

HIngga mati pun

Tuhan,
Andai..
hingga terputus nyawaku
hingga terkaku jasadku
hingga terkatup mataku
Tidak putus-putus akanku memujiMu
kerana hingga mati pun
aku tetap malu
dengan limpah kurniaMu
yang tak pernah hilang
dan aku hanya mampu
mengucup sejadah
mengucap syukurku
kerana hingga mati pun
Rahmat dan RahimMu
tak bisa dapat kuhisab..

2 comments:

nz said...

salam,

karya sendiri?
nice one.
:)

Masturah Abu Bakar said...

wslm alaik inas. ya,alhamdulillah.. karya saya sendiri. Tidak ada apa2 yang istimewa pun, cuma coretan biasa dari hati :)