Saturday, February 28, 2009

Sihat vs Sakit



Orang yang sakit selalu idamkan mereka sihat semula. Tetapi orang yang sihat tidak pernah menggambarkan sakit itu bagaimana. Begitulah manusia, tidak pernah bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan.

Bila sakit, tiada siapa yang

Anda tahu apa yang orang sakit tidak boleh lakukan sebagaimana orang sihat lakukan?

1. Solat.
Nak solat sangat susah. Dengan wayar yang berselirat, badan yang lemah dan tidak bermaya.
Solat pasti kurang khusyuk.

2. Makan.
Orang sakit selalunya tidak ada selera makan. Makan pun dalam kuantiti yang sedikit.

3. Mandi.
Nak ambil wudhu pun susah, apatah lagi nak mandi.

4. Jalan-jalan
Huh, merepek. Kalo orang sakit pergi jalan-jalan mesti kena bebel. "Dah tau sakit nak pergi
jugak!"

Baru-baru ni saya terlantar di wad akibat keracunan makanan dan jangkitan kuman di usus. Masuk air 3 botol dan beberapa kali suntikan amat merimaskan! Tetapi, fakta yang menarik ialah saya tidak pernah sakit sampai masuk wad. Dalam umur 20 tahun, baru saya dapat merasai apa itu wad :)

Alhamdulillah, sekarang saya dah kembali sihat.

Moga sakit saya adalah 'denda' buat segala dosa-dosa yang saya lakukan.

Moga sihat saya adalah 'peluang' untuk saya mengumpul seberapa banyak pahala yang saya mahukan.

2 comments:

AdHwA' sYaFaaH said...

yeayy dah sihatt!!! ehh...salah..*_* alhamdulillah sbnrnye..^_^

amadmarcello™ said...

:)