Perlu disedari dan diinsafi bahawa muslimah adalah sayap kiri perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Suatu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." attaubah : 71
Lantaran itu muslimat semestinya berfungsi dan beraksi , mengurus dan mentadbir perlaksanaan Amar Makruf Nahi Mngkar, Justeru ia suatu kewajipan. Namun suatu reality yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir.Ianya tidak semudah yang diungkapkan.
Suatu operasi yang terdedah kepada tahaddiyat yang mencabar. Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah.Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan tribulasi musuh yang tidak pernah simpati.
Apa yang diharapkan daripada muslimat :
1)Tahan Lasak
Projek الأمر و النهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak,mampu merentasi resiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.
2)Pimpinan yang cemerlang
Projek الأمر و النهي ini memerlukan صفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة . Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah muslimat cemerlang ).
Projek ini akan gagal kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu muslimat yang penakut dan lemah jiwanya. Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu muslimah yang lesu , beku,dan jumud.
Bagaimana mahu melahirkan muslimat yang kuat?
1) KEKUATAN JISMIYYAH / FIZIKAL
Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, muslimat perlu masuk kelab bina badan, Kelab Karatedo/ Taekwando / Ju Do dan sebagainya(jika berminat boleh juga).Tetapi ia bermaksud muslimat perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba.
Contoh:
Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan muslimat lari dari tugas perjuangan.
2)KEKUATAN RUHIYYAH
Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Ruh ibarat nadi , menjadi dinamo untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Kekuatan ruh bererti kekuatan kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. beriltizam dengan amal Islami dalam apa jua situasi.
"Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)" Al-Muzammil : 1-5
Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. 3 prinsip utama yang harus kita pegang :
Iman dan Tawakkal maksudnya Yakin menang dan serah kepada Allah. ( rujuk surah Al Ahzab ayat 22 )
Tegas : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( sila rujuk surah Al Ahzab ayat 23 )
Teruskan Dakwah & Istiqamah.
3)KEKUATAN FIKRAH
Ummat Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk ghazwatul fikr . Lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.
Ketajaman fikrah Islami amat perlu diera kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.
Apa yang berlaku muslimat kadangkala terkebelakang, usahkan nak menjadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah kepada masyarakat, mahu mengemukakan soalan kepada penceramah pun , muslimat masih lagi menulis dikertas untuk diajukan. Muslimat tak perlu takut!
Akhirnya,sedarlah bahawa cita-cita kita yang utama islah menegakkan Islam di muka bumi. Kalau benar ini menjadi cita-cita kita , wahai muslimat ! lupakan segala karenah dan masalah peribadi. Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami demi masa depan ummah.
edited by : Masturah Abu Bakar
No comments:
Post a Comment