Saturday, August 23, 2008

Ledakan Fenomena



Pemimpin mencipta fenomena, mencetus revolusi.


Ledakan Fenomena 2 : Masalah = Game


Dalam menempuhi era kepimpinan, banyak mehnah yang terbentang. Sama ada kita sebagai qiyadah(pimpinan) atau kita sebagai jundiyah(pengikut). Teori yang mudah, semakin besar peranan anda, semakin besar wilayah tribulasi yang mesti anda depani.

Tribulasi,mehnah dan ujian.

Sudah lumrah, sudah sunnatullah. Terbukti juga di dalam Al-Quran. Allah menempelak golongan-golongan yang beriman, yang kononnya hidup dalam keadaan selesa tanpa kekangan. Jangan mimpi, Allah sudah menjanjikan ujian buatmu.

Cuma antara dua. Sama ada kita kuat atau lemah. 2 kayu ukur, buat mengukur inci kekebalan iman dan kekentalan hati kita mempercayai janji Allah.

Masalah = Game

Secara logikal, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Lihat realiti benang yang tersimpul erat. Mana mungkin ia sesuatu yang mustahil untuk dirungkaikan. Terpulang pada kita, jalan yang mana yang ingin kita tempuh. Tentang jauh atau dekat, senang atau susah, jangan jadikan ia penghalang.

Lebih mudah, cuba anda jadikan masalah anda sebagai suatu game. Bagaimana?

1. Ketika mendapat sesuatu masalah, cuba anda ikuti dan amalkan tindakan-
tindakan ini :

- Senyum(bersangka baik terhadap Allah dan jangan mengeluh)
- Buang 'mind set' yang buruk tentang masalah yang anda hadapi.
- Fikir dari sudut yang positif, bagaimana cara yang paling kreatif dan efektif untuk
menyelesaikannya.
- Bayangkan anda sedang berhadapan dengan sebuah benteng yang menghalang perjalanan
anda. Fikir jalan yang terbaik untuk melepaskan diri daripada kekangan benteng tersebut.

2. Awas! Apa yang perlu anda lakukan ialah menyelesaikan masalah, bukan
memindahkan masalah. Umpama gelas yang mengandungi air kotor, jika kita curahkan ia
di atas lantai, pasti suatu masalah lagi akan timbul (lantai akan kotor). Jadi, jangan selalu
tertarik dengan jalan pintas. Selalunya, individu yang melalui jalan pintas akan menemui jalan mati!
3. Ubah persepsi anda. Anjakkan minda anda kepada wilayah positif pabila menghadapi
sesuatu masalah. Buang tanggapan "masalah ini terlalu sukar" kepada "wah,ini pasti ada
jalannya!". Mudahkan?

4. Bina strategi jalan penyelesaian yang mudah,pantas dan efektif. Jangan terlalu
sempitkan minda dengan wasilah lama dan kuno. Cipta sesuatu yang baru. Jalan penyelesaian
perlu berdasarkan realiti masalah dan diteliti dari semua faktor. Terutama impak pro dan kontranya.

5. Anda perlu optimis! Jangan berada di dalam wilayah kawasan dan zaman anda sahaja. Fikir
kesan masalah tersebut terhadap masa depan. Mungkin anda sudah 'think out of box' tetapi
anda masih berada di dalam lingkungan anda sahaja. Fikirlah di luar kotak. Jauh, jauh!

Nah! Anda kini punyai peluang yang cerah untuk mencipta fenomena, mencetus revolusi. Teruskan melangkah! Moga berhasil..

Ledakan bersambung.. Nantikan ya.. :)


Combat_ic
Sg.Buloh
4.19 a.m

No comments: